37 | PEWARIS SETERUSNYA

1.5K 108 5
                                    

"Itulah yang berlaku sepanjang kehidupan baginda." Sejurus itu, buku yang berada dalam pegangannya itu, ditutup rapat dengan satu nafas panjang. Kenangan demi kenangan baginda Kiran bermain di mindanya. Setiap helaian buku tersebut seolah-olah membawanya kembali ke masa lalu, mengimbau kembali perjuangan dan pengorbanan yang tidak pernah terbayangkan.

Kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang sedang teresak-esak dihadapannya itu, dipandang dengan penuh simpati dan kasih sayang. Tubuh kecil itu menggigil dalam tangisan, jelas sekali kisah tragis yang diceritakan tadi memberi kesan mendalam kepadanya. Air mata berjejehan mengalir ke pipi gebu si kecil itu, menambah lagi keperitan di hati lelaki itu melihat betapa pilunya si kecil.

"Ke... Kenapa sedih sangat..." suara kecil itu terputus-putus dalam esak tangis, cuba mencari jawapan yang mungkin dapat menenangkan hatinya yang luka.

Dia yang melihatnya hanya mengukir senyum hambar, senyuman yang penuh dengan pengertian dan belas kasihan. Kepala si kecil diusapnya perlahan, sentuhan lembut yang diharapkan dapat mengurangkan sedikit beban di hati anak kecil itu.

"Kerana ini takdir hidup baginda," jawabnya dengan mudah sekali, namun di sebalik jawapan itu tersirat banyak makna yang mendalam. Buku yang dipegangnya sebentar tadi disimpan di dalam rak buku yang berada di sebelah katil bujangnya itu, seakan-akan ingin menyimpan semula kenangan pahit manis dalam hidup baginda Kiran.

"Tahulah takdir tapi janganlah kejam sangat. Hua!" Semakin kuat tangisan budak lelaki itu, seolah-olah tidak dapat menerima keadilan dunia ini. Dia menyembamkan wajahnya ke peha lelaki bermata biru itu, mencari perlindungan dan rasa aman.

Lelaki itu mengukir senyum tipis, memahami perasaan kanak-kanak itu. Kepala budak itu diusapnya lagi seakan-akan budak itu merupakan haiwan peliharaannya, sesuatu yang amat disayanginya dan ingin dilindunginya dari segala kesedihan.

"Kerana itulah kamu perlu memastikan pengorbanan baginda itu tidak sia-sia," katanya dengan nada penuh keyakinan dan harapan. Dia tahu, beban yang dipikul oleh si kecil ini amat berat, tetapi dia juga percaya akan kebolehan dan potensi yang dimiliki oleh anak itu.

Tanpa mengangkat wajahnya, budak lelaki itu menganggukkan kepalanya berulang kali sehingga bergoncang sedikit tubuh lelaki itu dibuatnya. Tangisan perlahan-lahan reda, digantikan dengan tekad yang semakin membara di dalam hati kecilnya.

Lelaki itu menepuk bahu budak lelaki itu perlahan. "Sudah, sudah. Berhenti menangis. Anak lelaki tidak boleh menangis. Jika dilihat rakyat, malulah!" ujar lelaki itu, sengaja mengumpan anak lelaki diraja itu dengan kata-kata yang memberi semangat dan mendorongnya untuk menjadi kuat.

Saat mendengar kata-kata lelaki itu, drastik kanak-kanak lelaki itu mengangkat kepalanya. "Mana ada Ezen nangis! Ini peluh!" Kanak-kanak itu berdalih, cuba mempertahankan maruahnya. Dia mengesat air mata dan hingus yang mengalir di wajahnya menggunakan lengan baju lelaki di hadapannya itu. Aish, kenapa peluh ni susah sangat nak berhenti ni!

Lelaki itu hanya memaparkan riak wajah pasrah apabila bajunya dijadikan sebagai tisu oleh kanak-kanak lelaki itu. Tidak menunggu Ezan selesai mengesat air matanya, lelaki itu pantas mencabut baju itu daripada tubuhnya lalu baju itu pantas dibaling ke arah budak lelaki itu.

"Kamu bawa balik sahajalah baju tu," ujarnya, ringkas. Tidak hamak dia mahu memakai baju itu lagi. Jijiks!

Ezan tidak berkata apa. Dia hanya meneruskan tingkahnya mengesat air matanya sehingga kering. Dia tahu, walau apa pun yang berlaku, tangisannya tidak akan mengubah kenyataan yang dihadapinya.

The Greatest Angel √ | COMPLETEDWhere stories live. Discover now