3 | LELAKI PUJAAN

2.1K 197 7
                                    

"Dia, Sang Penguasa Alam."

***

Kiran menongkat dagu menggunakan tangan kanannya. Dia berasa agak bosan memandangkan guru yang mengajar pada waktu itu tidak menghadirkan diri.

Suasana kelas yang bingit ketika itu sekadar diabaikan. Walaupun baru beberapa hari sahaja dia sekelas dengan mereka, tidak dapat dia nafikan bahawa kelas bawah lebih baik daripada kelas atas.

Bayangkan, baru sahaja dia melalui di hadapan kelas atas, pasti ada mulut-mulut jahat yang berbicara sumbang mengenai dirinya.

Mujurlah dirinya ditempatkan di kelas Black Purple ini. Walaupun kesemua pelajar di kelas itu tidak mempunyai kuasa yang hebat namun mereka mempunyai hati yang baik tetapi adalah juga dua, tiga orang yang masih memandang keji kepadanya.

Matanya meliar memerhatikan sekeliling kelas. Dia sedar ada beberapa pasang mata memandang ke arahnya namun dia sekadar mengendahkan.

Dia ingat lagi kejadian yang berlaku ketika dia masuk ke kelas itu buat pertama kali.Suasana kelas yang riuh-rendah bertukar sepi saat mereka menyedari akan kemunculannya.

Meskipun pandangan hairan dihadiahkan kepadanya, terdapat juga pandangan kagum daripada sebahagian pelajar perempuan. Ada yang memuji wajah tampannya.

Pelajar lelaki pula ada yang sudah memaparkan riak cemburu dengan dirinya apabila dia mendapat perhatian daripada pelajar perempuan.

Kiran hanya mampu menggelengkan kepalanya perlahan bersama senyuman nipis di wajahnya. Dia tidak dapat mempercayai bahawa dalam satu hari sahaja namanya sudah melonjak naik di akademi itu disebabkan oleh warna irisnya dan juga ketampanan yang dimiliki olehnya.

"Kiran." Kiran memanggung kepala memandang ke arah si empunya suara yang menyeru namanya itu.

Terlihat di pandangannya, kelibat seorang gadis yang kelihatan tersipu-sipu apabila matanya terarah tepat ke mata gadis itu. Tempat di sebelahnya yang sebelum ininya kosong tidak berpenghuni, diisi oleh gadis itu.

Kiran mengukir senyum janggal.

"Ya, Shura. Awak nak apa-apa ke daripada saya?"

Gadis yang digelar sebagai Shura itu tidak menjawab sebaliknya dia menekup wajahnya ke meja lalu menjerit perlahan.

Berkerut dahi Kiran tatkala melihat gelagat gadis Blood Country itu. Kenapa dengan gadis itu? Tidak sihatkah?

"Awak okay ke ni Shu?"

Shura mengangkat kembali wajahnya. Dia menarik nafas lalu menghembuskan nafasnya perlahan. Wajah Kiran dipandangnya kembali.

"Saya okay sahaja!" Bibir mengukir senyum semanis tebu buat jejaka idamannya itu.

Kiran menggosok hidungnya. "Oh, okay." Dia kembali memandang ke hadapan.

Shura tersenyum sendirian saat memandang sisi wajah di sebelahnya ketika itu. Ah, indah sungguh rupanya. Inikah definisi bidadara yang sebenarnya?

Kiran sedar akan pandangan itu namun dia sekadar mengabaikan. Sejujurnya dia berasa tidak selesa apabila ditenung sedemikian rupa.

"Kiran," panggil gadis itu lagi.

Dalam diam, Kiran menghela nafas beratnya sebelum mengerling ke arah Shura.

"Ya?" jawabnya meskipun dia sudah berasa rimas hendak melayan gadis itu.

Shura mengemam bibirnya. Jari dimainkan antara satu sama lain. Sekejap wajah Kiran dipandang, sekejap pandangan dijatuhkan ke meja di hadapannya ketika itu.

The Greatest Angel √ | COMPLETEDWhere stories live. Discover now