🃏 •BAB 17•

69.9K 4.8K 606
                                    

"KAU curang dengan aku."

Gulp...

"Daiyan Ghazi?" Bergetar suara Raissa Nurrana apabila menyebut nama itu.

"You still get my name on your mind, babe "

Raissa Nurrana tertelan liur sendiri. Dia tenggelam dalam pandangan mata itu. Raissa pantas melarikan anak matanya apabila sebelah kening lelaki itu terjongket sedikit. Berbahang rasa wajahnya.

"Sa... saya curang? Mak... sud awak?"

Daiyan Ghazi tidak menjawab. Matanya melorot jatuh di tangan Raissa. Lebih tepat lagi jari-jemari runcing gadis itu. Kosong.

"Kata dah tunang. Tak ada cincin pun?"

Raissa diam. Terus dia menggenggam tangannya sendiri. Mana dia tahu?

"Aku rindu kau. Kau tak rindu aku ke?"

Raissa terkelu. Tak tahu hendak balas apa.

'Saya rindu awak juga!'

Tapi jawapan tu macam tak sesuai. Sebab dia dah bertunang!

"Aku tanya. Kau rindu aku tak?" Masih diam. Terkebil-kebil mata bundar Raissa memandangnya.

"Aku tak suruh kau pandang aku macam tu. Aku nak kau jawab soalan aku." Daiyan Ghazi mendekat lagi buatkan gadis itu cuak. Gelabah.

Raissa terkejut. Terus dia mengangguk kepalanya laju. Bibir Daiyan Ghazi menyenget melihatnya. She's damn cute!

"Kenapa baru sekarang awak muncul depan saya?" Soal Raissa. Suaranya bernada kesal.

Daiyan Ghazi diam. Mengeras tubuh mendengar soalan itu. Kemudian dia bersiul. Lama.

Raissa ternganga mendengar melodi itu.

"Awak..."

"Ya. Aku dah lama muncul depan kau. Cuma kau je yang tak sedar. Aku bersiul sebab aku nak kau tahu yang aku wujud di sisi kau. Aku selalu ada kat mana kau berada. Tapi rasanya aku buat kau takut. Well. Aku tunggu kau sedar tentang aku. Huh. Took you so long to caught me like what you did right now." Berkerut dahi Raissa. Matanya memandang keadaan mereka sekarang. Lelaki itu masih menguncinya. Tiada ruang untuk dia lari.

Jadi siapa tangkap siapa sebenarnya sekarang ni?

Confius...

"But fortunately, you're the one who caught me right now."

"Fortunately? You feel lucky? Aww so sweet. So can i bring you home?"

Raissa rasa tercekik dengan airliurnya sendiri. Suara Daiyan Ghazi benar-benar... lain macam.

Gila!

"No. Saya dah bertunang Daiyan."

Diam. Raissa terus tertunduk apabila pandangan Daiyan Ghazi berubah. Gelap. Dan dalam. Membuatkan lelaki itu kelihatan menakutkan dan... berbahaya?

"Kau baru bertunang. Belum kahwin. Kalau kau dah kahwin sekalipun, boleh bercerai. Aku tak kisah." Daiyan Ghazi menegakkan tubuhnya menjauhi Raissa Nurrana. Tidak mahu berlama-lama dalam keadaan itu. Mahu lemas budak tu dibuatnya nanti.

Manusia kan tidak terlepas dari melakukan kesalahan...

Raissa terus melepas nafas lega apabila lelaki itu menjauhkan dirinya. Rasa-rasanya tadi adalah saat dimana aku tahan nafas paling lama. Rasa nak terhenti jantung ni tadi. Fuh!

Daiyan Ghazi mencapai beg Raissa yang terjatuh ke atas lantai. Tangannya menyeluk beg itu.

Raissa hanya terkebil-kebil memandangnya.

✓ RAJA DAIYAN GHAZIWhere stories live. Discover now