15 | TEMPAHAN

1.7K 178 2
                                    

"Dia, Sang Penguasa Alam."

***

Dahi raja itu berkerut seolah-olah sedang memikirkan tentang sesuatu yang berat sekali. Riak wajahnya jelas terlihat gusar. Memangnya apa yang berada di fikirannya tatkala itu?

Beberapa ketika kemudian, dia berdecit. Dengusan kasar dihempasnya. "Macam manalah dia boleh jadi paling kacak di Magical Kingdom ni?"

Mirromie yang turut mendengar kata-kata raja puak sumpahan itu hanya menggeleng kepala sambil mengeluh. Itu rupanya yang difikirkan sang raja sedari tadi lagi. Bukanlah hal yang penting baginya.

King Albereto meraup rambutnya ke belakang. "Apa yang aku patut lakukan Mirromie supaya tempat lelaki terkacak itu kembali jatuh ke tangan aku?" Wajahnya jelas kelihatan kusut seakan-akan perkara itu sememangnya berat baginya.

Mirromie sekadar menjuihkan bibirnya ke hadapan. Ada-ada sahajalah raja puak sumpahan ini.

Apabila pertanyaannya itu tidak mendapat sebarang tindak balas daripada Mirromie, dia pantas berpaling ke arah cermin sumpahan itu.

"Mirromie!"

Mirromie mengeluh. Jika dia punya tangan, pasti tangan itu sudah bergerak memicit dahinya. Pening kepalanya dengan karenah si raja puak sumpahan ini!

"Macam mana?" tanyanya dengan pandangan yang tajam. Berani Mirromie mengendahkan pertanyaannya? Mahu dihukumkah?

Mirromie membuat muka menyampah. Fikirnya dia tidak mahu melayan tetapi khuatir raja itu murka sahajalah.

"Tuanku tidak perlu khuatir lagi soal itu kerana kedudukan pertama bagi lelaki terkacak di Magical Kindom sudah kembali menjadi milik tuanku," kata Mirromie. Dia menjulingkan anak mata kuningnya ke atas. Pasti selepas ini raja itu akan mula 'berdrama'.

King Albereto tercengang. Dia pantas berpaling ke arah Mirromie. Cermin sumpahan itu dipandangnya, tepat.

"Eh, ke mana perginya budak bermata hitam itu? Bukankah dia yang paling kacak?" Hairannya. Masakan tempat pertama sudah menjadi miliknya kembali melainkan...

Albereto mengalihkan pandangannya ke arah Mirromie. Matanya membuntang. Jangan cakap yang remaja itu sudah...

Mirromie tersengih melihat riak wajah King Albereto. Tahu sangat dia apa yang difikirkan oleh si raja yang tidak betul ini.

"Mirromie, kau beritahu aku. Seteru aku itu sudah matikah? Oh, tidak! Seteru ku... nampaknya tidak sempatlah kita bertemu..." Dia berpura-pura mengelap air mata palsu di wajahnya.

Mirromie menayangkan wajah jengkelnya. Disebabkan dia malas mahu melayan karenah sang raja itu, tanpa membuang masa dia pantas menggantikan wajahnya dengan biasan seorang remaja yang memakai topeng di sebahagian wajahnya.

King Albereto yang melihat akan gambaran itu, lantas terdiam. Dia mendekatkan wajahnya dengan permukaan kaca itu untuk melihat dengan lebih jelas gerangan remaja bertopeng itu.

Setelah beberapa minit meneliti, akhirnya dia bersuara. "Ini diakah?"

"Hm." Mirromie bergumam sebagai tanda ya.

Kening King Albereto saling bertaut. Dia menjauhkan kembali kepalanya dari cermin itu.

"Kenapa dia pakai topeng?" Masakan kacak-kacak pun masih mahu melindungi wajah. Aisy, bazir betul wajah kacak itu diberikan kepada remaja itu. Sepatutnya wajah yang kacak perlulah sentiasa ditonjolkan di khalayak ramai.

The Greatest Angel √ | COMPLETEDWhere stories live. Discover now