NOTA TERAKHIR

1.6K 56 5
                                    

The Greatest Angel, kisah yang mula ditulis pada tahun 2019 dan akhirnya selesai ditaip dan diedit setelah empat tahun lebih dibiarkan bergantung tidak bertali (walaupun ada banyak lagi flaws but i think this is enough since ini merupakan karya pertama yang aku tulis secara lengkap).

Cerita ni memang banyak lompong, aku tahu. Jujurlah aku kata, aku menulis cerita TGA ni tanpa sebarang nota untuk jalan penceritaannya and even the 3-act structure tu pun aku tak ambil peduli. The timeline? Aku yang sekarang pun memang dah tergelak sendiri mencongak-congak balik kerelevanan latar masa bagi cerita ini tapi tulah, kalau nak ditukar sekali pun memang akan memakan masa lagilah. Disebabkan itu aku buat keputusan untuk biarkan sahaja. Cukuplah satu karya ini boleh dijadikan sebagai perbandingan di antara aku yang dahulu dan aku yang sekarang (If kau orang pernah bacalah cerita TGA ni sebelum diedit, I swear you gonna laugh).

Then, some of you ask me to change the ending but sorry as i didn't do it like you want. Aku... secara jujurnya memang dah berpuas hati dengan pengakhiran cerita TGA ni even though a bit sad (I think?). Sebab ada maknanya pada apa yang Kiran lakukan which is suatu kebahagiaan itu boleh diraih dengan satu pengorbanan dan seandainya pengorbanan itu mampu menerbitkan berjuta senyuman, apa salahnya mengalah. Same like what we tried to do right now, to boycott the product that support Isnotreal. Even though tak mudah but at least we tried and disebabkan pengorbanan tu, mungkin ada satu nyawa yang mampu kita selamatkan (If you know what I mean, then you know). So aku tak tukar ending yang dahulu, lagi pun... aku masih tetap nak buat buku seterusnya tentang pewaris Kiran so if Kiran still alive, budak tu pun tak akan wujud... Kan? Tak boleh la macam tu, bagilah chance budak tu pun ada cerita dia sendiri haha.

Apa pun, terima kasih yang sudi baca sehingga ke pengakhiran cerita, yang sudi menunggu update aku yang memang tak tentu (selang setahun pun boleh kata) dan yang sanggup membazirkan masa membaca tinta pengakhiran aku ni (aku tahu tak ada yang baca tapi apa aku peduli). Cerita ni memang tak seberapa jika nak dibandingkan dengan karya penulis yang lain, orang kata bagai langit dengan bumi. Aku pun... hampir nak membuang cerita ini tapi disebabkan ada orang yang masih meminta cerita ni untuk dimuat naik, aku tahankan diri dan alhamdulillah dah habis dah pun. Terima kasih sebab tahan menunggu dan memaksa aku menaip. Ilapchushomuchitshurt.

Bai! Itu sahaja, sekain.

***

>vote n comment<

The Greatest Angel √ | COMPLETEDWhere stories live. Discover now