8 | HUKUMAN

1.8K 198 5
                                    

"Dia, Sang Penguasa Alam."

***

Tubuh yang terbujur kaku di atas katil itu dipandangnya sayu. Air mata tidak henti mengalir dari tubir mata. Tangannya menggenggam erat tangan milik Kiran.

Dia menangis tersedu-sedan.

"Tsk... Kiran, aku minta maaf. Aku, aku tak lindung kau baik-baik," rintihnya. Wajahnya di
sembamkan di atas katil yang menjadi tempat pembaringan Kiran itu.

"Jack," panggil seseorang namun tidak dipedulikan remaja itu. Tidak tahu dia sengaja berpura-pura tidak mendengari panggilan itu atau dia sememangnya sudah tenggelam dengan perasaan sedihnya sehingga pendengarannya bagaikan tertutup buat seketika.

Puan Sahara mengeluh melihat tingkah laku anaknya itu. Dia menghampiri Jack. Bahu Jack ditepuknya perlahan. Sempat dia mengerling Kiran yang terbaring di atas katil hospital itu.

Sayu hatinya apabila melihat keadaan yang menimpa salah seorang daripada anak angkatnya itu. Tipulah jika dia tidak sedih. Dia yang menjaga Kiran sejak lelaki itu bayi lagi.

" Jack, kamu jangan macam ni. Ibu sedih tengok kamu macam ni, tahu?" Dia cuba memujuk satu-satunya anak kandung yang dimiliki olehnya itu.

" Ibu..." Jack berpaling memandang ke arah ibunya. Pantas, tubuh ibunya dirangkul erat.

"Jack tak lindungi Kiran sebaiknya... Tsk... Jack minta maaf," pohon Jack. Air mata tidak henti mengalir seolah-olah pili air. Baginya, dia abang yang tidak berguna. Dia sebagai seorang abang sepatutnya melindungi adiknya tetapi dia, dia terlewat!

Puan Sahara tersenyum hambar. Dia mengusap ubun-ubun anaknya itu penuh kasih.

"Ibu tahu kamu sayangkan Kiran tetapi itu semua bukan salah kamu. Kamu dah cuba sehabis yang baik dan ibu berbangga dengan kamu Jack. Ibu juga berbangga dengan Kiran sebab anak-anak ibu kedua-duanya mempunyai hati yang suci."

Jack mengangkat sedikit demi sedikit wajahnya. Wajah ibunya ditenung dengan masa yang masih berkaca. Dia mengangguk.

" Jack pun bangga dengan dia."

Puan Sahara tersenyum. Dia meleraikan pelukan mereka lalu menepuk perlahan bahu anaknya.

"Dah, jom. Kamu lupa yang kita perlu menghadap King Braizirien?"

***

Beberapa sosok tubuh remaja Blood Country yang berada di hadapan matanya ketika itu, dipandang silih berganti. Mereka sekadar menunduk apabila pandangannya singgah di wajah mereka. Wajah mereka kelihatan teruk dibelasah. Bibir pecah dan terdapat luka di sekitar wajah mereka.

Di dalam dewan itu, terdapat juga ibu bapa kepada mereka dan remaja yang menjadi mangsa pembulian itu termasuk puan Sahara sendiri.

" Tuanku. Ampunkanlah anakanda patik. Patik yang salah kerana tidak pandai mengajarnya," pinta bapa kepada remaja yang berkuasa air itu. Remaja itu hanya diam sahaja. Dia berdiri di antara ibu dan bapanya. Tangan kanan diangkat menampung tangan kirinya yang patah yang berbalut dengan sehelai kain berwarna putih. Kelihatan agak teruk keadaannya tetapi tidak seteruk Kiran dan remaja bermata hazel yang telah menjadi mangsa pembulian mereka. Kepalanya menunduk menekur lantai. Berasa bersalah apabila kerana kesalahannya, ibu dan bapanya turut terlibat sama.

King Braizirien mengeluh.

"Kamu tahukan? Kelakuan pembulian itu ialah satu kesalahan? Terutamanya apabila kamu membuli orang tiada kuasa. Kamu tahukan? Ini Eyes Country! Terdapat di kalangan kita yang tidak mempunyai kuasa!" tegas dia berbicara selaku seorang raja yang waras akal fikirannya.

The Greatest Angel √ | COMPLETEDWhere stories live. Discover now