🃏 •BAB 18•

73.9K 4.8K 509
                                    

RAISSA NURRANA ternganga apabila mendengar kata-kata Tuan Hambali. Pergi mana?

"Papa nak minta kerjasama dengan syarikat tu. Papa dengar cerita syarikat tu punya security memang bagus. Papa dah call pihak mereka. They said that they want YOU. Jadi Raissa kena pergi sana dan berurusan dengan mereka." Ujar Tuan Hambali.

Raissa terkebil-kebil. Okay. Kali ni memang dia faham akan penerangan Tuan Hambali. Tapi... Kenapa?

Sampai kena duduk kat syarikat tu sampai dua hari?

Buat appointment sudahlah. Pastu bincang. Settle.

Eh jap.

"They want YOU? Mereka memang nak Raissa yang pergi?"

Tuan Hambali mengangguk kepalanya. Dia bingung juga. Pada mulanya memang agak pelik. Kita yang nak minta kerjasama, tapi tetiba pengarah syarikat itu minta anak perempuannya. Nasib baik lelaki itu menerangkan perkara yang sebenarnya.

Raissa bingung seketika. Pelik. Mana ada orang buat macam tu untuk berurusan.

Conclusionnya, syarikat tu sumpah pelik!







USAI menunaikan solat isya', Raissa bergolek-golek di atas katil. Hanya inilah masanya untuk berehat. Kalau tidak, ada sahaja kerja yang perlu dia lakukan. Lagi-lagi bila Adeera buat hal. Habis disuruhnya buat itu ini.

Hmmm. Penat tau!

Ting!!!

Raissa mengeluh. Tangannya pantas mencapai telefon bimbit di sebelahnya. Membuntang matanya melihat nama yang tertera di whatsappnya itu.

Baby boo 💕

Allah!

Raissa terus menepuk dahinya. Ya Allah. Sejak bila aku save number dia ada love-love ni. Number Syed Arif pun dia simpan nama sahaja tau.

Haih. Ini mesti kerja Daiyan Ghazi.

-Kau ingat tak yang kau masih punya hutang dengan aku?
-Kau belum bayar ni.
-Apa kes?

Terus tegak duduk Raissa membaca mesej itu. Hutang?

Awak ingat lagi?-

-Mestilah.
-Bila kau nak bayar?

Err. Nantilah.-
Saya belanja awak makan je.-
Boleh?-

-Boleh.
-Tapi bermaksud kau baru bayar 10% daripada keseluruhan hutang kau.
-So lagi 90%, aku nak kau bayar dengan cara lain.

Raissa ternganga. Amboi-amboi. Berkira betul lah mamat ni. Adehh. Nasib baik kau dah bantu aku untuk score biologi dulu.

Ala.-
Saya bayar semua je lah terus.-
Awak cakap je nak berapa ringgit.-
Kalau ada in shaa Allah saya bayar.-

-Kau takkan mampu.
-

Trust me baby.


Maksud awak?-

Raissa Nurrana mula rasa keliru. Takut pun ya. Berapa ribu mamat ni nak agaknya? Aku pun bukannya kaya sangat.

✓ RAJA DAIYAN GHAZIWhere stories live. Discover now