🃏 •BAB 66•

80.2K 4.4K 891
                                    

RAISSA NURRANA terus memeluk erat lengan Daiyan Ghazi disebelahnya apabila pesawat sudah mula untuk berlepas bersama mata yang dipejam rapat. Takut. Menggeletar tangan kecilnya ketika itu. Takut.

Daiyan Ghazi senyum melihat wajah comel Raissa Nurrana ketika itu. Cute je peluk lengan dia. Macam panda.

Raissa Nurrana angkat kepala sebaik sahaja pesawat peribadi yang dinaikinya sudah tidak bergegar lagi.

Takut kita.

"Alhamdulillah." Raissa senyum ceria dan terus melepaskan pelukan di lengan Daiyan.

"Eh cepatnya. Peluklah lagi." Ujar Daiyan Ghazi dengan bibirnya yang menyenget nakal.

Raissa terus memuncung dengan mata yang melirik tajam ke arah encik suami.

Perli lah tu.

"Tak naklah peluk abang lagi."

Wajah Daiyan Ghazi terus berubah mendengarnya. Eh.

"Amboi kau. Dah pandai dah jual mahal." Daiyan Ghazi berbisik di telinga Raissa Nurrana. Geram.

"Kalau Rana jual mahal, abang mampu beli tak?" Raissa menongkat dagu sebelum sebelah kening dijongket berkali-kali. Mata bulat memandang lama wajah Daiyan Ghazi.

"I don't have to buy you. You've already mine sayang." Daiyan Ghazi mencubit pipi Raissa ke arahnya sebelum bibirnya berlabuh lembut di pucuk hidung Raissa.

Raissa menyeringai dan terus menepis tangan Daiyan yang mencubit pipinya. Sakit tahu tak. Nasib dapat kiss. Dia nak marah pun tak jadi.

Diam. Raissa menyandarkan kepala ke bahu Daiyan Ghazi. Mengintai ipad di tangan lelaki itu.

Macam biasa. Bussiness.

Sepatah haram aku tak faham.

Raissa menguap apabila tiba-tiba dia rasa mengantuk pula. Tapi dia memang sudah sedia maklum yang dia ni memang kaki tidur kalau masuk kereta, masuk bas dan sebagainya. Haha.

Daiyan Ghazi senyum melihat Raissa menguap. Tangan sempat naik menutup mulut Raissa.

Apalah menguap tak reti tutup mulut. Nasib baik kau comel.

"Mengantuk?" Tanya Daiyan.

Raissa jatuhkan kepala sedikit sebagai jawapan.

Daiyan Ghazi senyum nipis. Sebelah tangan naik mengelus lembut pipi Raissa sebelum kembali ke skrin ipad semula.

Raissa tersenyum lebar saat Daiyan Ghazi membuka aplikasi al-quran di ipadnya. Raissa angkat sedikit kepala. Memandang wajah tampan Daiyan Ghazi yang sangat menenangkan. Biasanya setiap kali mahu tidur, Daiyan pasti akan luangkan masa dengan membacakan surah-surah untuk isteri dan kandungannya. Raissa suka setiap kali mendengar Daiyan membacakan surah-surah itu sambil mengusap lembut perutnya. Sejuk rasa hati mendengar suara merdu Daiyan. Kadang-kala bacaan Daiyan Ghazi sehingga menyentuh ke hatinya dan tanpa sedar mengalir setitis air mata ke pipi.

Dia bahagia. Bahagia kerana punya imam hebat seperti Daiyan yang boleh membimbingnya.

"Bismillahirrahmanirrahim..."

Raissa senyum nipis dan memejam matanya. Tenang rasa hati mendengar suara Daiyan Ghazi yang mula membacakan surah Al-Fatihah.

Tiada kata-kata lain yang mampu diucap.

Alhamdulillah.

Terima kasih Ya Allah...

DALAM perjalanan pulang ke rumah, suasana di dalam kereta benar-benar sunyi sepi. Wajah Daiyan pun tegang semacam selepas bercakap-cakap dengan Ferhad tadi. Tidak tahu apa yang Ferhad beritahu Daiyan tapi apa yang pasti, perkara itu benar-benar buat Daiyan Ghazi yang hangat tiba-tiba jadi dingin. Wajahnya beku. Langsung dia tidak membuka mulut.

✓ RAJA DAIYAN GHAZIWhere stories live. Discover now