"Dia, Sang Penguasa Alam."
***
Kiran membelek buku cerita yang baru sahaja dihulurkan oleh salah seorang daripada kanak-kanak yang tinggal di rumah anak yatim Eyes Country itu. Dahinya berkerut.
"Mana ibu?" tanyanya. Dia memandang ke arah Ayeem yang bertubuh agak gempal itu. Ayeem tersengih menampak giginya yang rongak.
"Kat dapur," jawab Ayeem, ringkas.
Kiran menyengetkan kepalanya, hairan. "Jadi... Bukan selalunya ibu yang bacakan ke?"
Setahunya pada setiap malam, Puan Sahara la yang akan membacakan buku cerita kepada anak-anak yang tinggal di rumah anak yatim ini tetapi hari ini tiba-tiba sahaja si Ayeem ini datang menghulur buku cerita kepadanya.
Ayeem tersengih bak kerang busuk. "Ibu suruh abang Ran sebab ibu kata ibu sibuk." Kiran diam, mencerna kata-kata Ayeem itu.
Beberapa ketika kemudian, dia menganggukkan kepalanya sekali. Lagipun apa salahnya dia meluangkan masa bersama mereka hari ini sementelah semenjak dua menjak ini dia semakin sibuk menguruskan hal akademinya.
Tanpa membuang masa, Kiran pantas memimpin tangan Ayeem ke dorm yang menempatkan kanak-kanak di rumah anak yatim itu.
Ayeem sekadar membuntutinya. Tangannya masih setia memegang buku cerita. Boleh dilihat perutnya yang bergoncangan apabila dia berjalan dengan pantas tatkala mahu mengejar langkah Kiran. Nampak sangat banyak mana lemaknya...
Saat Kiran melangkah masuk je dalam bilik itu, semua mata tertumpu ke arahnya. Mereka tersenyum lebar.
Sekarang, tahulah Kiran bahawa mereka juga bersepakat menyuruh Ayeem supaya memanggilnya. Kiran menggelengkan kepalanya dengan senyuman sumbing di bibir.
"Dah lama ke kau orang tunggu Abang Ran ni? Maaflah lambat," pinta Kiran. Dia menunjukkan riak wajah bersalah meskipun dia terlambat kerana menunggu Ayeem yang lambat sangat melangkah.
Salah seorang daripada anak-anak yatim di situ pantas menggelengkan kepalanya. "Tak adalah abang. Kita orang okay je."
Yang lain hanya mengangguk tanda menyokong kata gadis dalam lingkungan remaja itu.
"Nak... bang Yan syetowie," pelat gadis bermata merah jambu itu bertutur. Kiran berjalan menghampiri gadis itu sebelum melabuhkan punggung di atas katil gadis itu.
Kiran tersenyum. Kepala gadis itu di usapnya perlahan. " Iyela Chika."
Dengan merekalah dia berkasih kerana dia tidak mempunyai saudara mara yang lain. Mereka ialah keluarga yang tidak akan pernah hadir lagi di dalam hidupnya. Dia bersyukur kerana dibesarkan di rumah anak yatim itu.
Kiran tersentak apabila hujung bajunya ditarik-tarik. Dilihatnya Chika yang menarik bajunya.
Baru sekarang dia perasan yang mereka semua telah berkumpul di sekeliling dirinya bagaikan semut yang mengerumuni gula.
"Cepatlah cerita abang..." desak mereka. Mereka sudah siap-siap duduk bersila di atas lantai di hadapan lelaki bermata hitam itu.
"Ye, ye. Sabar." Dia mengangguk. Lantas dia membuka buku yang dihulurkan oleh Ayeem sebentar tadi. Sempat dia membaca tajuk buku itu terlebih dahulu.
History of the Cristal Forest
***
"Dan, tamatlah kisahnya apabila King Albereto iaitu Sang pemerintah Cristal Forest, membunuh isterinya iaitu Medussa. Tamat..." Suara remaja bermata hitam itu meleret apabila tiba di penghujung katanya.
Buku cerita fiksi di tangannya itu di tutup lalu pandangan dialihkan ke arah mereka yang setia mendengar. Ceh, setianya hanya separuh sahaja. Itu pun mata masing-masing sudah kuyu semacam. Ada juga yang sudah terlentang di lantai bersama dengan dengkuran.
Kiran menggeleng. Buku itu diletakkan di atas meja yang berada di sisi katil Chika. Dia bangkit sebelum mengejutkan mereka supaya bangun dan tidur di tempat masing-masing.
Tanpa dia sedari, di sebalik tingkap dorm yang terbuka, seseorang menjebik bibirnya sesudah sahaja penceritaannya itu tamat.
"Cis. Medussa? Isteri aku?" Dia membuat muka kerek. Masakan Medussa menjadi isterinya jika gadis itu sering menolak dirinya mentah-mentah.
Mirromie yang berada dalam pegangannya, menahan tawanya dari terletus. Terhibur mendengar kisah yang diceritakan Kiran. Mujur sahaja dia dapat menahan tawanya jika tidak pasti sudah kantoi kedatangan mereka di situ.
King Albereto membuat muka. "Kau tunggu. Aku cari siapa yang memandai-mandai tulis cerita mengarut macam tu. Huh!" Usai meluahkan rasa tidak puas hati, dia pantas menapak keluar dari perkarangan rumah anak yatim itu. Semakin lama, kelibat mereka hilang diselaputi kegelapan malam.
Mirromie hanya mampu menyembunyikan sengih lucunya. Apa-apa sahajalah kau Albereto. Asalkan kau berpuas hati.
***
Dahi Kiran berkerut apabila melihat sebuah kotak yang berbalut kemas dengan pembalut berwarna emas berada di hadapan pintu semasa dia mahu keluar menghirup udara malam.
Dia menjadi curiga.
Mata dipicing tajam memandang ke arah hadiah itu lalu kepala dilarikan ke kiri dan kanan, mahu memeriksa sekiranya ada kelibat seseorang di situ. Malangnya, tiada sesiapa yang dilihatnya.
"Siapa punya ni?" Dia pantas membelek luaran kotak itu, mencari sekiranya ada kad atau nama yang tertera di situ dan ternyata tindakannya itu benar bila mana tangannya tersentuh satu kad yang terselit di bahagian pembalut hadiah itu.
Setelah membaca beberapa baris ayat yang tertera di atas kad itu, dahinya berkerut seribu.
Untuk: Kiran Selveta
Dari: peminatmuHampir tersembur air liur Kiran apabila melihat perkataan peminat itu. Pe... peminat?
Agaknya apa yang ada di dalam kotak itu? Fikiran-fikiran negatif mula berkeliaran di fikirannya. Entah-entah sesuatu yang berbahaya?
Dengan teragak-agak dia membuka balutan kertas pembalut itu. Sempat dia menggoncangkan kotak itu berulang kali namun tiada langsung kedengaran bunyi goncangannya.
Dengan rasa ingin tahu yang membuak-buak, dia membuka kotak itu.
Dia menarik nafas lega apabila pemikirannya mengenai bom itu, tidak benar. Ianya hanyalah sebuah kain.
Namun saat dia melihat isi kotak itu dengan lebih jelas, dia terkedu.
Kain berwarna merah itu dikeluarkan dari kotak itu.
Saat melihat kain itu, beberapa hal bermain di mindanya. Kain ini agak mirip seperti kain yang sering dipakai oleh raja-raja di Magical Kingdom.
Dahi Kiran berkerut seribu.
Apa tujuan 'peminatnya' ini memberikan kain ini kepadanya?
Beberapa ketika kemudian, Kiran menunduk apabila sedar ada secebis kertas yang melayang di kakinya dari celah lipatan kain merah yang gah itu.
Dia pantas menunduk, mencapai kertas itu.
Tanpa was-was dia lekas membuka lipatan kertas itu, membaca setiap bait yang tertulis di atasnya. Seketika, dia tercengang. Apakah?
Sebenarnya apa yang difikirkan oleh pemberi hadiah ini? Otaknya langsung tidak dapat diproses!
***
Kalau kau pernah baca chapter ni sebelum ni, ya memang aku dah tukar hadiahnya. Dulu aku buat dia berikan underwear macam Superman tu pada Kiran haha tapi aku tukar sebab tak nak orang kata aku melebih. Mungkin ada yang tak selesa haha. Itu sahaja.
>vote n comment<
YOU ARE READING
The Greatest Angel √ | COMPLETED
Fantasy[Fantasy + Humor] ✔3𝔯𝔡 𝔭𝔩𝔞𝔠𝔢 𝔬𝔫 𝔣𝔞𝔫𝔱𝔞𝔰𝔶 𝔰𝔱𝔞𝔯, ℜ𝔢𝔞𝔩 𝔖𝔱𝔞𝔯 𝔄𝔴𝔞𝔯𝔡 2020🎖️ Magical war pertama yang berlaku pada 500 tahun dahulu telah membuatkan kesemua penduduk Live Country iaitu country yang mempunyai kuasa mengawal a...