34 | TERLEPAS

1.2K 101 3
                                    

Pada saat Jack membuka mata ketika tadi, keadaan di sekitarnya bertukar 180 darjah. Tiada lagi persekitaran istana yang riuh dengan suara pelbagai orang. Apa yang bertamu di pandangan hanyalah kekelaman. Bunyi cengkerik dan serangga saling bersahutan bagaikan irama di telinga.

Jack mendongakkan kepala memandang ke arah langit di atas lalu nafasnya dihela perlahan. Mereka dibawa ke sini untuk menghentikan peperangan tetapi jujur, dia sendiri tidak tahu bagaimana caranya. Walaupun para raja dan Flandy asyik mengulang kenyataan bahawa dia ialah seorang Pure Angel, hakikatnya hanya sebahagian kuasa yang mampu dia kuasai. Kata Flandy, kuasa dia masih banyak yang terkunci tetapi bagaimana ingin membuka kunci itu?

"Hutan mana ni?" Suara yang kedengaran dari arah belakangnya, mengalihkan perhatian Jack. Dengan hanya disuluhi cahaya rembulan, matanya tertancap pada salah seorang remaja lelaki yang dia ketahui merupakan salah seorang pure angel seperti dia juga iaitu Ghais. Ghais kelihatan sedang menepuk bahagian seluarnya, mungkin terjatuh tadi dek terselit akar-akar pokok yang menjalar. Maklumlah gelap, mana hendak nampak.

Jack langsung tidak berniat untuk menyapa lelaki itu. Dia berura-ura ingin berlalu pergi sebelum Ghais sedar akan keberadaannya di situ tetapi tidak sempat apabila remaja itu terlebih dahulu menegur dirinya. "Eh, kau... Kau Jack kan?" Bunyi tapak kaki kedengaran semakin hampir dengannya.

"Ya," jawabnya, pendek. Mata meliar memandang ke sekitar hutan itu bagi mencari sekiranya ada laluan yang boleh dilalui.

"Kau tahu tak ini hutan apa?" Ghais sudah berdiri di sisi Jack.

"Magical Forest."

"Di mana peperangan itu berlaku?"

Tanpa dijawab pun, jawapan sudah ada apabila beberapa cahaya dan bunyi letupan terhasil di sebelah sana. Bunyinya yang tidak terlalu kuat menandakan bahawa jarak mereka ke sana tidaklah dekat.

Jack memandang pada Ghais sekejap.

"Di sana..."

***

Kiran berlari deras mengharungi kesesakan di kanan dan kirinya dengan sebelah tangan menggenggam killer sword. Tatkala ada ahli puak kegelapan yang cuba menghalang jalannya, dia pantas mencantas mereka menggunakan pedang miliknya. Hanya sekali cantas membuktikan betapa tajamnya pedang Excalibur kepunyaannya.

Namun pun begitu, setajam-tajam pedangnya, dia tidak dapat melakukan apa-apa apabila ahli puak cahaya yang menyerang mereka. Walaupun mereka telah dikawal oleh kegelapan, dia tidak tega menyakiti mereka. Maka, Flandy hanya akan menggunakan kuasanya untuk menghentikan pergerakan puak cahaya dan puak sumpahan yang cuba menyerang mereka.

Sebentar tadi, saat mereka sudah tiba di kaki gunung, tiba-tiba sahaja segerombolan ahli puak cahaya menyerbu ke arah mereka. Lebih mengejutkan lagi apabila terdapat juga ahli puak sumpahan dalam kalangan mereka.

Melihat sahaja hal itu, fikiran mereka bagaikan hilang buat seketika. Puak sumpahan? Adakah puak sumpahan turut dikawal oleh kuasa kegelapan?

Jika ya, ini bermakna peluang mereka untuk menang, sangat tipis sekiranya mereka bertarung. Jadi, demi merebut kitab kegelapan, Flandy menyuruh Kiran supaya pergi melarikan diri dan dialah yang akan menghalang kesemua musuh mereka.

Jika ingin melawan di situ, kebarangkalian untuk mereka kalah sangatlah tipis. Apa lagi, masa hadapan Magical Kingdom kini terletak di tangan mereka. Andai mereka gagal di sini, semuanya akan berakhir. Masa lalu dan masa hadapan, kedua-duanya akan terhapus...

***

Pada ketika sedang asyik tertawa melihat kemusnahan yang berlaku di hadapan mata, tubuhnya tiba-tiba sahaja membeku. Bukan hanya dia tetapi sosoknya di masa lalu juga tirut membeku.

The Greatest Angel √ | COMPLETEDWhere stories live. Discover now