32 | TERLAMBAT

1.2K 103 0
                                    

Saat bilah pedang hampir mencecah ke leher remaja bermata hitam itu, tindakan si pelaku terhenti secara tiba-tiba apabila pergerakannya bagai dikunci oleh sesuatu.

Di balik sosok yang diam membeku di situ, munculnya sang pengantara dalam keadaan yang berpeluh. Nafasnya tercungap-cungap menandakan dia berlari ke situ.

Kiran yang masih dikuasai rasa sedih itu langsung tidak menyedari kehadiran si penyerang yang tidak diundang itu dan juga Flandy. Mujur sahaja Flandy pantas menghentikan masa pergerakan si penyerang itu, jika tidak pasti kepala Kiran sudah melayang ke tanah.

"Kiran!" Mendengar namanya dipanggil, dengan mata yang masih tersisa air mata dia mengangkat kepala memandang ke hadapan. Kelihatan berdirinya Flandy bersama wajah yang gusar. Gadis kecil itu lantas menerpa ke arah Kiran yang hanya duduk melutut di situ menangisi sesuatu.

"Kau gila ke? Kau tahu tak kau hampir mati tadi! Dalam keadaan begini, kau tak boleh cuai langsung tahu!" Lengan Kiran ditariknya, disuruh bangun daripada terus berlutut di tanah. Mata masih memandang ke sekeliling, bersiaga andai ada bahaya lain yang mara.

Kiran yang memaparkan riak wajah kosong hanya mengikut arah tarikan Flandy. Ke mana gadis itu membawanya, dia sudah tidak peduli. Jelas, dia masih terkesan akan pemergian ibunya sebentar tadi.

"Kita kena pergi mencari yang lain! Aku tak tahu kenapa kita dihantar ke tempat yang berasingan."

'Kerana alam ingin memberikan kesempatan supaya aku dapat bertemu bonda,' bicara Kiran sekadar di dalam hati. Langkahnya sontak terhenti apabila rasa sakit kehilangan mampir ke jiwanya kembali. Tangan kiri dibawa mencengkam dadanya. Sakit... Rasa sakit itu tidak mampu dibuang. Air mata berkumpul di tubir matanya. Langkahnya yang terhenti itu membuatkan Flandy memalingkan tubuh ke arahnya.

"Kiran? Kau kenapa? Kita kena cepat ni..." Dia menyambung kembali langkahnya tetapi Kiran langsung tidak menuruti.

Kiran menggenggam sebelah lagi tangannya erat. "Kenapa nasib aku selalu malang ya?" Dia berbicara perlahan namun masih menyinggah ke pendengaran Flandy.

"Kiran..." Meleret suara Flandy memanggil remaja lelaki itu. Dia tidak tahu apa yang dialami Kiran sebentar tadi sehingga remaja bermata hitam itu seolah tidak mempunyai semangat untuk hidup lagi. Kaki menapak mendekati Kiran kembali sebelum tangannya naik mencengkam kedua-dua lengan remaja lelaki itu.

"Aku tahu kau sedih. Walaupun aku tak tahu sebabnya tapi aku harap kau buangkan kesedihan kau tu," nasihatnya.

"Kau tak faham Flandy! Kau itu sang pengantara! Kau punya segalanya! Kuasa, nama? Kau bukan macam aku yang sangat tidak berguna ni!" Kiran membentak. Dia menarik lengannya daripada pegangan Flandy. Mata merahnya tajam memandang ke arah sang pengantara itu.

Mendengar kata-kata Kiran itu membuatkan Flandy menghamburkan tawa halusnya. Dia... Punya segalanya? "Kau fikir aku suka menjadi sang pengantara yang hanya mampu memunculkan diri di kala adanya peperangan? Aku juga mahukan hidup yang normal!"

"Kau nak tahu satu rahsia? Aku... Tidak mampu mati walaupun aku sudah cuba berulang kali. Kau rasa berapa kehilangan yang sudah aku hadapi?"

Flandy menentang pandangan Kiran itu dengan pandangan yang sama. Pandangan yang penuh dengan emosi membuatkan Kiran terpana.

"Ya, memang aku tak akan faham kau sebab aku tak berada di tempat kau tapi Kiran, cuba kau fikir! Di sana, masih ramai yang memerlukan bantuan kita! Kau nak ke orang lain merasakan apa yang kau rasa tu?" Suara Flandy turut naik ke oktaf yang lebih tinggi. Urat-urat di lehernya jelas kelihatan tegang.

The Greatest Angel √ | COMPLETEDWhere stories live. Discover now