🃏 •BAB 67•

75.6K 4.4K 299
                                    

RAISSA diam duduk di hadapan Daiyan Ghazi. Khusyuk matanya memandang pergerakan lincah dan kemas tangan Bella. Sekali-sekala wajahnya berkerut. Ngilu setiap kali jarum persis mata kail itu mencucuk kulit Daiyan Ghazi.

Uish mesti sakit...

Daiyan Ghazi senyum melihat Raissa Nurrana yang dari tadi tak lepas memandang luka di lengannya yang sedang dijahit Bella.

Khusyuk betul. Tak takut gayanya.

Daiyan Ghazi senyum senget. Jahat.

"Aduh!"

Tangan Bella terhenti mendengar suara garau itu mengaduh sakit. Terkebil-kebil matanya memandang wajah Daiyan Ghazi yang berkerut. Bagai menahan kesakitan.

"Bella, jangan kasar-kasar." Ujar Raissa. Polos sahaja wajahnya memandang wajah bingung Bella. Risau dia bila Daiyan Ghazi mengaduh tiba-tiba.

Sakit.

Bella menjeling Daiyan Ghazi yang sedang tahan senyum lucu.

What the fish!

Gedik.

"Baik Cik Puan Raissa Nurrana." Kata Bella lembut. Sempat dia menjeling Daiyan Ghazi tajam.

Dasar mat lampir. Ada isteri kau bukan main mengada. Dulu aku jahit luka tembakan kau tak ada pula kau nak mengaduh macam ni. Tembak karang.

Bella geleng kepala. Namun tangannya lincah menjahit luka yang agak panjang dan dalam di lengan Daiyan.

Main masak-masak agaknya. Tu yang terkena pisau tu.

Usai dengan knot terakhir, Bella menarik kedua-dua benang itu dan dipotong hujungnya. Selepas itu, plaster yang agak besar di tampal di luka yang sudah dijahit itu sebelum dibalut pula.

"Dah siap." Bella mengetap gigi. Balutan itu diketatkan lagi membuatkan Daiyan Ghazi gigit bibir bawah.

Eh. Balas dendam ke apa ni?

Bella senyum sinis memandang Daiyan Ghazi.

Ya. Aku balas dendam. So?

"Apa yang jadi ni sebenarnya? Sampai terkoyak tangan kau. Kau buat apa? Main masak-masak eh?" Tanya Bella. Menjengkelkan.

Daiyan Ghazi menurunkan lengan kemejanya. Menutup sedikit lengan yang sudah berbalut.

"Kau ingat aku apa? Masterchef junior?" Daiyan Ghazi menarik tangan Raissa dan digenggam lembut.

Bella rasa triggered tiba-tiba. Tak nampak ke aku yang single kat sini?

"Dahlah. Aku nak pergi OR dulu. Ada patient." Bella bangkit dari duduknya. Baju putihnya dibuka dan disangkut di backrest kerusi. Tubuhnya memang sudah bersarung baju biru tua. Tanda dia sudah bersedia untuk pembedahan.

"Terima kasih Bella." Ujar Raissa. Ada senyuman lebar di bibirnya.

Bella membalas senyuman itu.

"Sama-sama, Raissa. Tu jaga jiran sebelah tu elok-elok. Esok kulit dia koyak lagi memang aku campak mercun bola dekat dia." Kata Bella selamba. Sempat matanya menjeling tajam wajah minta kaki Daiyan Ghazi.

Ceh.

Raissa ketawa kecil mendengarnya.

"Baiklah Dr. Bella."

"Saya minta diri dulu." Bella senyum pandang Raissa. Namun senyuman itu hilang saat memandang wajah Daiyan.

Menyampah.

✓ RAJA DAIYAN GHAZIWhere stories live. Discover now