25 | PILIHAN

1.5K 135 2
                                    

"Dia, Sang Penguasa Alam."

***

Mata meliar memandang istana puak sumpahan yang tersergam mewah di hadapannya itu sambil diri berselindung di balik tiang yang terdapat di situ.

Beberapa arnab yang berjalan dengan kedua kaki terlihat sedang berjaga di hadapan istana itu bersama tombak di tangan setiap mereka.

Tangannya menarik katana yang terikat di bahagian pinggangnya lalu menapak ke hadapan, memunculkan dirinya.

Apabila melihat kelibat seorang wanita yang lengkap berpakaian serba hitam mampir mendekati mereka, Arga Bunny yang mengawal di situ mula mengangkat tombak mereka ke arahnya.

Ace mengukir senyum sinis di wajahnya. Tanpa sebarang amaran, dia terus memecut ke arah mereka lalu katana di tangan terus melibas pantas pada mereka.

Walaupun tidak menduga akan serangan itu, salah seorang daripada Arga Bunny di situ mampu menepisnya. Wajahnya yang dihiasi parut sepanjang dua inci di bahagian bawah mata kanannya membuatkan riak tanpa senyumannya itu terlihat bengis sahaja.

Ace kembali melompat ke belakang apabila tombak itu cuba dirodok padanya.

Senyum sinis masih terukir di wajahnya. Wah, wah, wah. Sungguh hebat sekali refleks arnab itu kerana mampu menepis serangannya walaupun jika diikutkan pada kepantasannya itu, sudah pasti kesemua mereka tidak akan mampu mengelak tetapi arnab yang satu ini... Hm, menarik.

Katananya di tangan kirinya diangkat menghala pada arnab itu. "Kau, lawan aku dengan kesemua tenaga kau."

Dia bagaikan terlupa akan tujuan sebenarnya mampir ke istana puak sumpahan ini setelah bertemu dengan lawan yang unik dan setanding dengan dirinya itu walhal sebelum ini dia telah bertekad untuk mengelak daripada bertarung kerana tidak mahu membuang masa.

***

Akar-akar yang menjalar itu berusaha mencapai lawannya berulang kali tetapi begitu banyak jugalah akarnya putus dipotong oleh pedang halimunan milik lelaki itu.

Sukar untuk menghindar kerana dia tidak dapat meneka ke mana pedang itu melibas. Jika melihat pada arah hayunan tangan itu sekali pun, dia juga tidak tahu pedang itu berada di tangan kanan atau di tangan kiri lelaki itu.

Oldtree menghempas keluhan letihnya. Mata memicing pada kelibat lelaki berpakaian hitam yang sedang menayangkan riak bongkak pada dirinya membuatkan dia berdecit geram.

"Mengaku sahaja, kau tak mampu melawan aku." Blark tersenyum mengejek. Pokok ini tidaklah terlalu kuat jika dibandingkan dengan dirinya. Huh, ternyata ahli puak sumpahan bukannya kuat. Tidak hairanlah mengapa mereka sering mengelakkan diri dari mencampuri pergaduhan di antara puak cahaya dan puak kegelapan.

"Lebih baik kau berundur sahaja kalau tak nak dilenyapkan dari dunia ni." Tangannya menggenggam kemas pedang di tangan. Walaupun pedang itu cuma berada di sebelah tangannya sahaja, dia berpura-pura seakan ianya berada di kedua belah tangannya bagi mengelirukan lawannya itu.

"Bermimpi sahaja kau." Oldtree masih berkeras kerana dia tahu jika dirinya tumpas sekalipun, masih ramai pahlawan puak sumpahan yang lebih hebat akan ditemui lelaki itu jika dia terus maju ke dalam sehinggalah dia bertemu dengan si dia, sang raja sumpahan.

The Greatest Angel √ | COMPLETEDWhere stories live. Discover now