30 | MASANYA TIBA

1.3K 107 0
                                    

Lelaki bercelak hitam dan berwajah kusam itu memasang wajah bosannya apabila Miller, si anjing suruhannya masih belum berjaya membuka portal ke masa silam. Sudah banyak masa yang dia berikan kepada lelaki itu namun hanya kehampaan sahaja yang dirasainya.

"Kau memang tidak berjaya atau kau berpura-pura?" Miller yang mendengar pertanyaan itu mulai berasa gentar. Sejujurnya dia memang sengaja berpura-pura bagi membuang waktu sementara pengawal diraja dapat mengesan dirinya di situ.

Akibat berasa geram, raja puak kegelapan itu membentak keras. "Jangan buang masa aku!" Sontak, tubuh Miller melayang ke udara dengan kepala yang mendongak ke atas. Rengkungannya terasa sempit apabila dia merasakan lehernya direnggut secara kasar oleh sesuatu yang berada dalam asap hitam.

Tangannya mula ligat menyentuh lehernya yang mulai bertukar kemerahan. Kaki tidak henti mengelupur bagaikan cacing kepanasan.

Melihat lelaki itu bagaikan sudah berada di hujung nyawanya, King Zelwyn menurunkan tangannya secara drastik membuatkan tubuh Miller terus terjelupuk jatuh ke atas lantai. Dia terbatuk-batuk mencari kembali nafas yang hilang.

Ditambah pula hentakan di tubuhnya makin membuatkan Miller berasa semakin terseksa. Dia tidak sanggup merasai kesakitan sebegitu lagi.

Mata terus dipejam erat. Dalam keadaan baring dan penuh kesakitan itu, dia cuba memfokuskan dirinya untuk menyalurkan kuasa bagi menghidupkan portal. Tidak mengambil masa yang lama, beberapa ketika kemudian suasana kegelapan itu diterangi dengan cahaya berwarna biru.

Melihat kemunculan portal itu, King Zelwyn yang sedari tadi hanya duduk di singgahsananya pantas bangkit. Wajah bosannya sebentar tadi terus bertukar ceria.

Dia ketawa besar. "Ini yang aku mahukan!" Jika lelaki itu mendengar katanya dari awal lagi, kan senang. Tidak perlu dia menggunakan kekerasan.

***

Mata beriris kuning yang terpejam itu sontak terbuntang luas. Dia terus bangkit lalu meluru ke arah tingkap biliknya. Langit di luar yang sudah bertukar gelap dipandang dengan rasa tidak percaya.

Dia tidak sangka apa yang terlintas dalam mimpinya sebentar tadi merupakan bayangan sebenar bagi ramalan yang akan tiba!

Terus dia berlari keluar dari bilik, ingin memberitahu apa yang terjadi kepada pengawal yang berjaga di luar.

Usai sahaja laporan itu dibuat, suasana di dewan istana Magical Kingdom itu dipenuhi oleh para peramal, para raja dan juga sang pengantara.

"Pihak kegelapan sudah mendapat akses untuk ke masa lalu..." King Hemerty memicit dahinya sedikit. Dia sangkakan mungkin akan mengambil masa selama seminggu atau dua bagi raja kegelapan itu merancang strateginya bagi memulakan peperangan tetapi secepat ini mereka memulakan agenda mereka?

Buer, salah seorang daripada peramal yang turut berada di situ, menggelengkan kepalanya kesal dengan sikap Miller yang akhirnya menuruti perintah perjaka durjana itu.

Sebelum ini, mereka semua sudah berjanji sekiranya apa-apa berlaku jangan pernah mengikut kemahuan lelaki itu. Ini, baru beberapa hari berlalu portal itu sudah dibuka. Tak guna kau Miller. Bercakap tidak serupa bikin!

"Sukar untuk patik katakan tetapi... Sang Penguasa Alam sudah patik temui."

Terus bingit suasana dewan itu dengan suara para peramal apabila mendengar nama asing itu disebut oleh Flandy.

The Greatest Angel √ | COMPLETEDWhere stories live. Discover now