21 | TIDAK DAPAT DIKESAN

1.5K 116 1
                                    

"Dia, Sang Penguasa Alam."

***

Ketukan di muka pintu kelas mengalihkan perhatian guru dan pelajar di dalam kelas tahap satu black purple itu. Terlihat seorang gadis berambut tocang bersama lencana tahap tiga kelas black blue berdiri di muka pintu kelas itu.

"Ya? Perlukan apa-apa?" Guru itu menyoal.

Gadis itu tersenyum sebelum membuka mulutnya. "Pengetua arahkan Kiran Selveta untuk ke pejabat beliau," sampainya sambil mata meliar ke dalam kelas melihat si gerangan yang disebutnya tadi.

Guru itu mengangguk lalu memandang ke arah Kiran yang sedang asyik menulis sesuatu di dalam bukunya.

"Kiran!"

Kiran yang ketika itu sedang menulis di bukunya, terus terhenti tingkahnya itu. Kepala diangkat memandang ke arah gurunya bersama kening yang terangkat bertanya mengapa.

Guru itu tidak menjawab sebaliknya dia menalakan tangannya pada gadis di muka pintu itu.

Kiran mengalihkan pandangannya. Oh, dia tidak perasan pula kehadiran pelajar perempuan itu.

"Sila berjumpa dengan King Braizirien sekarang," ulang gadis itu lagi.

Kiran mengangguk sekali lantas bangun dari duduknya. Tahulah dia pasti inilah hari di mana dia perlu bertemu dengan raja bagi Star Country.

Sebelum menapak keluar dari kelas, sempat dia berpamit dahulu pada guru mata pelajarannya ketika itu kerana tidak mahu dianggap biadab.

Usai itu dia melangkah mengekori gadis itu. Baru separuh jalan, tiba-tiba sahaja gadis itu menghentikan langkahnya membuatkan Kiran turut berbuat sedemikian.

Dia hanya merenung hairan tatkala gadis itu berpaling padanya. Dah kenapa?

"Saya rasa awak tahu jalan ke pejabat bukan? Jadi, saya pulang ke kelas dulu." Gadis itu menundukkan kepalanya sedikit sebelum berlalu ke laluan yang lain.

Oh. Kiran hanya memandang pemergian gadis itu. Mujur dia bukannya hendak berbuat macam-macam. Tahulah kan, walaupun wajahnya tertutup sebelah dengan topeng, sebelah wajahnya lagi masih terlihat kacak. Manalah tahu gadis itu mahu mengoratnya pulakan. Nasib baik tanggapannya itu salah.

Tidak mahu membiarkan raja country itu menunggu terlalu lama, Kiran lekas menyambung langkahnya ke pejabat.

***

"Saya rasa kita patut..." Perbincangan antara dua raja itu dan seorang pengantara itu terhenti tatkala pintu pejabat diketuk dari luar.

"Tuanku, pelajar yang dipanggil tuanku sudah tiba," beritahu seorang perempuan bercermin mata yang bertugas sebagai orang kanan bagi King Braizirien di sekolah itu.

King Braizirien mengukirkan senyumnya. "Baiklah, suruh dia masuk. Terima kasih Mary."

Wanita yang digelar sebagai Mary itu hanya mengangguk sekali sebelum menapak keluar dari bilik itu semula.

Beberapa ketika kemudian, sosok Kiran menapak masuk ke dalam bilik itu. Sempat dia mengetuk muka pintu, perlahan.

Buat seketika, King Laurence menumpukan perhatiannya pada remaja itu memandangkan urusannya ke sini hanyalah untuk memeriksa kuasa yang dimiliki oleh remaja itu. Walaupun dia agak hairan masakan penduduk bermata hitam mempunyai kuasa yang melebihi had sehingga tidak dapat diuji dengan magical stone?

The Greatest Angel √ | COMPLETEDWhere stories live. Discover now