PROLOGUE

3.6K 243 10
                                    

"Dia, Sang Penguasa Alam."

***

Prolog I

Suasana di dalam dewan perbincangan istana itu riuh rendah dengan suara perbincangan dan pertengkaran di antara raja-raja dan rakyat jelata yang terpilih.

King Hemerty telah mengarahkan raja-raja bagi setiap country dan juga penduduk-penduduk Star Country yang mempunyai kuasa meramal (11 sehingga 15 Bintang)  supaya hadir ke perbincangan itu. Dia mahu peramal-peramal itu memberitahu segala yang diketahui oleh mereka kepada dirinya.

"Bagaimana?"

"Tuanku. Patik meramalkan yang... erm... Magical War yang kedua bakal berlaku." ujar salah seorang daripada peramal-peramal itu. Ternyata khabaran itu telah mengejutkan seluruh isi dewan.

"Adakah itu benar?" King Hemerty seolah-olah tidak mempercayai kata-kata lelaki itu.

"Benar tuanku. Malah, puak cahaya yang akan memenangi peperangan itu seperti sebelum ini." Kali ini, bukan lelaki berkaca mata itu yang menjawab sebaliknya lelaki yang berada di sebelahnya.

Para raja menarik nafas lega selepas mendengarnya tetapi perasaan gusar masih terperap di dalam benak memandangkan sewaktu peperangan magical pertama yang berlaku pada 500 tahun dahulu,  berlakunya banyak korban nyawa bagi rakyat Magical Kingdom terutamanya penduduk Live Country. Kesemua penduduknya tidak dapat diselamatkan sehingga menyebabkan penduduk Live Country telah pupus, kini.

"Tuanku... Saya mendapat ramalan bahawa Pure Angels bakal bangkit kembali untuk membantu kita," Lelaki yang berambut belah tepi itu tiba-tiba sahaja melontarkan suaranya.

Semua anak mata pantas menikam figura lelaki itu.

"Bagaimana mereka boleh bangkit semula? Apa yang telah menyeru mereka?" soal King Braizirien mewakili raja-raja.

"Bukankah Sang Pengantara masih belum memunculkan diri?" King Laurence Gelerate menyatakan pertanyaan yang muncul di fikirannya.

"Ah, ya tidak ya juga."

King Hemerty mengusap dagunya yang bersih tanpa sebarang janggut itu.

"Beta rasa Sang Pengantara sudah berada di Magical Kingdom, cuma dia tidak memunculkan dirinya lagi." ujarnya membuatkan kesemua mereka mengangguk bersetuju.

Sang Pengantara ialah seseorang yang bertugas sebagai pengantara bagi Pure Angels dan ahli Magical Kingdom. Hadirnya Sang Pengantara, bermakna telah munculnya kesemua Pure Angels, iaitu bidadari suci yang bakal membantu mereka ketika peperangan.

"Beta cuma masih tertanya-tanya, sememangnya kesemua mereka akan muncul jika peperangan tercetuskah? Jika ya, bermakna jika tiada peperangan, mereka tidak akan muncul?"

Kali ini, kesemua mereka menyepikan diri tanda tiada salah seorang daripada mereka pun yang mempunyai jawapan bagi pertanyaan itu.

Malah, para peramal juga terkaku memandangkan kuasa meramal ini memerlukan tenaga yang mencukupi untuk meramal. Ini membuatkan peramal-peramal itu mempunyai had ramalan mereka yang tersendiri. Sekiranya mereka meramal melebihi had mereka, ianya kemungkinan mampu meragut nyawa mereka.

Memandangkan bilangan penduduk yang mempunyai kuasa peramal sudah semakin terhad, kesemua peramal kini menjadi buruan banyak pihak bagi mengetahui masa hadapan mereka.

Mujur sahaja, benteng yang terbina di sekeliling Magical Kingdom itu telah membataskan orang luar daripada masuk ke dalam kerajaan itu. King Hemerty sememangnya tegas mengenai keselamatan rakyatnya.

King Hemerty mengangguk. Dia tidak memaksa mereka untuk menjawab soalan itu. Cukuplah sekadar apa yang diketahui mereka.

Dia memandang wajah yang berada di dalam dewan itu satu demi satu. Kemudian, matanya terhenti pada seorang lelaki yang berada di hadapannya ketika itu. Wajah lelaki itu berkerut-kerut tanda dia sedang memikirkan tentang sesuatu.

"Mr. Buer, ada apa-apa yang kamu mahu kongsikankah?" soal King Hemerty.

Lelaki itu tersentak apabila mendengar namanya disebut. Drastik, dia mendongak memandang ke arah si empunya suara yang menyeru namanya sebentar tadi.

Saat itu, berbelas pasang mata tertumpu ke arahnya.

Lelaki yang digelar sebagai Buer itu mengusap belakang lehernya. Dia berasa janggal apabila mereka memandangnya seakan ingin membaham dirinya. Alahai, seram dirinya dibuat mereka.

Dia berdehem perlahan, cuba menenangkan jantungnya yang sedang berdegup kencang ketika itu.

Beberapa ketika kemudian, wajah King Hemerty ditatapnya dengan pandangan serba salah.

"Beritahu sahaja, Buer. Maklumat apa yang kamu peroleh?"

Buer kelihatan teragak-agak mahu membuka mulutnya tetapi dia tidak boleh mengelak kerana apa yang diramal olehnya sebentar tadi merupakan sesuatu yang amat penting sekali.

Dengan berat dia membuka mulut. "Tuanku. Patik telah mendapat ramalan yang raja puak kegelapan akan mencari peramal-peramal untuk mengetahui masa hadapan," ujar lelaki itu dengan nada yang perlahan.

Dahi raja-raja berkerut seribu setelah mendengar kata-kata lelaki itu.

"Untuk apa dia dia mahu mengetahui masa hadapan?" Hairan Raja Hadson.

"Untuk mengubah masa hadapan," celah lelaki berbaju t-shirt berwarna biru itu.

Mereka yang mendengarnya jelas terkedu. Kerisauan semakin membuak-buak di dalam diri mereka.

Mengubah masa hadapan bererti kemenangan akan berpihak kepada puak kegelapan!

Kedatangan kuasa luar dapat dikekang dengan mudah oleh mereka menggunakan benteng tetapi jika puak kegelapan yang sejak awal yang sememangnya sudah bertapak lama di Magical Kingdom, mahu merampas para peramal, apa yang mampu mereka lakukan?

Tidak. Hal itu perlu dielakkan. Cukuplah sekali sahaja mereka menempuh derita disebabkan ramai penduduk yang mati dahulu.

"Arahkan pengawal agar mengawasi kesemua peramal yang ada! " arah King Hemerty dengan tegas sekali. Di wajahnya terpapar riak yang amat serius sehingga mereka yang melihatnya berasa kecut perut sedikit.

Kesemua raja bagi setiap country mengangguk faham. Tiada yang berani membantah arahan raja tertinggi Magical Kingdom itu.

Meskipun begitu, kemungkinan mereka terlupa bahawa terdapat juga puak sumpahan yang mempunyai kuasa meramal.

Mirromie.

Sang peramal lagenda.

***

Okay, aku panjangkan chapter ni sedikit memandangkan sebelum ini terlalu pendek.

From 500 words to 830 words.

>vote n comment<

The Greatest Angel √ | COMPLETEDWhere stories live. Discover now