🃏 •BAB 68•

80.6K 4.1K 491
                                    

"IBU!" Raissa tersenyum lebar saat melihat Puan Ratna di ruang tamu rumahnya.

Dia terus berlari mendekati Puan Ratna.

"Rana hati-hati! Ya Allah budak ni." Daiyan Ghazi menggeleng kepala melihat Raissa Nurrana yang sudah selamat dalam pelukan ibunya.

Haish budak ni. Buat risau orang je.

"Rindu ibu." Raissa memeluk erat tubuh Puan Ratna. Rindu gila dengan wanita itu.

"Ibu tak rindu Raissa ke?" Raissa menuncung memandang wajah Puan Ratna.

Pecah tawa Puan Ratna melihatnya.

"Ya. Ibu rindu Raissa juga. Ibu risau. Lain kali Raissa jangan sesuka hati ikut orang yang tak dikenali tau. Nasib baik laki Raissa tahu macam mana nak cari isteri dia ni." Bebel ibu. Siap mencekak pinggang lagi.

Raissa ketawa kecil. Alahai ibu. Dah pandai membebel ya sekarang.

"Baik ibu. Lain kali Raissa tak ikut orang lain dah." Ujar Raissa dengan senyuman di bibirnya.

"Kau orang ni dari hospital ke baru balik dating?" Ujar Haidil pelik. Adiknya dan Daiyan Ghazi dipandang bersilih ganti. Amboi kemain berbaju couple bagai.

Daiyan Ghazi senyum nipis.

Raissa dah memerah muka bila semua mata di situ memandang ke arahnya dengan senyuman senget di bibir. Lebih-lebih lagi Sofea.

Janganlah fikir lain!

Dilihatnya Sofea mendekatkan bibirnya dengan telinga Ilham. Mahu membisikkan sesuatu. Selepas itu selamba mukanya menjauhi Ilham. Mamat tu jangan cakaplah. Terus mengeras tubuhnya gara-gara si Sofea. Entah apa yang Sofea berbisik agaknya.

Raissa menggeleng kepala melihat dua orang itu. Comel. Seketika kemudian matanya terpandangkan Areeda yang tertunduk memandang lantai dan diam di tempatnya.

Raissa mengeluh. Tahu sebab kenapa Areeda jadi seperti itu.

Perlahan-lahan langkahnya diatur mendekati Areeda sebelum punggung dilabuhkan di sebelah gadis itu.

"Kak?"

Diam.

"Kak tak apa-apa?" Tanya Raissa lagi.

Areeda senyum perit sebelum menggeleng kepala.

"Maafkan Raissa." Raissa berkata. Areeda buat keputusan untuk menyerahkan Adeera kepada pihak polis. Raissa tahu betapa beratnya hati Areeda ketika itu tapi Areeda tiada pilihan.

"Tak apalah Raissa. Kau kan adik aku juga." Ujar Areeda. Ikhlas. Tangannya naik menepuk lembut bahu Raissa.

Dia rasa gagal. Gagal menjaga adiknya. Dan gagal mengikut amanat ayahnya supaya jaga adik dan mamanya elok-elok. Benar. Dia dan Adeera berbeza ibu yang melahirkan. Tapi mereka berbintikan nama yang sama dan membawa maksud bahawa pusing macam mana sekalipun, Adeera tetap adiknya.

Tapi tidak mengapalah. Mungkin ini yang terbaik untuk semua...

Raissa terus memeluk tubuh Areeda. Menenangkan kakaknya yang masih antara dua itu.

Mengalir setitis airmata Areeda namun pantas dia seka. Tawa kecil meletus dari bibirnya.

"I'm fine. Thank you." Ujar Areeda sebaik sahaja pelukan mereka dileraikan. Areeda hanya mampu menarik senyum palsu.

Hipokrit.

"Assalamualaikum."

Suara garau yang memberi salam itu membuatkan fokus semua di situ terkalih ke arah pintu.

✓ RAJA DAIYAN GHAZIWhere stories live. Discover now