Atas sebab ketiadaan King Braizirien di akademi pada tempoh hari, Kiran terpaksa menapak ke pejabat sang pengetua sekali lagi bersama Sir Zackary. Pedang katana yang diperolehnya digenggam kuat.
Sejak beberapa hari yang lalu memang dia katakan bahawa hati dan mindanya terasa amat berat dengan pelbagai pertanyaan misalnya mengapa pedang itu memilih dia dan apa keistimewaan pedang itu?
Saat dipanggil sebentar tadi oleh Sir Zackary, Kiran berasa lega sedikit kerana pertanyaannya itu bakal terjawab kelak namun pada masa yang sama, dia juga ditimbun dengan rasa gusar.
King Braizirien yang sedia tahu akan kehadiran mereka, terus memberikan keizinan untuk masuk setelah diberitahu oleh prmbantunya. Dia yang sebentar tadinya sedang menandatangani sebuah dokumen, terus menghentikan tingkahnya itu.
Beberapa ketika kemudian, pintu pejabat itu dikuak dari luar. Tersembul wajah Sir Zackry bersama Kiran di muka pintu.
"Tuanku," tegur Sir Zackary kepada pemerintah Eyes Country alias pengetua di akademi itu. Apabila lelaki itu membongkokkan tubuhnya sedikit sebagai tanda hormat, Kiran turut mengikut langkahnya.
King Braizirien menganggukkan kepalanya sekali lalu bangkit dari duduknya.
"Silakan duduk." Dia mengunjukkan tangannya pada sofa yang terdapat di dalam pejabatnya itu, mempersilakan tetamunya itu untuk melabuhkan duduk.
"Terima kasih tuanku."
"Jadi apa niatnya kamu kemari bertemu beta?" Dia memandang wajah Sir Zackry sekilas sebelum beralih ke arah anak muda di sebelah guru itu pula. Kiran... Sejak daripada peristiwa pembulian itu, King Braizirien rasa wajah pelajar ini saja yang sering dilihatnya tetapi sekarang, apa punca yang menyebabkan budak itu dibawa lagi berjumpanya?
Dia menghadiahkan sekuntum senyuman buat Kiran namun hanya dibalas dengan senyuman janggal daripada anak muda itu. Kiran kemudiannya menundukkan kepala memandang ke arah tangannya yang saling berkait. Janggal gila!
King Braizirien berdehem kecil melihat reaksi Kiran itu. Matanya kembali menghala ke arah Sir Zackry. Guru itu kelihatan membetulkan sedikit duduknya di atas kerusi sebelum menyuarakan tentang maklumat penting yang sejak dari minggu lepas berbuku di mindanya.
"Tuanku... Hal yang bakal saya katakan ini berkaitan dengan Excalibur Sword..." Dahi King Braizirien berkerut mendengar kata-kata pemula Sir Zackary itu. Dia kelihatan tertarik dengan bicara yang bakal disampaikan oleh guru itu apabila mendengar sahaja nama pedang lagenda itu disebut.
Siapa yang tidak mengetahui Excalibur, pedang lagenda kepunyaan raja Live Country yang telah terkorban ketika Magical War pertama, 500 tahun dahulu? Ianya adalah sebuah pedang yang terlalu banyak berjasa buat Magical Kingdom.
Berdasarkan apa yang telah di catatkan di dalam Magical Books, pedang itu bukanlah pedang sebarangan. Apabila dia menemukan pemilik sebenarnya, tiada yang dapat memisahkan pedang itu dan pemiliknya. Siapa yang mencuba, nescaya malapetaka bakal menghampirinya. Di sebabkan itu jugalah, pedang itu di gelar sebagai Killer Sword iaitu pedang pembunuh...
Setahu dia, tempoh hari dia telah membenarkan mereka memasukkan pedang itu sebagai pilihan senjata dalam pertandingan Magical Combat setelah sekian lama pedang lagenda itu berada dalam stor simpanannya.
" Mengapa dengan pedang itu?" Dia seolah tidak sabar ingin mendengar maklumat yang ingin disampaikan oleh Sir Zackry. Guru muda itu menarik nafas dan menghembusnya perlahan-lahan. Debaran yang muncul di hati cuba di tenteramkan. Aih, mengapa dia pula yang gelisah ni, sedangkan bukan dia yang di pilih oleh pedang itu.
"Tuanku, nampaknya pedang itu... Sudah menemui pemiliknya...." jelas Sir Zackry menyentakkan pemerintah Eyes Country itu.
Serentak itu, Kiran meletakkan Excalibur yang turut dibawanya ke atas meja kepunyaan sang raja. Sedari tadi, pedang itu disembunyikan di belakang tubuhnya.
YOU ARE READING
The Greatest Angel √ | COMPLETED
Fantasy[Fantasy + Humor] ✔3𝔯𝔡 𝔭𝔩𝔞𝔠𝔢 𝔬𝔫 𝔣𝔞𝔫𝔱𝔞𝔰𝔶 𝔰𝔱𝔞𝔯, ℜ𝔢𝔞𝔩 𝔖𝔱𝔞𝔯 𝔄𝔴𝔞𝔯𝔡 2020🎖️ Magical war pertama yang berlaku pada 500 tahun dahulu telah membuatkan kesemua penduduk Live Country iaitu country yang mempunyai kuasa mengawal a...