🃏 •BAB 41•

83.1K 4.6K 508
                                    

DAIYAN GHAZI diterpa rasa risau tiba-tiba. Sudah berpuluh kali dia menelefon isterinya. Mesej juga sudah berpuluh dihantar. Namun masih tiada balasan.

Dia rasa tidak enak. Takkanlah awek tu merajuk kut?

Boleh jadi juga kalau Raissa Nurrana merajuk. Perempuan kut.

Jealous?

Tak mustahil juga.

Ya Allah!

Daiyan Ghazi mendengus kasar sebelum kembali mendail nombor telefon isterinya.

Masih tidak dijawab.

Kenapa ni?

Daiyan Ghazi terus mendekatkan kerusi dengan mejanya. Pantas jari menaip di atas papan kekunci. Serius sahaja wajahnya ketika itu.

Ambil masa jugalah hendak mengakses telefon bimbit Raissa Nurrana. Almaklumlah. Telefon bimbit isterinya itu dah berapa tahun umurnya. Raissa menggunakan telefon bimbit itu sejak sekolah lagi.

Kadang kala kasihan juga melihat telefon itu asyik lancar mogok dengan tuannya. Tapi Raissa degil. Orang offer phone baru dia tak mahu. Masih setia juga dengan telefon bimbitnya itu. Ada nilai sentimental mungkin? Ceh.

"Cepatlah." Daiyan Ghazi menunggu seketika. Membiarkan sistem pengesannya menjejak telefon bimbit Raissa.

Daiyan Ghazi terus bangun dari duduknya sebaik sahaja membaca informasi yang di dapat. Lantas, dia berlari menuju ke pintu.

"Tuan Raja..."

"Not now Dayana!"

Dayana yang baru hendak menghulurkan fail di tangannya terus terkaku. Mata hanya mampu memandang langkah laju kaki panjang itu menjauhinya.

Dah kenapa pula bos tu?

"Kenapa tu?"

"Mak! Ish kau ni Ferhad. Terkejut aku!" Marah Dayana. Yalah. Tiba-tiba ada lembaga muncul disebelahnya. Siapa je yang tak terkejut. Dahlah baru hadap Daiyan Ghazi versi keluarga RAJA. Amik kau. Fuh sheram!

"Kenapa dengan Tuan Raja? Dia cari pokok petai ke?" Soal Ferhad selamba sebelum menghirup kopi panasnya.

"Pokok petai jiran kau! Manalah aku tahu. Diakan geng kamceng kau. Dia tak beritahu kau apa-apa ke?" Dayana buat muka.

Ferhad diam. Aik. Tadi masa lunch okey je? Senggugut ke majikan aku tu.

"Tak ada pula."

"Dah. Aku nak sambung buat kerja dulu." Dayana terus meninggalkan Ferhad sendirian.

Ferhad terkebil-kebil sendiri.

Something happened?

ARYAN tenang memandu kereta membelah jalan raya. Sunyi sahaja jalan ini. Kerana sejak ada lebuhraya itu, jalan ini sudah tidak lagi menjadi pilihan utama kebanyakkan pengguna jalan raya. Salah satu sebabnya adalah kerana sunyi. Dan apabila malam menjelma, jalan ini menjadi sangat gelap memandangkan kedudukan lampu jalan yang berada sangat jauh antara satu sama lain.

Tetapi kalau nak cepat sampai ke destinasi, jalan ini memang pilihan yang terbaik. Tetapi persoalannya, kenapa Daiyan Ghazi hendak melalui jalan ini?

Aryan nak bertanya. Tetapi melihatkan wajah tegang itu melalui cermin pandang belakang, tiba-tiba rasa tak berani nak tanya. Abaikan je lah.

Aryan memperlahankan pemanduannya apabila melihat kereta putih yang tersadai di tepi jalan.

"Berhenti."

✓ RAJA DAIYAN GHAZIWhere stories live. Discover now