27 | ANEH

1.3K 111 3
                                    

Jack memeluk tubuhnya di atas lantai dewan itu sambil matanya tepat memandang pada figura Sir Zackary iaitu guru yang ditugaskan sebagai penyelia bagi pertandingan magical combat competition itu.

Mindanya memutar kembali kejadian yang berlaku ketika dia ingin bertemu dengan King Braizirien untuk mempersoalkan tentang penyertaan Kiran dan Bryan.

"Boleh saya bertemu dengan pengetua?" soalnya, mendapat pandangan hairan daripada wanita yang menjaga bahagian luar pejabat itu.

Jack dipandangnya dari atas hingga ke bawah bagaikan budak itu ada melakukan sesuatu yang salah.  Apabila matanya tertancap di wajah bermata biru itu, barulah dia membuka mulut.

"Atas urusan apa ya sebab King Braizirien tak ada di biliknya, jadi mungkin saya boleh sampaikan kepada raja."

Tanpa banyak rungutan, Jack terus menyatakan tujuannya. "Saya nak tanya berkenaan peserta bagi Magical Combat..." Belum sempat Jack menyudahkan bicaranya, wanita itu terlebih dahulu memintas ayatnya.

"Lah... Soal pertandingan itukah? Kalau begitu lebih baik kamu berjumpa dengan Sir Zackary sahaja memandangkan dia yang menguruskan pertandingan itu."

Dan disebabkan dia berjumpa dengan guru itulah, sekarang dia berada di dewan yang mengumpulkan kesemua peserta pertandingan itu juga.

Masih dia ingat ayat yang keluar daripada mulut lelaki itu usai sahaja dia mengenalkan dirinya.

"Jack Mostoque? Kamu Jack? Ha kebetulan sekali. Nah. Jangan tak datang ya, perjumpaan esok hari."  Usai menghulurkan sekeping kertas kepada Jack, dia terus melangkah keluar dari pejabat meninggalkan Jack yang masih terpinga-pinga. Nampaklah lelaki itu memang kelam-kabut tindaknya sebentar tadi.

Sosok Kiran dan Bryan yang sedang leka berborak dipandangnya dengan kepala yang ditongkat di pehanya.

Cadang dia bertemu lelaki itu kerana ingin mengusulkan soal penyertaan Bryan dan Kiran di pertandingan ini tetapi lain pula jadinya.

Dia bukannya cemburu dengan mereka tetapi dia risau. Melalui cerita yang didengarinya daripada senior-senior mereka, walaupun pertandingan itu diawasi oleh guru dan tukang rawat, kadangkala ada situasi yang tidak disangka boleh berlaku.

Antara cerita lain yang didengari olehnya adalah pada tiga tahun yang lalu, terdapat beberapa orang peserta yang cedera parah kerana pihak lawan mereka hilang kawalan pada kuasanya sendiri.

Dia tidak mahu kesemua perkara buruk itu berlaku kepada Kiran. Cukuplah tragedi kes berkaitan Bryan yang terjadi tempoh hari.

"Baiklah, kita akan mulakan dengan pemilihan senjata. Kita akan mulakan dengan pelajar di hadapan ini dulu."

The Greatest Angel √ | COMPLETEDWhere stories live. Discover now