🃏 •BAB 48•

86.7K 4.6K 119
                                    

DAIYAN GHAZI diam membatukan dirinya. Langsung tak angkat kepala memandang dua orang perempuan dihadapannya itu.

"Kita nak tunggu berapa lama lagi? Lunch hour dah nak habis." Ujar Daiyan Ghazi perlahan.

Dia tak tahulah apa yang ada dalam fikiran seorang perempuan dan seorang lelaki dihadapannya ini. Sudah hampir lima belas minit mereka menunggu. Tapi langsung tak nampak batang hidung orang yang ditunggu itu.

Dua orang lelaki melangkah mendekati meja mereka. Daiyan Ghazi yang perasan akan mata-mata yang memandangnya terus angkat muka. Wajah kosongnya bertukar tegang.

Ilham. Lelaki itu turut memandangnya sekilas sebelum punggung dilabuhkan di atas kerusi.

Emir yang ada sama terus menyenggol lengan Daiyan Ghazi sebelum dia berbisik di telinga Daiyan perlahan.

"Kenapa dia tiba-tiba suruh kita datang ni?" Bisik Emir perlahan.

Daiyan Ghazi angkat bahu sebelum mendengus kasar.

"Masih lambat ke? Kalau ya, saya nak balik!" Daiyan Ghazi terus bangkit dari duduknya. Baru sahaja hendak berlalu pergi, tiba-tiba muncul Leabell Aqasyah di hadapannya.

"Assalamualaikum." Bella memandang pelik orang-orang disekelilingnya. Ada Emir, Ilham, Daiyan Ghazi dan...

Dua senior paling legend!

Izyan Nisyara dan Malek Zulfaqar. Oh no... Kenapa?

Izyan Nisyara menarik senyum nipis. Penuh agenda dan muslihat.

"Have a sit please."







"I'VE some favour to ask from you. Well right now, i have two intelligent hacker, a combat warrior and a persistent little doctor. This is... good than enough."

Diam. Semua berwajah ketat. Kecuali Bella yang sedang bengang bila Izyan Nisyara cakap yang dia ni a-persistent-little-doctor.

Hello!

I will turn to twenty four years old in just a few months okey!

I'm literally not little!

Not little!

"Apa maksud Cik?" Soal Emir dengan wajah yang agak tegang.

Izyan Nisyara bersandar tenang di kerusinya sebelum tangan menyedut sedikit air cappucino di depannya.

"Awak berempat kena ikut saya pergi Sabah. Ada misi untuk kita selesaikan." Izyan Nisyara mengeluarkan satu envelope besar dari sebalik jaket kulitnya dan diletak di atas meja.

Daiyan Ghazi memandang sampul surat itu. Lama sebelum tangan mahu mencapai sampul surat itu. Namun Izyan Nisyara terus menekan kuat sampul itu ke atas meja. Menghalang Daiyan Ghazi mengambilnya.

Daiyan Ghazi mengetap rahang sebelum terus memeluk tubuh.

"Seperti yang Cik dan Tuan sudah sedia maklum, kami sudah lama keluar daripada akademi tu dan setahu kami, akademi tentera muda tu telahpun dimansuhkan. Jadi saya rasa bahawa tak ada 'kita' dalam hal ini. Cik buat hal cik. Dan kami buat hal kami." Tegas. Keras suara garau itu menekan setiap kata-katanya. Agar Izyan Nisyara mengerti.

Emir dan Ilham mengangguk kepala setuju dengan kata-kata Daiyan Ghazi bagi pihak mereka. Memang benar. Rasanya mereka sudah tiada apa-apa pertalian langsung dengan hal-hal seperti ini.

Izyan Nisyara masih dengan senyuman misterinya.

"Ini tentang Tuan Ahmad."

Automatik semua angkat kepala mendengar nama itu.

✓ RAJA DAIYAN GHAZIWhere stories live. Discover now