🃏 •BAB 30•

87.9K 5K 625
                                    

"KAK! Kak Raissa!" Raissa memegang kepalanya. Perlahan-lahan dia membuka mata. Wajah risau Hanis jelas di hadapan mata.

"Akak tak apa-apa?" Tanya Hanis. Cemas gayanya. Raissa mengangguk perlahan. Tanda dia tidak apa-apa.

"Sini kau! Aku nak bawa kau jumpa anak aku." Datin Zaa menarik lengan Raissa kuat.

"Jangan Datin!" Hanis menolak tangan Datin Zaa menjauh. Wanita itu menolaknya sehingga jatuh terduduk namun Hanis pantas berdiri dan menolak tubuh Datin Zaa agar menjauhi Raissa.

Pengawal keselamatan yang muncul juga pantas menarik tangan Datin Zaa.

"Jangan pegang aku kalau tak nak kau hilang kerja!" Ugut Datin Zaa mahu mendekati Raissa semula namun pantas Hanis melutut. Agak kuat bunyi saat lutut gadis itu menyentuh lantai.

Datin Zaa terus mencerun memandang Hanis.

"Dia tak salah. Jangan salahkan dia. Saya. Saya yang salah Datin. Saya..."

Raissa yang sudah terduduk itu terus memejam matanya rapat.

"Saya isteri Fiyadh. Saya bukan perempuan simpanan abang Fiyadh. Saya... saya isteri dia."

Datin Zaa ketawa sinis memandang Hanis dan Raissa bersilih ganti.

"Apa maksud kau?"

"Semuanya salah faham. Kak Raissa bukan sesiapa. Saya. Saya orangnya. Saya isteri abang Fiyadh."

Pang!

Sebaik sahaja Hanis habis berkata-kata, Datin Zaa terus menampar kuat wajah Hanis. Terteleng Hanis dek tamparan kuat itu.

"Oh. Kau ni memang tak guna!" Datin Zaa angkat kaki mahu menendang Hanis.

"Mama!" Jelas bunyi tapak kasut seseorang yang melaung dari jauh. Terus terhenti tingkah Datin Zaa.

"Mama apa ni?!" Lelaki itu menarik tangan Datin Zaa. Namun wanita itu pantas menarik tangannya.

"Mana satu perempuan simpanan kamu yang tak guna tu. Mana satu?!" Datin Zaa menunjuk ke arah Raissa dan Hanis.

Fiyadh memandang Raissa dan kemudian jatuh ke arah Hanis yang tertunduk melutut itu. Lama.

"Enough ma! Kita balik." Fiyadh menarik tangan Datin Zaa. Namun wanita itu berkeras.

"Jawab dulu. Mana satu?!"

"Sudahlah tu ma. Fiyadh penat ma." Rahang lelaki itu bergerak. Tangannya mengepal penumbuk.

Datin Zaa terus menarik rambut di sebalik tudung Hanis. Kuat. Sehingga gadis itu mengaduh sakit.

Raissa bangkit. Pergelangan kakinya terasa pedih namun pantas dia bangkit dan cuba meleraikan pegangan Datin Zaa di tudung Hanis.

"Kak jangan!"

Datin Zaa terus menolak tubuh kecil Raissa sehingga Raissa jatuh terduduk semula. Merah wajahnya menahan sakit di pergelangan kakinya. Terseliuh ke?

Fiyadh diam. Matanya dipejam rapat. Tak sanggup melihat Hanis dikasari ibunya.

Fiyadh terus menarik Datin Zaa menjauh. Hanis terus menggigit bibir. Airmatanya mengalir. Sakit rasa rambutnya.

"Lepaskan mama! Bagitahu dulu siapa perempuan tak guna tu!"

"Ma!" Fiyadh tajam memandang ibunya.

Datin Zaa terus memeluk tubuh.

"Sudahlah ma. Fiyadh penat. Penat dengan mama penat dengan semuanya! Please ma." Diam. Datin Zaa hanya memandang sekeliling. Sungguh tidak rasa serba salah langsung.

✓ RAJA DAIYAN GHAZIWhere stories live. Discover now