22 | TERPILIH

1.6K 152 3
                                    

"Dia, Sang Penguasa Alam."

***

Sekeping kertas yang berada di tangannya, direnung sedalam-dalamnya. Mujur tiada laser di matanya, jika tidak pasti sudah berlubang kertas itu dibuatnya.

Maklumat yang terpapar di hadapan kertas itu dibaca berulang kali. Dia masih tidak dapat mempercayai akan hal itu.

Kiran menarik nafas dan menghembusnya perlahan-lahan.

Siapa gadis itu sebenarnya sehinggakan dua raja itu menerima cadangannya dengan mudah? Namun, yang lebih penting, gadis itu sudah gilakah mencadangkan namanya walhal gadis itu tahu bahawa dia tidak mempunyai sebarang kuasa!

"Woi, buat apa tu?"

Sergahan beserta tepukan perlahan di bahu menyentakkan Kiran daripada terus melamun. Dia memalingkan wajahnya ke arah si empunya tangan yang menepuknya.

Jack yang berdiri di sisinya memaparkan sengihan. Tanpa dipelawa, dia melabuhkan punggungnya di sebelah Kiran. Tangan kirinya naik memaut bahu rakannya itu, erat. Kertas yang sejak tadi lagi menjadi perhatian Kiran dipandangnya.

Kiran yang sedar akan pandangan Jack itu pantas menyorokkan kertas itu namun, ternyata refleks Jack lebih pantas. Dia merampas kertas itu dari tangan Kiran dan melarikan dirinya apabila Kiran ingin merampas kembali kertas itu darinya.

"Wei, bagilah balik!" gesa Kiran. Nafasnya tercungap-cungap, mengejar langkah Jack. Wajahnya bertukar monyok apabila dia tidak dapat menangkap remaja bermata biru itu. Jack ni makan apa sehingga mampu jadi seaktif ini?

Jack menghentikan lariannya dan membalikkan tubuhnya ke arah Kiran. Dia memeluk tubuh bersama wajah yang terlorek senyuman sinis.

"Ha, kejarlah cepat." provok Jack seolah-olah mempersendakan Kiran yang tidak mampu menyaingi lariannya. Hahaha! Dasar budak tidak cukup vitamin!

Dia menggeleng lalu kertas yang berada di dalam genggamannya dibuka. Kertas itu kelihatan teronyok sedikit, kemungkinan kerana digenggam dengan kuat.

Tajuk yang terpapar di bahagian atas kertas itu ternyata mencuri tumpuannya.

Magical Combat Competition

Dahinya mulai berkerut. Sosok Kiran yang sudah berada hampir dengannya itu dilihat.

"Apa maksud benda ni Kiran?" Tangan yang memegang kertas itu dihulur ke hadapan Kiran. Walaupun dia sudah membaca itu sendiri, dia masih memerlukan penjelasan daripada Kiran.

Kiran mengeluh. "Ya, aku diminta sertai pertandingan itu."

Mendengar sahaja balasan Kiran itu, kerutan di dahi Jack semakin bertambah.

"Bukankah perlawanan ni berbahaya?" Setahunya, perlawanan magikal itu akan menggunakan senjata dan magis jadi, bagaimana Kiran mampu bertahan tanpa sebarang kuasa? Bohonglah jika ada yang tidak cedera usai perlawanan itu.

"Ya tapi kau fikir bagaimana aku mahu menolak sekiranya raja sendiri yang menyuruh aku sertai?"

"King Braizirien?" Jack seolah-olah tidak mempercayai kenyataan itu memandangkan sebelum ini yang dia tahu, raja itu sangatlah mengambil berat akan penduduk bermata hitam yang tidak mempunyai kuasa. Masakan raja itu tegas membiarkan rakyatnya 'membunuh diri' mereka dalam perlawanan itu?

Kiran menggangguk. "Malah King Laurence juga bersetuju."

"Apa yang baginda fikirkan? Aku tak setuju! Biar aku cakap dengan mereka!"

Melihat sahaja remaja bermata biru itu mahu menapak ke arah pejabat, Kiran lekas menghalang.

"Woi, tak payahlah! Aku okay je." Jack memandang Kiran dengan pandangan tidak percaya.

The Greatest Angel √ | COMPLETEDWhere stories live. Discover now