2 | LELAKI TERKACAK

2.4K 220 6
                                    

"Dia, Sang Penguasa Alam."

***

Cristal forest

Dia melangkah dengan megah dari singgahsananya menghala ke arah sebuah cermin yang diletakkan khas di atas meja di tengah-tengah istana kepunyaannya itu.

Bibirnya tersenyum nipis sambil jari dilalukan perlahan di permukaan cermin itu seakan memeriksa sekiranya ada habuk yang melekat di cermin itu.

Wajah tampannya dihadapkan seketika ke arah cermin itu. Dagu yang bersih tanpa sebarang janggut dipegang dan wajahnya sekejap dialihkan ke kiri lalu ke kanan pula sebelum dia menganggukkan kepalanya berulang kali. Kemungkinan berpuas hati akan penampilannya.

Perlahan-lahan, tangannya melambai di hadapan cermin itu sambil mulutnya bergerak menuturkan sesuatu.

"Mirromie, Mirromie. Beritahu kepada beta, siapakah yang paling tampan di Magical Kingdom ini?" soalnya namun tiada siapa pun yang menjawab persoalannya itu.

Dia mulai bengang. Sebelah tangan dicekak ke pinggang. Mata memandang tajam ke arah cermin di hadapannya itu.

Jika ada puak cahaya yang tidak mengetahui, melihat kelakuannya ketika itu, pasti mereka akan menggelarkannya sebagai orang gila kerana berbual seorang diri.

Beberapa ketika kemudian, bibirnya mengukir senyum sinis. Oh, kau tidak mahu menjawab pertanyaan aku ya. Jaga kau, Mirromie!

Dia berniat ingin mengenakan cermin itu.

Baru sahaja tangannya mahu diangkat untuk mencampakkan cermin itu ke lantai, terlebih dahulu ada seseorang yang memintas.

Eh, bolehkah dikatakan sebagai seseorang jika sebenarnya sebuah cermin yang menjawab pertanyaan itu?

Ianya mungkin mengejutkan sekiranya puak cahaya yang melihat kejadian itu namun tidak hairan bagi puak sumpahan memandangkan kesemua mereka sememangnya merupakan makhluk yang aneh.

Puak sumpahan pada asalnya merupakan manusia juga seperti puak cahaya dan puak kegelapan. Cumanya mereka telah melakukan suatu kesalahan sehingga diri mereka disumpah oleh alam.

Sumpahan yang akan dikenakan kepada mereka tidak semuanya sama tetapi yang pasti, kesemua mereka akan disumpah menjadi suatu makhluk yang digelar sebagai makhluk sumpahan.

Setelah mereka disumpah, mereka hanya akan kekal dalam bentuk dan rupa sumpahan mereka. Mereka tidak mampu lagi bertukar ke bentuk manusia biasa melainkan sumpahan itu membenarkan mereka berbuat demikian.

Sekiranya mereka mempunyai kuasa sebagai puak cahaya sebelum ini, kuasa mereka akan hilang dan digantikan dengan kuasa yang baharu, yang lebih sesuai digunakan dalam rupa sumpahan mereka.

Memandangkan makhluk sumpahan pada mulanya tidak diterima oleh masyarakat setempat sehingga ada daripada kalangan mereka diburu dan dibunuh, salah seorang daripada remaja yang telah disumpah mengambil keputusan untuk mengasingkan puak sumpahan dengan dunia luar.

Ya, siapa lagi jika bukan Albereto, raja puak sumpahan itu sendiri. Dialah yang telah mendirikan Cristal Forest itu bersama dengan dua lagi rakannya yang lain iaitu Joni dan Mirromie.

Memandangkan kuasa yang diperolehnya lebih hebat antara mereka, maka mereka telah mengangkatnya menjadi raja puak sumpahan.

Sehingga kini, nasib mereka yang disumpah menjadi puak sumpahan lebih terbela dengan adanya pertempatan khas buat ahli puak sumpahan itu.

" Tuankulah manusia terkacak sekali di Magical Kingdom ini!" ujar Mirromie sebelum sempat dirinya dihempas. Walaupun dia tahu Albereto hanya bergurau tetapi dia tidak memandang remeh. Lelaki itu bukanlah boleh dipercayai sangat. Mahu lelaki itu menghempasnya betul-betul, alamat retaklah cerminnya.

Hidung King Albereto sudah kembang kempis apabila mendengar pujian orang kanannya itu walaupun dipaksa oleh dirinya. Ah, dia tidak peduli! Senyumannya melebar namun tidak lama apabila Mirromie menyambung kembali kata-katanya.

"Tetapi dululah kerana sekarang sudah ada orang lain yang mengambil takhta terkacak tuanku itu," ujar cermin itu lalu ketawa terbahak-bahak. Sepasang mata berwarna kuning dan sebuah hidung timbul di permukaan cermin.

King Albereto menjebik. Tidak guna punya cermin. Dia meletakkan kembali cermin sumpahan itu ke atas meja kembali. Tubuh dipeluk sambil matanya tajam menghala ke arah cermin biadab itu. Mahu sahaja dia pancung tetapi mahu pancung di bahagian mana sedangkan tangan dan kaki pun cermin itu tiada.

Mirromie sekadar tersengih.

"Cis, kau. Aku tak akan percaya sebelum melihat sendiri wajah manusia tu dengan mata kepala aku ni." ujar King Albereto tanpa menggunakan bahasa istana seperti raja-raja yang lain. Alah, dia bukanlah seseorang yang mementingkan keformalan walaupun dirinya merupakan seorang raja. Dia tidak kisah kerana baginya, mereka sama sahaja.

"Eh, nak tengok ke? Tuanku pasti, tuanku tidak akan menyesal?" Mirromie seolah-olah sengaja menguji kesabaran pemerintah Cristal Forest itu.

King Albereto menjeling. "Cepatlah!" tempelaknya.

Mirromie tersengih sebelum wajahnya menghilang. Beberapa ketika kemudian, muncul gambaran seorang remaja lelaki yang kelihatan amat kacak di permukaan cermin itu. Kulitnya berwarna kuning langsat dan matanya berwarna hitam.

Mata King Albereto bagaikan mahu tersembul keluar. Mulutnya ternganga luas.

Tak. Tak mungkin!

Dia fikir Mirromie hanya mahu menyakitkan hatinya sahaja sebentar tadi dengan mengatakan hal itu namun ternyata remaja itu lebih kacak daripada dirinya!

Dia mendengus.

Mirromie kembali menjelmakan wajahnya semula. Gambaran jejaka sebentar tadi sedikit demi sedikit menghilang. Dia ketawa besar apabila melihat riak wajah King Albereto ketika itu. Sangat kelakar!

King Albereto menjebik bibirnya seolah tidak berpuas hati selepas melihat kekacakan pemuda itu. Dirinya berasa tercabar. Hish, tidak boleh jadi ni.

"Aku akan cari dia!" tegasnya. Fikirannya mula memikirkan pelbagai rancangan jahat. Bersedialah kau budak. Berani kau merampas takhta lelaki terkacak di Magical Kingdom ini daripada aku? Hatinya berbicara.

Mirromie yang melihat hanya mampu mengukir sengih sumbing di wajahnya. Mula sudah agenda raja itu.

Haish, tidak serupa raja langsung!

***

>vote n comment<

The Greatest Angel √ | COMPLETEDWhere stories live. Discover now