36 | KEHILANGAN

1.1K 50 0
                                    

Kiran terdiam, melihat pada kedua belah tangannya sebelum beralih ke suasana di sekelilingnya yang telah membeku kesemuanya. Beberapa tika kemudian, pandangan dialih kepada Jack yang berada tidak jauh dari situ. Lelaki itu jelas masih mampu bergerak seperti biasa, tidak seperti penduduk Magical Kingdom yang lain. Mungkin kerana dia ialah seorang Pure Angel, maka kuasa itu tidak menjejaskannya.

"Apa yang berlaku?" tanya Kiran, masih tidak memahami akan apa yang berlaku. Kakinya mengorak langkah perlahan, mendekati kraken yang membeku itu. Tangannya naik menyentuh makhluk itu dengan penuh takjub, dek itu kali pertama dia melihat makhluk itu secara dekat. Tidak disangka, cahaya menyelubungi kraken itu sebelum kelibatnya berubah 180 darjah. Sosok hodoh berkaki lapan ketika tadi hilang digantikan dengan susuk seorang lelaki yang tidak berpakaiannya. Namun, kelibat itu masih membeku dalam keadaan yang berdiri.

Seakan mendapat kejutan budaya, Kiran terus mengundurkan dirinya ke belakang. "Ap... Apa yang jadi?" Sekali lagi soalan itu terpacul dari bibirnya. Dia memang tangannya dan lelaki itu silih berganti dengan rasa cemas yang meluak-luak.

"Itu aura penyekat magis," celah Jack, mendekati Kiran. Saat dia melalui tempat di mana budak perempuan itu berada ketika tadi, sempat dia mewujudkan dinding tanah di sekeliling racun yang berada di awangan itu. Meskipun ianya hanya cecair, jika masa dihentikan, ianya tetap tidak mampu diganggu maka hanya dinding itu sahajalah solusinya untuk menghalang racun itu dari tersembur ke serata arah setelah kuasa penghenti masa ini dihentikan kelak.

Disebabkan rasa gusar yang menyelubungi dirinya, Kiran seakan-akan hilang tumpuan menyebabkan kuasa penghenti masanya terpadam sedikit demi sedikit membuatkan pergerakan makhluk-makhluk di sekitarnya sudah mulai bergerak. Mereka menyambung tingkah mereka pada sebelum masa dihentikan seakan-akan tidak menyedari akan sesuatu yang berlaku tadi.

Bunyi derapan langkah didengarinya datang dari segenap arah. Itu, bunyi derapan langkah yang membawa kuasa kegelapan. Dia tahu itu tetapi tubuhnya sudah tidak mahu bergerak lagi. Dia sudah penat untuk berdiri dan bertarung. Yang dia mampu lakukan cumalah menangisi nasib hidupnya yang malang ini.

Dia bagaikan sudah berserah dengan segala apa yang bakal berlaku. Biarkan sahaja dia mati. Dia sudah penat. Terlalu penat.

Dia bagaikan dihentak oleh sesuatu apabila telinganya mendengar suara seseorang melaungkan namanya. Wajahnya diangkat, melihat pada Jack di seberang sana yang memasang riak wajah kerisauan.

Jack... Agaknya apa yang akan berlaku sekiranya aku mati ya?

"Kiran! Bangun Kiran!" desak Jack. Dia berusaha mampir pada Kiran namun terhalang oleh kelibat-kelibat puak cahaya yang masih dikawal oleh kuasa kegelapan itu.

Kiran tersenyum. Dia teringat kembali ayat yang dibacanya sebentar tadi daripada kitab kegelapan itu.

Aku ialah lawannya.
Kami,
berasal dari tempat yang sama.
Dia diibaratkan diriku yang kedua.

Jack... Jika mereka membunuh aku, adakah semua ini akan terhenti? Peperangan yang memakan banyak nyawa ini akan terhenti? Dia menyoal di dalam hati bagaikan rakannya itu dapat mendengar pertanyaannya itu.

Sekali lagi, ayat itu terulang di mindanya. Dia diibaratkan diriku yang kedua.

Matanya yang kuyu itu membesar sedikit. Dia, ibarat diriku yang kedua...

Sesuatu terlintas di mindanya.

Jika akulah penyebab kemusnahan itu berlaku,
nescaya percayalah bahawa akulah jua penyebab kemusnahan itu terhenti.

Akulah jua...

Jadi... Hanya aku?

Saat itu, kepingan-kepingan soalan yang bercerai bagaikan sudah tercantum semuanya di dalam mindanya. Matanya membuntang. Tidak! Aku tidak boleh membiarkan mereka membunuhku!

The Greatest Angel √ | COMPLETEDWhere stories live. Discover now