20 | INTIP

1.5K 150 1
                                    

"Dia, Sang Penguasa Alam."

***

Dia mengekori langkah remaja lelaki itu. Langkah diperlahankan supaya tidak mengeluarkan sebarang bunyi.

Apabila remaja itu ingin menoleh ke belakang, dia pantas memetik jarinya perlahan tanpa mengeluarkan bunyi membuatkan kesemua perkara dan makhluk di sekelilingnya, membeku termasuk remaja lelaki itu.

Aneh? Tidak. Hal ini tidak aneh apabila dirinya mempunyai kuasa memanipulasi masa.

Dia mengukir senyum apabila melihat remaja itu sudah tidak bergerak lagi. Pantas dia bergerak ke arah di mana titik buta remaja itu berada supaya kelibatnya tidak terlihat di pandangannya.

Jari dipetik kembali dan masa bergerak seperti biasa. Makhluk-makhluk yang lain juga seperti tidak perasan akan hal itu.

***

Dark menggaru kepalanya yang tidak gatal. Entah mengapa dia merasakan seperti dirinya diekori tetapi saat dia berpusing ke belakang, tidak ada pula. Dia mengangkat bahunya lalu menyambung kembali langkahnya.

Mujurlah kedudukan rumahnya dan akademi tidaklah terlalu jauh, jadi dia tidak perlulah bermandi peluh.

Tap.

Bunyi ranting kayu yang patah bagaikan telah dipijak itu membuatkan dia menghentikan langkah.

Dengan dahi berkerut, dia lekas berpusing namun tiada apa lagi yang kelihatan di pandangannya.

Apa cuma pendengarannya yang salah? Sesaat kemudian, matanya menangkap sebatang dahan kayu yang sudah patah di atas lantai berpasir itu. Dia menunduk lalu mencapai ranting itu sebelum ditelitinya.

Aneh. Nampaknya memang ada yang terpijak ranting itu. Adakah dia? Dia menggaru dahi. Dia tidak rasa dia yang memijak ranting itu memandangkan tidak pula dia merasakan terpijak sesuatu sebentar tadi.

Disebabkan masa pelajaran sudah hampir bermula, dia sekadar melupakan hal itu. Langkah kembali disambung ke arah akademi. Jika terlambat, namanya boleh ditulis oleh pengawal yang menjaga pintu pagar akademi.

***

Gadis kecil bermata kuning itu menarik nafas lega apabila dia sempat menghentikan masa sebelum remaja lelaki itu memandang ke belakang.

Dia memandang geram pada ranting di kakinya itu lalu memijaknya kasar. Di sini jugalah kau nak baring! Nasib baik tak kantoi!

Dia mendengus lalu pandangan dialih kembali pada sosok remaja itu yang menapak ke arah akademi.

Setelah memastikan remaja itu berada agak jauh ke hadapan, dia turut menyambung langkahnya mengekori remaja itu namun saat kelibat itu melepasi pintu pagar akademi, dia berdecit perlahan.

Menghentikan masa lalu menyusup masuk ke dalam akademi? Itu kerja gila namanya bila mana pengawal yang bertugas itu juga mempunyai kuasa yang mirip sepertinya dan ya, itu bererti kuasanya tidak akan berkesan kepada lelaki itu memandangkan kuasa  pemanipulasi masa hanya tidak akan berkesan pada orang yang mempunyai kuasa yang sama.

Ah, masa ini jugalah lelaki itu yang bertugas. Kenapa bukan pemanipulasi kuasa lain? Kenapa mesti masa juga?

Terpaksalah dia menunggu remaja itu keluar semula dari akademi. Barulah dia boleh menyambung siasatannya kembali. Melambatkan kerjanya sahaja!

The Greatest Angel √ | COMPLETEDWhere stories live. Discover now