1 | HARI PERTAMA

2.7K 241 10
                                    

"Dia, Sang Penguasa Alam."

***

Kaki saling melangkah memasuki perkarangan sekolah tinggi yang tersergam indah itu. Mata masing-masing terbuntang luas apabila melihat keindahan akademi yang bakal menjadi tempat pembelajaran mereka selepas ini.

Di hadapan pintu pagar, kelihatan pengetua akademi itu sudah menunggu kehadiran para pelajarnya bersama sebuah senyuman yang mekar di bibirnya.

Sudah sememangnya sejak azali, yang akan menguruskan akademi dan menjadi pengetua ialah raja bagi country itu sendiri.

Maka, sudah semestinya yang berdiri di muka pintu pagar sekolah itu ialah King Braizirien yakni raja kepada Eyes Country itu sendiri.

Mata remaja beriris hitam itu sudah bersinar tatkala melihat kelibat sang raja Eyes Country itu.

Wah, itu pertama kali dia melihat sosok raja itu secara berdepan.

Baru dia tahu kekacakan lelaki itu bukanlah bohong belaka. Ianya sama seperti yang dibicarakan oleh kesemua penduduk tidak kira country yang mana pun.

"Aduh, tak perlulah pegun sangat macam tu," tegur remaja bermata biru di sebelahnya setelah melihat reaksi rakannya yang bermata hitam itu sebentar tadi.

"Alah, diamlah kau."

Remaja bermata biru itu membuat muka. Dia meliarkan pandangannya ke sekeliling.

Beberapa ketika kemudian, dia menggaru sedikit pipinya apabila pandangan raja Eyes Country itu bertembung seketika dengan dirinya. Dia tersenyum janggal lalu pandangan dialih kembali ke arah banggunan yang gah di hadapannya itu.

Apa yang diberitahu oleh ibunya, sekolah ini mempunyai lima tahap dan setiap tahap mempunyai tiga kelas iaitu kelas pertama ialah Black Blue , kelas kedua ialah Black Violet dan kelas ketiga ialah kelas Black Purple. Setiap kelas mempunyai lencana yang berwarna mengikut kelas yang diduduki mereka.

Pembelajaran di akademi itu akan berlangsung selama 1 tahun, 6 bulan.

Tanpa menunggu lagi, mereka pantas melangkah ke perkarangan akademi itu.

Setelah berjalan agak jauh ke dalam akademi itu, spontan kaki remaja bermata biru itu terhenti apabila dia tersedar sesuatu.

"Kiran. Nak pergi mana ni?"

Remaja bermata hitam yang digelar sebagai Kiran itu mendiamkan dirinya. Mereka saling bertentang mata buat seketika. Memandangkan hari itu ialah hari pertama mereka bersekolah, maka fikiran masing-masing masih tidak mampu memikirkan apa yang harus dilakukan oleh mereka.

Remaja bermata biru itu menepuk dahinya.

Dia terlupa pula bertanya kepada ibunya sebelum bergerak ke sekolah sebentar tadi. Jadi, perlukah mereka berpatah balik kepada pengetua untuk bertanya mengenai hal itu?

Remaja itu pantas menggelengkan kepalanya. Tidak mahu dia. Lebih lagi apabila mengingat kembali pandangan raja itu kepada dirinya sebentar tadi.

Mereka hanya berdiri kaku di lorong pejalan kaki itu. Dapat dilihat oleh mereka pelbagai karenah yang ditunjukkan oleh para pelajar. Sama ada senior atau pun junior.

"Wei, Selveta... Nak pergi mana ni?" soal remaja bermata biru itu sekali lagi seraya mengeluh berat.

Kiran menjeling sahabatnya itu saat mendengar nama keluarganya disebut oleh jejaka itu. Sungguh dia tidak suka betul apabila orang menyebut nama itu. Dia mendengus.

"Mana lah aku tahu Jack Mostoque," ujarnya kembali dengan sinis. Tidak semena-mena kepalanya di tampar seseorang. Dia mengaduh kesakitan.

"Tak guna kau. Kau..." Tidak sempat dia menyudahkan katanya, seseorang terlebih dahulu memintas.

"Eh, kalian pelajar baharukah?" Mereka terperanjat apabila suara itu mencantas perbualan mereka.

Berdirinya seorang lelaki bermata putih di hadapan mereka ketika itu. Penampilannya kemas dengan tubuh yang tersarung baju kemeja bermotifkan Flora. Rambutnya turut tersikat rapi. Mungkin telah disapu dengan gel. Di dalam pegangannya terdapat beberapa buah buku yang agak tebal dan besar saiznya.

"Eh, ha... Haah. Kami pelajar baharu!" Pantas Kiran membalas.

Lelaki bermata putih itu menganggukkan kepalanya.

"Jadi, kenapa kamu masih di sini? Tidak pergi mendaftar dahulu?"

Mendengar sahaja pertanyaan itu, kedua mereka menggaru kepala.

"Erm, sebenarnya encik, kami tidak tahu mahu mendaftar ke mana." Jack bersuara mewakili mereka. Kiran sekadar membuang pandangan ke arah yang diminatinya sambil menggosok-gosok belakang lehernya, janggal.

Lelaki bermata putih itu tersenyum.

"Ouh, kalau begitu kamu berdua bolehlah ikut saya. Kebetulan saya pun nak ke sana," kata lelaki itu. Tanpa membuang masa, dia mengorak langkah.

Kiran dan Jack membuntuti langkahnya perlahan-lahan sehinggalah mereka tiba di sebuah dewan yang agak luas ruangnya di bahagian tingkat tiga di bahagian blok B bangunan akademi itu.

Lelaki bermata putih itu berjalan ke arah hadapan dewan. Kemungkinan dia mahu menguruskan sesuatu. Mereka syak dia mungkin merupakan antara guru yang mengajar di akademi itu.

Kiran dan Jack lantas bergerak ke arah belakang dewan. Saat mereka melintasi ruangan dewan yang sarat dengan pelajar di bahagian kiri dan kanan, kesemua mata tertumpu ke arah mereka atau lebih tepat lagi ke arah Kiran. Bisikan-bisikan tidak baik mulai kedengaran.

"Weh,weh. Mata dia hitamlah. Mesti dia tidak ada kuasakan?"

"Eh, dia tu Eyes Country ke Live Country? Mata dia hitam..."

"Tak mungkinlah. Aku dengar Live Country mempunyai mata sepet dan kulit putih tetapi dia tidak..."

Kiran menghela nafas panjang. Ya, benar. Dia mempunyai sepasang mata yang berwarna hitam dan bagi penduduk Eyes Country, sekiranya seseorang itu mempunyai mata yang berwarna hitam, ini bererti bahawa dia tidak mempunyai magisnya yang tersendiri.

Namun, Live Country juga mempunyai mata berwarna hitam cuma bezanya mereka berkulit putih dan dia semestinya bukan berasal dari Live Country memandangkan kulitnya berwarna kuning langsat.

Ini sudah jelas menunjukkan bahawa dia merupakan ahli Eyes Country yang tidak mempunyai kuasa.

Seseorang yang tidak mempunyai magis seumpama burung yang patah sayapnya. Hidupnya hanya akan bergelumang dengan nasib malang sahaja.

Jack menepuk perlahan bahu Kiran seolah memberikan semangat buat sahabat baiknya itu.

Mereka bertentang mata buat seketika.

Kiran menggelengkan kepalanya tanda tidak mengapa. Dia sudah biasa mendapat hinaan jadi dia tidak peduli. Mereka kembali menyambung langkah tanpa mempedulikan bisikan-bisikan syaitan itu.

***

Kelas Black Pink tak ada ya. Jangan nak tanya. Aku cepuk kau kejap lagi.

>vote n comment<

The Greatest Angel √ | COMPLETEDWhere stories live. Discover now