PROLOGUE

2.5K 243 15
                                    

"Dia, Sang Penguasa Alam."

***

Prolog II

Queen Beity berlari sepantas yang mungkin meredah hutan tebal itu bersama seorang bayi di dalam dukungannya.

Tangisan bayi itu memecah kesunyian hutan. Kemungkinan bayi itu juga dapat merasakan malapetaka yang semakin menghampiri mereka.

Wajah permaisuri itu gelisah mendengar tangisan puteranya.

"Sayang, shuu... Sayang anak bonda." Dia menepuk tubuh anaknya perlahan bersama kaki yang masih tidak henti melangkah. Dia khuatir sekiranya tangisan bayinya itu menarik perhatian mereka yang mengejarnya ketika itu.

Bunyi derapan langkah yang masih kedengaran dari belakang mereka memaksa dirinya agar terus melangkah tanpa henti.

Setelah lama berlari, dia berhenti seketika untuk memeriksa sekiranya mereka dikejar lagi. Apabila tidak melihat kelibat sesiapa pun, dia menghela nafas lega.

Belakang pohon besar yang terdapat di dalam hutan itu menjadi sasarannya bagi menyembunyikan diri. Belakang tubuh disandar ke pohon itu.

"Sayang... Jangan nangis-nangis. Bonda ada ni..." Dia cuba memujuk bayi kecil itu. Pipi si kecil diusapnya manja. Tangisan bayi itu beransur hilang digantikan dengan tawa kecil apabila ibunya membuat mimik muka lucu di hadapannya.

Queen Beity tersenyum. Lega apabila melihat anaknya tidak menangis lagi. Jari jemarinya digenggam oleh tangan kecil si bayi lalu digoncang berulang kali.

Dia mengucup perlahan ubun-ubun anakandanya itu sebelum bayi itu diletakkan di atas tanah. Dia menyembunyikan bayi itu di sebalik akar-akar pokok yang berselirat dan agak besar saiznya supaya kelibat anaknya itu tidak dilihat oleh musuh yang sedang memburu mereka.

"Jaga diri ye sayang. Bonda harus pergi menyelamatkan ayahanda mu," ujar wanita itu. Air matanya berlinangan saat menuturkan kata-kata itu.

Sebelah hatinya tidak mahu meninggalkan bayi itu sendirian di dalam hutan itu tetapi sebelah lagi hatinya mahu pergi menyelamatkan suaminya namun masakan dia mahu membawa anak kecil itu bersama?

Setelah menimbang tara, dia mengambil keputusan untuk menyelamatkan suaminya. Suaminya lebih penting. Tambahan lagi, anaknya itu mempunyai pelindung jika ditinggalkan di kawasan itu memandangkan anaknya itu merupakan ahli Live Country.

"Maafkan bonda, sayang." ujarnya bersama dengan mata yang berkaca-kaca. Dahi anakandanya itu dikucup lembut.

Bayi kecil itu mulai menangis. Dia bagaikan mengetahui bahawa sang bonda bakal meninggalkan dirinya.

Queen Beity menghela nafas berat. Dia bingkas berdiri.

Sebelum beredar, sempat Queen Beity meninggalkan pesan buat seluruh isi hutan itu.

"Wahai alam sekalian. Jagakan anakanda beta ini sebaiknya kerana dia merupakan pewaris takhta Live Country yang baharu..."

Serentak, pohon-pohon yang berada di dalam hutan mulai menunduk seolah-olah memberikan penghormatan terakhir buat sang permaisuri.

Queen Beity hanya mampu tersenyum hambar. Kakinya mulai menapak pergi. Semakin lama, kelibatnya menjadi kabur sehingga sudah tidak terlihat di pandangan lagi.

Si kecil masih tidak henti menghamburkan tangisannya. Air mata menitis sehingga menyerap ke dalam tanah.

Beberapa ketika kemudian, suatu akar yang panjang mampir membelit tubuh kecil itu. Akar itu mengangkat bayi itu ke atas dahan sebuah pohon yang terdapat di situ.

Tangisan bayi itu drastik terhenti. Matanya membulat. Kemungkinan dia hairan apabila melihat akar itu mampu bergerak dengan sendiri tanpa ada yang mengawalnya.

"Your majesty." Suara itu bergema sekali lagi di dalam hutan nan sepi itu. Pohon-pohon itu sekali lagi menunduk tetapi kali ini menghala ke arah bayi itu pula.

Melihat sahaja hal itu, bayi itu tertawa sehingga menampakkan gusinya seakan suka dengan penghormatan yang diberikan mereka kepada dirinya.

Sejurus itu, kalung yang tergantung di leher si kecil mengeluarkan cahaya yang terang.

Pewaris takhta, Live Country.

***

>vote n comment<

The Greatest Angel √ | COMPLETEDWhere stories live. Discover now