10 | PENDUSTA

1.7K 192 0
                                    

"Dia, Sang Penguasa Alam."

***

Kakinya melangkah tanpa arah tuju sehinggalah terhenti di hadapan sebuah tasik yang terbentang indah.

Air mata dihambur sepuasnya di hadapan tasik itu. Memandangkan hari sudah menjengah ke senja, tidak ramai yang datang mengunjungi tasik itu. Cuma sebilangan sahaja. Mereka sekadar menghantar pandangan hairan apabila mendengar esak tangisan Puan Sahara.

Dia masih tidak mampu melupakan kesemua penipuan yang dilakukan oleh Braizirien.

Dia tidak sangka, selama ini dia telah hidup dengan seorang penipu. Bukannya sekejap mereka mendirikan rumah tangga dan lelaki itu sejak daripada awal perkahwinan mereka lagi telah menipu dirinya hidup-hidup.

Dengan wajah yang basah dengan air mata, bibirnya mengukir senyum sinis.

Antara kata-kata lelaki itu kembali ke mindanya.

"Abang anak yatim piatu, Sahara. Tolong jangan tinggalkan abang. Abang cuma ada awak seorang sahaja."

Disebabkan kata-kata yang menyentuhkan hati itulah, dia terbuka hati untuk menerima lelaki itu sepenuhnya dalam hidupnya.

Namun siapa sangka.

Lelaki itu ternyata seorang pendusta! Seorang anak yatim piatu? Habis itu siapa King Davien itu?

Sekali lagi, tawa sinisnya terlepas keluar.

Selepas sahaja semua perkara itu terbongkar, barulah dia tahu mengapa selama ini tiada langsung yang mengenali lelaki itu. Kononnya datang dari Country yang lain tetapi lelaki itu sebenarnya ialah putera raja yang selama ini bersembunyi di balik takhta ayahandanya. Tidak hairanlah mengapa.

Yang paling tidak dapat diterima oleh Sahara, selama dia tinggal bersama lelaki itu, dia tidak dapat mengecam bahawa Iris yang dipakai oleh lelaki itu bukanlah yang asli. Rupanya ianya ialah suatu kanta yang telah direka khas bagi menyembunyikan anak mata pelangi milik raja itu.

Tidak hairanlah mengapa sebelum ini saat dia merenung ke dalam mata itu, dia seolah-olah dapat melihat biasan pelbagai warna. Sangkanya itu hanya ilusinya tetapi ternyata ianya disebabkan oleh kanta yang tidak mampu menampung warna Iris sang raja itu dengan jelas.

Air mata masih tidak henti mengalir. Rasa sebu menghuni jiwanya tatkala itu. Akibat kakinya yang sudah terasa bagaikan jeli ketika itu, dia jatuh terduduk di atas hamparan rumput menghijau di tepi tasik itu.

Kesemua kata-kata manis suaminya berputar kembali ke minda.

Dia memandang tasik itu dengan pandangan yang sayu. Kau tipu. Semua yang kau katakan cuma dusta sahaja! Dia duduk sambil memeluk lutut. Wajahnya disembamkan di atas lutut.

Tangannya dikepal erat.

Braizirien, aku bencikan kau.

***

Bunyi kuakan pintu menghentikan lamunannya. Dia pantas mengalihkan pandangan ke arah tetamu yang hadir itu.

Saat matanya menangkap sosok King Braizirien, dia tersentak lantas terbangun secara spontan apabila melihat tetamu itu.

King Braizirien melangkah menghampirinya berserta sebuah senyuman. Di sampingnya tidak kelihatan seorang pengawal pun. Mungkin raja itu sudah mengarahkan mereka akan berkawal sahaja di luar bilik sakit itu.

"Tu... Tuanku." Dia menundukkan badannya sedikit sebagai tanda hormat. Terperanjat dirinya apabila melihat sang pemerintah Eyes Country itu datang mengunjungi Kiran di rumah sakit ini.

King Braizirien hanya tersenyum melihat tingkah laku Jack. Dia menepuk bahu anak muda itu seraya menyuruhnya berhenti memberi tunduk hormat.

"Ibu kamu mana?" soalnya sambil matanya meliar memerhatikan segenap ruang bilik sakit itu.

"Ibu pulang sekejap ke rumah. Katanya nak tengok adik-adik yang lain."

King Braizirien sekadar menganggukkan kepalanya sekali. Dia faham akan maksud 'adik-adik' itu.

"Adik kamu dah baik?" soalnya sengaja walhal dia sendiri sudah melihat keadaan Kiran yang masih terbaring kaku di atas katil rumah sakit itu.

Sejujurnya, King Braizirien berasa hairan apabila mendapat khabar yang Jack melakukan kemusnahan itu kerana marah apabila adiknya diserang. Persoalanannya sekarang, adakah Sahara berkahwin baharu dan memperolehi anak bersama suami baharunya? Tidak tenang hatinya apabila memikirkan tentang itu namun mujurlah tanggapannya itu semuanya salah.

Jack menggeleng sebagai tanda tidak buat King Braizirien. Dia memandang
Kiran dengan pandangan sayu. Tangannya bertaut dengan tangan Kiran.

Kiran masih koma. Dia masih tidak sedarkan diri sejak dimasukkan ke rumah sakit itu. Jack sayu. Setitik air mata jatuh tanpa dapat ditahan. Bahunya terhenjut-henjut menahan esak tangisnya daripada meletus keluar.

King Braizirien yang melihat keadaan anaknya itu, pantas mengusap perlahan kepala anaknya itu. Meskipun Jack tidak tahu bahawa dia ialah bapa remaja itu, biarlah buat ketika ini dia menghulurkan sedikit kekuatan buat Jack.

Dia juga sedih apabila melihat Kiran. Huh, siapa yang dapat menahan diri apabila seorang remaja yang tidak mempunyai kuasa, dibelasah menggunakan kuasa-kuasa teras? Mujurlah kuasa remaja-remaja itu masih berada di tahap pertama. Jika tidak, pasti Kiran akan terkorban.

"Saya dapat lihat yang kamu benar-benar sayangkan dia. Kamu memang abang yang baik." Bibirnya tersenyum nipis. Senang hatinya melihat sikap protektif anaknya itu. Tidaklah dia bimbangkan sangat mengenai keselamatan Sahara sekiranya ada Jack di sisi wanita itu.

Mendengar sahaja kata-kata King Braizirien itu, Jack menjebik bibirnya.

"Saya abang yang tak berguna! Kalau saya lindungi dia. Pasti dia tidak akan jadi sebegini!" hambur Jack berserta tangisan.

King Braizirien tersenyum janggal lalu menggaru dahinya perlahan.

"Tak, Jack. Kamu abang yang baik. Sekiranya kamu tak berguna, tentu kehancuran di pekan itu tidak akan berlaku. Kan?" Dia berusaha sedaya upaya untuk menghentikan perasaan bersalah Jack memandangkan pemuda itu tidak henti menyalahkan dirinya akibat semua yang berlaku kepada Kiran.

Tangisan Jack serta-merta terhenti. Wajahnya lantas bertukar merah bagaikan sebiji buah tomato yang sudah masak. Alamak, dia terlupalah yang dia sudah menghancurkan separuh pekan! Dia pantas memandang King Braizirien dan menunduk.

"Maafkan patik tuanku! Patik bersalah!" pintanya.

King Braizirien cuma tersenyum.

"Tidak mengapa. Saya tahu kamu tidak sengaja, Jack Mostoque."

***

>vote n comment<

The Greatest Angel √ | COMPLETEDWhere stories live. Discover now