28 | GEGAS

1.2K 70 3
                                    

Ketiga-tiga raja bagi eyes country, blood country dan star country serta sang pengantara itu hanya diam menunggu kehadiran King Hemerty iaitu raja tertinggi yang menguasai Magical Kingdom ini. Titah untuk bertemu itu dikeluarkan sejurus sahaja serangan di Star Country diisytiharkan tamat.

Apatah lagi dengan khabar kehilangan salah seorang peramal mereka, makin membuatkan pertemuan itu tidak dapat ditangguhkan lagi walau sesibuk mana pun mereka.

Beberapa ketika kemudian, pintu bertatah perak itu terbuka daripada luar memunculkan kelibat King Hemerty bersama dua orang pengawal di belakangnya. Raja itu menapak masuk ke dalam sementara kedua orang pengawal itu hanya berjaga di luar pintu.

King Hadson, King Braizirien, King Laurence dan Flandy bangkit lalu menundukkan kepala mereka sedikit sebagai tanda penghormatan.

"Dipersilakan duduk semua," kata King Hemerty. Wajah tuanya kelihatan memaparkan riak tegang kerana hal yang bakal dibincangkan mereka ini bukanlah hal yang biasa tetapi sesuatu yang mampu membawa kehancuran kepada dunia magikal ini.

"King Laurence, bagaimana dengan situasi di Star Country kini?" King Lairence lantas bangkit menghulurkan beberapa helaian kertas kepada raja kingdom itu. Ianya mengandungi maklumat berserta laporan mengenai serangan yang baru sahaja berlaku di country bawah pimpinannya.

"Hanya sedikit sahaja penduduk yang mengalami kecederaan dan tidak ada bilangan kematian langsung disebabkan laporan dibuat seawal serangan dilakukan oleh pihak kegelapan." King Hemerty mengangguk-angguk mendengar laporan itu. Helaian kertas yang dihulurkan oleh King Laurence dibeleknya.

Dalam banyak-banyak country, pihak kegelapan memilih untuk menyerang Star Country. Tujuan mereka itu sangat jelas iaitu untuk melarikan perhatian pengawal yang ada kepada serangan yang berlaku sementara ada yang menceroboh masuk ke tempat di mana mereka melindungi para peramal. Silap King Laurence apabila dia terlepas pandang mengenai hal itu. Apatah lagi, ketika serangan itu berlaku dia masih berada dalam perjalanan untuk pulang ke istana.

"Mereka sudah mendapatkan peramal..." Bukanlah pertanyaan yang keluar daripada mulut baginda tetapi pernyataan yang tidak boleh ditidakkan oleh mereka yang lain. Itu hakikatnya. Apa yang mereka ingin elakkan akhirnya berlaku...

Suasana bilik bertukar hening seketika sebelum dipecahkan oleh suara kecil Flandy.

"Tuanku Hemerty..." panggilnya. Sempat matanya memandang pada King Laurence sebagai meminta kebenaran daripada raja itu untuk memberitahu raja yang lain mengenai hal yang diketahui oleh mereka berdua.

Melihat anggukan daripada raja itu, dia tidak teragak-agak lagi.

"Sebenarnya... Pure Angel sudah memunculkan diri mereka..." Kenyataan yang keluar daripada ulas bibir Flandy itu ternyata menyentak ketiga-tiga raja yang masih tidak mengetahui tentang perkara itu.

King Braizirien mendekatkan dirinya ke meja seolah-olah ingin menyerang Flandy yang duduk bertentangan dengannya ketika itu.

"Pure Angel? Kamu tidak bergurau bukan sang pengantara?"

Flandy mengalihkan kepalanya ke tepi seketika lalu menjulingkan mata ke atas seakan-akan menyampah dengan pertanyaan itu. Masakan dia mahu menipu mereka, para raja? Sedetik kemudian, dia berpaling ke arah raja itu kembali dengan wajah yang serius.

"Mustahil patik mahu menipu tuanku-tuanku sekalian lagipun..."

"Bawa mereka bertemu beta." Arahan itu dikeluarkan sebelum sempat Flandy menghabiskan bicaranya. Termangu-mangu Sang Pengantara itu dibuatnya.

"Tapi tuanku... Patik baru menemukan seorang sahaja dan dua orang lagi hanya kuasa mereka sahaja yang dapat dirasai oleh patik."

King Hemerty terdiam buat seketika. Wajah Flandy dipandangnya dengan mata yang mengecil. Mindanya cuba memikirkan tindakan benar yang sepatutnya dilakukan oleh dia sebagai seorang raja. Beberapa ketika kemudian, dia kembali membuka mulut. "Kita sudah tidak mempunyai banyak masa, sang pengantara. Cari dan bawa mereka kepada beta segera. Pure Angels, kita perlu bergegas mencungkil kuasa mereka semula sebelum peperangan itu terjadi."

The Greatest Angel √ | COMPLETEDWhere stories live. Discover now