17 | MANTEL

1.6K 163 1
                                    

"Dia, Sang Penguasa Alam."

***


Jack ketawa terbahak-bahak usai sahaja membaca surat yang dikepilkan sekali pada hadiah itu.

Kiran mendengus. Pada mulanya dia menyorokkan surat itu daripada Jack tetapi entah bagaimana tiba-tiba sahaja surat itu berada dalam pegangan Jack. Dasar! Pasti remaja bermata biru itu menggeledah almarinya!

"Diamlah bodoh." Menjengkelkan sekali tawa yang dihamburkan Jack itu di pendengarannya.

Jack menggelengkan kepalanya. Tawanya semakin membesar saat mengingat kembali ayat-ayat yang tertera di atas kertas kecil itu.

Duhai pahlawan,

Aku bangga dengan kau. Kau sanggup mempertahankan orang lain walhal diri kau sendiri pun tak terdaya.

Aku terharu bila mana ada insan yang masih punya hati budi yang suci.

Alangkah indahnya dunia ini jika semua orang mempunyai sikap seperti kau. Kau... Lain dari yang lain.

Dan sebagai hadiah penghargaan, aku hadiahkan kau mantel merah ini. Semoga kau dapat terus berbakti dengan yakin.

Ikhlas, buat Kiran.

Sungguh menghiburkan! Dia tertawa sehingga senak perut dibuatnya. Hampir berguling tubuhnya di lantai tetapi dia menahan diri. Jika dia berbuat begitu, pasti dirinya akan ditendang oleh Kiran.

Kiran menjulingkan matanya ke atas. Jika ikutkan hati, mahu sahaja dia menyepak jejaka bermata biru itu sehingga terpelosok ke bawah katil.

"Dahlah, tak guna." Bantal di tepinya diambil lalu dihempukkan sekali pada Jack.

Jack menahan hempukan itu dengan lengannya. Tawanya masih belum berhenti.

"Diamlah bangang! Diam!" Berulang kali dia memukul tubuh remaja bermata biru itu menggunakan bantal.

"Okay, okay. Aku diam," ujar Jack dengan tawa yang masih tersisa.

Kiran hanya menjeling tajam ke arah remaja itu. "Kau gelak lagi, bukan bantal aku baling. Aku baling katil ni dekat kau," ugutnya.

"Aku diamlah ni." Jack berdehem sekali. Mengawal tawanya dari terlepas kembali.

Kiran menjeling sahabatnya itu lagi lalu bergerak menuju ke almarinya, mahu menyimpan pemberian orang tidak dikenali itu. Siapa pun yang berikan, dia ambil sahaja. Asalkan bukan benda yang mengarut.

Jack yang berbaring di katilnya itu hanya melirik mata memerhati segala tindak-tanduk Kiran.

"Kau rasa siapa yang bagi tu eh?"

Kiran hanya mengangkat bahu tanpa berpaling sedikit pun. Dia asyik melipat bajunya lalu menyusun di dalam almari.

Jack mengalihkan tubuhnya, berbaring terlentang menghadap siling kembali.

"Tapi aku rasakan, orang yang berikan benda tu, kaya."

Kiran memandang Jack seketika lalu menyambung kerjanya kembali.

The Greatest Angel √ | COMPLETEDWhere stories live. Discover now