19 | KUASA

1.6K 159 1
                                    

"Dia, Sang Penguasa Alam."

***

Remaja bermata hitam itu merenung jauh ke tasik jernih yang terbentang luas di hadapannya ketika itu. Memandangkan tasik itu cuma berada di belakang rumah anak yatim itu, tempat itu sering menjadi kunjungannya ketika dia bermuram durja.

Kaki sudah lama diseluk ke dalam air dingin itu sehingga paras betis.

Keluhan berat dihempas apabila mengingat kembali apa yang berlaku di akademi pada pagi tadi.

***

"Boleh kamu cuba nyalakan magical stone ini sekali lagi?"

Dia memandang huluran guru lelaki itu. Tanpa banyak soal, huluran itu disambutnya. Kini, sebuah batu pengesan magis berada dalam genggamannya.

Kiran mengetap bibirnya lalu mengerling ke arah beberapa orang guru yang berdiri berhampiran dengannya. Mata mereka yang tertumpu ke arahnya membuatkan dia berasa agak janggal.

Setelah menarik nafas dan menghembusnya perlahan, dia memejamkan mata. Tumpuan cuba diberi. Beberapa ketika kemudian, dia merasakan sesuatu mengalir dari tubuhnya meniti ke lengan di mana terletaknya batu magis itu.

Sangkanya dia berjaya namun setelah membuka mata, ternyata tidak. Batu itu masih berwarna kelam seperti tadi lagi.

Guru-guru yang melihat, saling berpandangan seolah berbual melalui pandangan mata sahaja.

"Err, kamu betul-betul ke puak cahaya?" Kiran tersentak saat pertanyaan itu diajukan. Dia memandang guru wanita itu dengan wajah hairan. Jika dia bukan puak cahaya, habis tu dia apa lagi?

Jack yang turut mendengar soalan itu, mengerutkan dahinya. Guru itu dipandangnya tajam.

"Kenapa Sir tanya macam tu?" Dia mencelah.

Guru itu berdehem perlahan. Mata dialih kerana tidak mahu berpandangan dengan jejaka bermata biru itu.

"Tak, cuma Kiran bermata hitam jadi mustahil jika dia mempunyai magis yang terlampau kuat sehingga tidak dapat dikesan oleh batu pengesan ini."

Jack memandang jengkel ke arah guru itu. "Jadi, sir nak kata dia puak kegelapan ke?"

Kiran menghela nafas beratnya.

"Tak, bukan macam tu..."

Jack berdecit. Dalihlah sebanyak mana pun, wajah guru itu tetap menunjukkan bahawa dia curiga dengan diri Kiran.

"Bukan ke sudah jelas yang puak kegelapan berdarah hitam? Apa ni?" Disebabkan bengang, nadanya naik ke oktaf yang lebih tinggi. Tak akanlah guru yang sememangnya sudah bijak tidak mampu memproses hal itu di dalam mindanya? Benak!

King Braizirien yang merasakan suasana sudah bertukar tegang, mulai mencelah. "Jack, sabar dulu." Dia tahu jika tidak dihentikan sekarang, kemungkinan amarah Jack akan bertambah.

Jack mengerling raja itu. Tidak mampu membantah, dia hanya mendiamkan dirinya semula tetapi mata masih tajam menikam sosok guru wanita muda itu. Dia masih tidak berpuas hati.

The Greatest Angel √ | COMPLETEDWhere stories live. Discover now