12 | MERENTAS

1.7K 190 1
                                    

"Dia, Sang Penguasa Alam."

***

Kelopak mata itu kelihatan bergerak-gerak sebelum ianya terbuka menampakkan sepasang sklera serta iris yang berwarna hitam.

Dia bangkit dari baringnya sambil memegang kepala yang berasa agak sakit. Kerusi panjang yang kebetulan berada di sebelahnya, dipegang menggunakan tangan kiri bagi menampung tubuhnya daripada jatuh.

Dia meneleku ke lantai buat seketika bagi menghilangkan pening di kepalanya.

Setelah rasa sakit dan pening itu berkurangan, dia pantas meliarkan matanya ke sekelilingnya. Kelihatan di pandangannya beberapa kerusi panjang yang telah diaturkan secara tersusun.

Dahinya berkerut seketika. Seperti pernah dilihat sahaja tempat ini.

"King Stephen Selveta, adakah tuanku menerima Beity Jennedick sebagai suri hati tuanku?"

Suara itu menarik perhatiannya. Dia pantas memandang ke hadapan. Kelihatan di kerusi di bahagian hadapan telah dipenuhi oleh orang ramai. Matanya juga menangkap kelibat raja-raja yang terdapat di Magical Kingdom ini.

Di atas pentas di hadapan itu pula kelihatan sosok dua orang berlainan jantina yang memakai sepersalinan serba putih bersama dengan seorang pendeta.

Kiran menggerut keningnya.

Dia berada di majlis pernikahan orangkah?

"Beta bersetuju." Sang lelaki menyatakan persetujuannya.

Pendeta itu mengalihkan pandangannya ke arah pengantin wanita pula.

"Beity Jennedick, adakah anda menerima King Stephen Selveta sebagai suami anda?"

"Saya setuju."

Kiran mengecilkan matanya saat nama itu seperti familiar sahaja di pendengarannya.

Beberapa ketika kemudian, mata Kiran terbuntang luas. Jangan kata dia sekarang berada di majlis pernikahan raja Live Country!

Langkahnya terundur ke belakang sehingga dirinya terlanggar kerusi panjang yang berada di belakangnya ketika itu membuatkan dirinya terjatuh ke belakang.

Dia mengusap pinggangnya yang terasa sakit. Mulut mengaduh sambil mata terpejam rapat menahan keperitan di bahagian rusuknya.

Saat dia membuka matanya kembali, bukan ruangan gereja yang menyapa penglihatannya tetapi ruangan sebuah kamar yang agak mewah.

Kiran tercengang. Matanya meliar memerhatikan segenap kamar itu. Di manakah dia berada kini?

Dia bangkit dari duduknya. Mata mngerling ke arah pintu besar kamar yang bertatahkan permata itu. Risau sekiranya ada yang masuk dan mengatakan dirinya ialah penceroboh walhal dia pun tidak tahu bagaimana dia boleh mampir ke situ.

Langkah dibawa menjelajah ruangan kamar itu. Saat matanya tertancap pada bingkai gambar yang tergantung di bahagian dinding itu, matanya mengecil sedikit.

Kaki dihala ke arah gambar itu. Terlihat di pandangannya figura sepasang suami isteri yang lengkap berbusana pengantin berwarna putih.

The Greatest Angel √ | COMPLETEDWhere stories live. Discover now