9 | KISAH SILAM

1.7K 187 0
                                    

"Dia, Sang Penguasa Alam."

***

"Kanda mahu dinda berjanji. Tolong lupakan kanda dan teruskan hidup seperti biasa sekiranya apa-apa terjadi kepada kanda. Jaga putera kita ini sebaiknya," pesan Braizirien sambil tangannya mengusap permukaan perut isterinya yang sedang mengandungkan anak pertama mereka itu.

Sahara pantas merangkul tubuh suaminya itu apabila mendengar pesanan yang dititipkan oleh suaminya itu. Hatinya berasa tidak sedap seolah-olah sesuatu yang buruk akan terjadi.

Dia menyembamkan wajah di dada bidang milik suaminya. Air mata mengalir deras.

"Kanda, jangan tinggalkan dinda dengan anak kita. Dinda tidak kuat..." pinta Sahara dengan nada yang sayu.

Braizirien tersenyum. Dia mengusap ubun-ubun isterinya itu.

"Sayang, jika sudah takdir, kita tidak boleh melawan. Lagipun dinda tahukan yang kanda akan turut serta dalan perperangan malam ini?" soalnya.

Sahara mengemam bibirnya. Dia tidak mahu... Dia tidak mahu suaminya itu turut serta dalam peperangan itu.

Peperangan. Bukan sesuatu yang mudah dilakukan.

Peperangan. Sudah tentu akan adanya korban nyawa dan dia tidak mahu suaminya menjadi salah seorang yang terkorban. Dia dan anaknya, masih memerlukan lelaki itu di sisi mereka.

Sahara menggeleng mendengar kata-kata suaminya.

"Tak! Ara tak nak. Kanda jangan tinggalkan Ara!" Tangisannya menjadi semakin kuat. Dia teresak-esak.

Ketukan yang mampir pada muka pintu rumah, mengalihkan perhatian Braizirien namun tidak Sahara yang masih dihempas kesedihan itu.

"Braiz, kita kena bersiap sekarang." Suara itu kedengaran di sebalik pintu yang tertutup rapat itu. Tanpa melihat pun Braizirien sudah tahu. Rakannya la yang memanggil dirinya.

Braizirien mengeluh. Dia mengerling jam yang tergantung di dinding rumah mereka. Ah, masanya semakin suntuk. Dia pantas meleraikan pegangan isterinya. Pelukan mereka terlepas. Dahi isterinya dikucup penuh kasih.

"Maafkan kanda," ujarnya sebelum melangkah pergi.

Meskipun hatinya berat untuk meninggalkan suri hatinya itu, dia tidak boleh mengabaikan sumpah dan setianya yang dilafazkannya sebelum ini yang mengatakan bahawa dia akan bertempur demi kerajaan Magical itu.

Sahara terduduk di tempatnya berdiri. Dia teriak semahunya. Dia mahu mengejar langkah suaminya itu tetapi disebabkan ada janin yang dikandung olehnya ketika itu, dia melupakan hasratnya itu.

"Pulang dengan selamat, kanda." Dia melepaskan pemergian suaminya itu dengan berat hati.

Dan, tidak hairanlah dia berasa tidak sedap hati sebelum peperangan itu berlaku kerana setelah tamatnya peperangan itu, suaminya masih tidak kunjung tiba.

Puas dia bertanya kepada kenalan suaminya namun hampa.

Kesemua mereka sekadar mendiamkan diri membuatkan dirinya dilanda tanda tanya.

Masih hidupkah suaminya itu atau sudah tiada lagi?

Pertanyaan itu tidak terjawab sehinggalah tiga tahun sudah berlalu namun sehingga kini, dia masih berharap bahawa suaminya itu masih hidup.

***

Saat dia berkunjung ke pasar untuk membeli barangan mentah, telinganya mendengar perbualan penjual dan pembeli di gerai sebelah yang disinggahinya ketika itu.

The Greatest Angel √ | COMPLETEDWhere stories live. Discover now