18 | KAKI

1.6K 157 0
                                    

"Dia, Sang Penguasa Alam."

***

"Terima kasih auntie," ucap Kiran kepada wanita tua yang menyendukkan makanan ke dalam pinggannya sebentar tadi. Wanita itu hanya menganggukkan kepalanya sekali sebelum menyambung kembali tugasnya di kafeteria itu.

Dia mengorak langkah ke arah meja yang sudah dihuni oleh dua orang remaja lelaki yang mempunyai warna iris yang berbeza.

Jack dan...

Bryan, remaja lelaki Star Country yang dibuli tempoh hari.

Talamnya diletakkan perlahan di atas meja itu sambil mata mengerling ke arah Jack dan Bryan yang sedang asyik menyantap makanan mereka.

Keningnya terjongket sedikit.

"Asal diam?" Punggung dilabuhkan di atas kerusi yang terletak di sebelah Jack.

Sempat dia mengangkat tangan membalas lambaian pelajar perempuan yang berada selang semeja dengan mereka ketika itu sehingga kedengaran tawa gedik daripada mereka. Huh, layankan sahajalah.

"Janggal." balas Jack sepatah tanpa berhenti mengunyah.

Kiran membuat muka setelah mendengar balasan jejaka bermata biru itu. Bukankah Jack peramah, mahu janggal-janggal pula hari ni.

Matanya dikalih ke arah Bryan yang sedari tadi menunduk menghadap makanannya.

"Kau okay ke? Selesa ke makan dengan kami?"

Jejaka bermata Hazel itu tersentak apabila ditegur oleh Kiran. Dia membalas pandangan iris hitam itu. Senyum janggal ditayang.

"Ok... Okay je." Tetapi dengan kau sahaja. Ayat kedua itu sekadar diluah di dalam hatinya.

Ya, sejujurnya dia berasa selesa hanya dengan Kiran tetapi dia berasa takut apabila berada berdekatan dengan Jack. Dia gusar sekiranya dia tidak sengaja mengundang amarah jejaka itu. Bukan dia tidak tahu, Jack juga tidak senang dengan dirinya kerana dia yang menyebabkan Kiran terlibat dalam kes tempoh hari.

"Ouh, o... kay." Kiran mengangkat bahunya dan menganggukkan kepalanya walaupun wajahnya jelas kelihatan tidak yakin dengan jawapan Bryan.

Dia lekas menyudukan makanan ke dalam mulut. Kadangkala matanya menghala ke arah Jack dan Bryan yang diam sahaja.

Selalunya Jack tidak pernah berhenti berborak dan Bryan juga bukankah peramah sejak dia mengenali jejaka itu tetapi kenapa kini kedua-duanya kelihatan terlalu sendu?

Tanpa menghentikan suapan ke mulutnya, dia menyoal lagi. "Seriuslah kau orang okay? Macam tak je." Keningnya terangkat sebelah.

Jack mengeluh lalu menjulingkan matanya ke atas. Sudu sudah diletakkan kembali ke dalam pinggan.

"Aku cuma tak faham kenapa kau nak dekat dengan dia lagi."

Berkerut dahi Kiran setelah mendengar pertanyaan itu.

"Apa maksud kau?"

Jack berdecit lalu memandang ke arah Bryan sekilas membuatkan remaja Star Country itu menundukkan kepalanya.

"Kau sedar tak sebab dialah kau jadi macam hari tu. Kau sedar tak?"

The Greatest Angel √ | COMPLETEDWhere stories live. Discover now