7 | MARAH

1.8K 197 1
                                    

"Dia, Sang Penguasa Alam."

***

"Kau... sentuh dia. Kau tahu tak dia siapa? Dia tu adik akulah!" Nada yang digunakan oleh remaja bermata biru itu jelas sudah sampai ke oktaf yang keempat. Matanya merah menahan amarah yang teramat sangat.

Rambut remaja berkuasa air itu direntap kasar sehingga kepala remaja itu terdongak ke atas. Separuh wajah remaja itu hancur dibelasah oleh Jack. Darah berwarna biru tidak henti mengalir daripada kepalanya.

Rakan-rakan remaja itu yang lain turut tidak terkecuali. Kini mereka hanya mampu terbaring lemah dengan darah yang tidak henti berlinangan menitis dan menyerap ke pusat dunia. Ternyata kuasa yang dimiliki Jack terlalu kuat sehingga dia seorang sahaja mampu mengalahkan mereka semua. Ianya sungguh menakjubkan!

Para penduduk cuma mampu memandang dari jauh. Mereka takut sekiranya mereka yang menjadi mangsa seterusnya untuk remaja bermata biru itu jika mereka masuk campur. Mereka hanya mampu menggesa beberapa orang penduduk supaya memanggil pihak atasan.

Jack menarik kepala remaja itu menghala ke arah Kiran yang sudah pengsan tidak sedarkan diri di atas tanah. Dia memaksa remaja itu supaya memandang Kiran. Jari telunjuk kanannya di angkat lurus menghala ke arah Kiran.

"Kau nampak tak keadaan dia? Dia tu bermata hitam dan tidak mempunyai kuasa! Dan kau, sewenang-wenangnya memperlakukan dia sebegitu!" ujar Jack dengan lantang. Air mata perlahan-lahan mengalir menyusuri pipinya.

Sakit. Sakit apabila melihat Kiran diperlakukan sedemikian rupa. Ianya seperti cubit paha kanan, paha kiri turut terasa. Begitulah akrabnya persahabatan dan perhubungan yang terjalin antara mereka.

Adik? Memang Kiran bukan adik kandungnya tetapi dia sudah menganggap Kiran sebagai adiknya kerana itulah dia tidak punya sebab untuk tidak bertanggungjawab melindungi saudaranya. Meskipun umur mereka sama tetapi jika mengikut bulan kelahiran, Jack yang lebih tua. Kerana itulah dia menganggap Kiran sebagai adiknya sendiri.

Dia mengheret remaja itu sehingga tiba di hadapan Kiran. Remaja itu melolong kesakitan apabila rambutnya ditarik kuat. Kulit kepalanya terasa bagaikan ingin terkoyak. Tubuh badannya terasa sungguh lemah dan dia mulai pengsan.

Jack pantas merungkaikan pegangannya di rambut remaja itu. Tubuh remaja itu ditolak sehingga tertiarap berhadapan dengan tubuh Kiran yang separa sedar itu. Kiran hanya mampu kaku melihat dengan matanya yang kuyu dan nafas yang tidak teratur.

"Kau tengok! Apa yang kau dah buat! Kau tengok muka dia tu! Kau..." kata-kata Jack disulami dengan tangisan yang mendayu-dayu. Dia masih tidak perasan yang remaja berkuasa air itu sudah tidak menyedarkan diri.

Dia melutut di sebelah tubuh Kiran. Kepala Kiran diletakkan di atas ribanya dengan berhati-hati. Sebahagian wajah Kiran yang tidak melecur, di usapnya perlahan.

Kiran tersenyum melihat keprihatinan Jack terhadapnya itu. Jack, benar-benar seorang abang dan sahabat yang terbaik. Yang tidak mampu dicari di luar sana.

Jelas kelihatan kasih sayang Jack terhadap Kiran menerusi pandangan matanya. Meskipun dia selalu menyakitkan hati Kiran dengan pelbagai gurauan yang kasar tetapi itu tidak bermakna dia tidak menyayangi Kiran. Kiran ialah satu-satunya rakannya di rumah anak yatim Eyes Country semenjak dia kecil lagi malah mereka berdua tidak pernah berpisah lagi setakat ini.

Buat seketika, Jack menyesal kerana tidak mampu melindungi Kiran ketika Kiran diperlakukan teruk oleh remaja-remaja bermata putih itu. Dia abang yang tidak berguna!

Dia menggenggam erat tangannya membentuk penumbuk. Air matanya mengalir sehingga menitis di wajah Kiran.

Dengan terketar-ketar, Kiran mengangkat tangannya perlahan-lahan. Air mata yang mengalir di pipi Jack, di sekanya sebelum pipi itu ditolaknya perlahan.

"Kau... Menangis macam tu, kau... Nampak hodoh."

Jack spontan mengangkat pandangannya ke arah Kiran.

Kiran mengukir senyum nipis yang jelas terlihat hambar di wajahnya.

Kelibat Jack kelihatan di hadapan matanya sebelum penglihatannya kabur sekali lagi. Sebelum itu, sempat dia menuturkan sesuatu.

"Jack, budak tu..." ujarnya, merujuk kepada budak bermata hazel yang turut dibelasah sebentar tadi.

Sempat telinganya mendengar bunyi riuh-rendah yang terhasil sebelum dirinya pengsan sepenuhnya daripada dunia nyata nan kejam itu.

"Tangkap budak tu!" Itulah ayat terakhir yang berlalu di pendengarannya.

***

Suasana pekan yang sudah hancur separuh itu dilihatnya dengan teliti. Sebenarnya dia kurang percaya apabila orang ramai yang menyaksikan kejadian itu menyatakan bahawa kerosakan itu sepenuhnya dilakukan oleh seorang remaja! Remaja yang mempunyai kuasa kawalan cuaca.

Dia mengusap dagunya perlahan. Memikirkan tentang jawapan-jawapan bagi segala persoalanan yang bermain di mindanya ketika itu.

Tidak mungkinlah seorang remaja yang cuma berkuasa kawalan cuaca, mampu membinasakan pekan ini sehingga menjadi terlalu teruk. Malah kerosakannya boleh disamakan dengan serangan seekor beast!

"Kenapa dia tiba-tiba mengamuk? Apa puncanya?" tanyanya kepada orang kanannya yang sedari tadi lagi setia mengekori ke mana sahaja dia pergi.

Pembantunya itu meneliti buku yang berada di tangannya.

"Orang ramai nemberitahu bahawa dia menghancurkan pekan ini apabila adiknya dibelasah dengan teruk,"

"Yang mana? Bermata hazel atau hitam?"

"Hitam."

Dia mengangguk-angguk apabila mendengar pernyataan itu. Patutlah. Tak hairanlah kalau remaja bermata biru itu mengamuk sedemikian rupa.

Memang teruk. Itulah yang dia dapat gambarkan apabila melihat keadaan remaja bermata hitam itu.

Bahagian atas tubuhnya separuh melecur dan sebelah matanya hampir-hampir buta kerana matanya turut terkena api yang dibuat oleh kumpulan remaja pembuli itu.

Manakala remaja bermata hazel itu pula patah tulang kakinya dan tulang belakangnya. Boleh dikatakan bahawa kedua-dua mereka dibelasah dengan teruk dan kini kedua-duanya ditempatkan di ruangan kritikal.

"Macam mana dengan kumpulan pembuli tu?" soalnya lagi. Ingin mengetahui nasib yang bakal menimpa remaja-remaja bermata putih itu.

"Mereka akan dihadapkan di hadapan raja dan raja akan menentukan sekiranya mereka masih layak atau tidak berada di Eyes Country ini," terang pembantunya. Lelaki itu mengangguk berpuas hati. Dia meneruskan siasatannya.

Kawalan cuaca? Huh.

Segalanya kelihatan sukar dijangkau dengan akal fikiran.

***

>vote n comment<

The Greatest Angel √ | COMPLETEDWhere stories live. Discover now