14 | MAGICAL STONE

1.7K 192 3
                                    

"Dia, Sang Penguasa Alam."

***

Dua minggu sudah berlalu sejak peristiwa buli itu berlaku dan hari ini, Kiran sudah dibenarkan untuk pergi ke akademi semula. Wajahnya jelas kelihatan bersemangat. Iyalah, dua minggu terperuk di rumah sakit, mahu mendap kepala otaknya.

Jack yang sudah pun lengkap berpakaian akademi, hanya berbaring santai di atas katil Kiran sambil memandang ke arah Kiran yang masih bersiap di hadapan cermin itu. Bajunya yang mungkin akan berkedut, tidak dipedulikannya.

"Kiran," panggilnya. Matanya sudah dialih ke arah siling bilik mereka.

"Apa?" sahut Kiran tanpa memandang ke arah Jack. Dia masih leka memasang butang di pakaian akademi yang dipakainya ketika itu.

"Hari ni kita ada ujian tahu."

Spontan, Kiran memandang figura Jack melalui biasan cermin yang berada di hadapannya itu. Dahinya berkerut.

"Asal kau baru bagitahu aku?"

Jack tersengih. Dia memandang sekilas ke arah Kiran sebelum mengalihnya kembali ke arah siling.

"Baru teringat."

Kiran berdecit. "Ujian apa?" Dia memasang butang di lengan uniform akademiknya itu.

Jack tersengih lebar lalu bangkit dari baringnya.

"Ujian Magical Stone!" Ah, dia tidak sabar untuk menjalani ujian itu!

Kiran hanya tersenyum nipis melihat keterujaan sahabatnya itu walaupun dalam diam terselit juga rasa sedih di hatinya.

Ujian Magical Stone merupakan ujian permulaan bagi mengetahui kekuatan magis yang dipunyai oleh seseorang itu. Sejak dahulu lagi, ujian ini akan diadakan bagi para pelajar tahap satu yang baru sahaja menjejakkan kaki ke akademi itu.

Bagi seseorang yang tidak mempunyai magis, batu magical itu turut akan bercahaya sedikit sebagai penanda bahawa mereka ialah penghuni Magical Kingdom juga.

Kiran mengeluh. Hailah. Pasti nanti dia akan diejek lagi.

***

Kehadiran remaja lelaki yang lengkap memakai pakaian uniform sekolah bersama wajah yang ditutup separuh dengan topeng berwarna hitam itu, membuatkan suasana dewan yang sebentar tadinya bingit, menjadi hening.

Memandangkan pihak akademi mengetahui apa yang berlaku kepadanya, mereka memberikan kelonggaran kepadanya. Jika diikutkan, setiap pelajar tidak dibenarkan memakai perhiasan seperti topeng muka kerana bisa menimbulkan kecurigaan.

Kiran hanya memaparkan riak kosong di wajahnya. Tidak mengapa. Dia sudah biasa menerima pandangan sebegitu sehingga dia bagaikan sudah lut dengan semua itu.

"Okay, semua. Saya mahu kamu ambil magical stone itu, seorang satu sahaja. Sekarang!" Suara milik salah seorang guru di Eyes Academy itu iaitu Sir Juan bergema ke serata dewan. Sementelah tugas itu diletakkan di pundaknya, perlulah dia melaksanakan.

Para pelajar tidak membantah. Mereka mulai beratur dan mengambil magical stone itu seperti yang diarahkan.

Saat Kiran mahu mengambil batu istimewa yang diletak di dalam sebuah kotak lut sinar itu, tangannya terhenti di udara apabila sindiran seseorang menyapa pendengarannya.

The Greatest Angel √ | COMPLETEDWhere stories live. Discover now