" Huwaaa ! Sakit ! " jerit Dahyun yang terjatuh ketika melangkah menuruni anak tangga. Belakang badan serta punggungnya diusap lembut. Sakit !
" Aish jinjja ! Tak reti nak jalan elok-elok ke ha ? " soal Taehyung tatkala dia tiba di hadapan Dahyun yang terduduk di atas lantai itu dengan tangan bersilang.
Dahyun memandang Taehyung dengan cebikkan di wajahnya. Perlahan-lahan dja bangun dari jatuhnya lalu berjalan terhenjut-henjut menuju ke dapur.
" Omma ! Oppa tu kan bukannya nak tolong pun bila Hyun jatuh tadi. Oppa jahat ! Bluek ! " ujar Dahyun sambil menjelirkan lidahnya pada Taehyung di belakangnya.
Taehyung menjulingkan matanya ke atas. Mengada ! Langkah diatur menuju ke ruang tamu lalu dia melabuhkan punggungnya di atas sofa yang empuk.
" Taehyung-ah, tolong omma hantarkan nasi ni dekat warung appa boleh ? " pinta Kim Jin Hee, omma kepada Taehyung dan Dahyun.
Baru sahaja Taehyung hendak menyahut soalan Jin Hee, Dahyun terlebih dahulu bersuara.
" Yela, takkan la oppa tak boleh nak tolong omma. Tapi tadi dongsaeng oppa sendiri oppa tak nak tolong, tak mustahil oppa tak nak tolong omma. Kan omma kan ? " soal Dahyun sambil mengenyitkan mata kepada Jin Hee.
Taehyung mengetap bibirnya. Kurang ajar punya adik.
" Yah ! " ujar Taehyung sambil membaling bantal kecil mengena kepala Dahyun.
" Ah appo ! Omma, tengok oppa tuu ! Jahatlah ! " adu Dahyun sambil mengusap-usap kepalanya.
Jin Hee tergelak kecil. Kepalanya digeleng-geleng melihatkan perangai anak-anaknya itu.
" Nah, Taehyung. Kalau nampak warung appa tu macam ramai orang, tolonglah appa sekejap ye sebelum balik. " ujar Jin Hee dengan senyuman manisnya. Walaupun sudah tua, wajahnya tetap berseri ketika tersenyum.
Taehyung mengangguk laju dengan senyuman petaknya. " Eh, budak ! Kau duduk rumah jangan nak melantak je eh kerja. Tolong sikit omma basuh pinggan basuh baju pe semua. Faham ? " nasihat Taehyung lalu dia menjeling Dahyun.
Dahyun mendengus kecil. Bibirnya bergerak-gerak bagaikan sedang mengajuk kata-kata Taehyung sebentar tadi.
Taehyung menyarungkan seliparnya lalu sebuah bekas berisi nasi goreng kimchi itu diletakkan ke dalam bakul motosikalnya.
Earphone di pasang pada telinganya lalu lagu Without Me nyanyian Halsey mula berkumandang di gegendang telinganya.
♡♡♡♡
" Appa ! Ramainya orang hari ni. Biar Tae tolonglah sikit-sikit. " ujar Taehyung sebaik sahaja dia tiba di warung kecil milik appa nya.
" Gwaenchana. Tae balik rumah jaga saeng dengan omma. Dua-dua yeoja dekat rumah sendirian tu bahaya lah. " ujar Kim Won Hoo, appa kepada Taehyung dan Dahyun.
Taehyung tersenyum kecil. Terasa terharu sangat melihatkan appa nya yang sudah berusia masih berusaha gigih untuk mendapatkan wang agar dapat menyara mereka empat beranak.
" Appa, esok Tae dah balik kolej. So biarlah Tae tolong appa hari ni. Okay ? " soal Taehyung sambil menyarungkan apron berwarna kelabu pada tubuhnya.
Won Hoo tersenyum kecil. Kepala diangguk perlahan pada Taehyung lalu dia kembali memasak mi goreng buat pelanggannya.
Taehyung pula bertugas sebagai pelayan dan kadang-kadang dia akan membantu pekerja Won Hoo untuk membasuh pinggan mangkuk di dapur.
" Eo ? Hyung ! Tengok tu, Blackpink lah ! Lagi dua bulan dorang buat konsert dekat Seoul ! Jom pergi hyung jebal... " pinta seorang kanak-kanak namja yang usianya dalam lingkungan 10 tahun.
Taehyung tersenyum kecil memandang kanak-kanak itu. Kecil-kecil sudah mula meminati girl group yang seksi meksi itu.
" Mahallah. Hyung mana cukup duit. Nantilah ye, lain kali. " ujar hyung kepada kanak-kanak kecil itu.
Senyuman pada wajah kanak-kanak kecil itu mati serta merta. Sedih, itu sudah tentu.
Taehyung melepaskan keluhan kecil. Kepala didongak memandang ke arah skrin televisyen kecil yang terletak di atas rak.Sekarang, skrin tersebut sedang memaparkan music video kumpulan perempuan K-Pop iaitu Blackpink bersama lagu mereka, Kill This Love.
Bagaimanapun, bukan lagu itu yang menarik perhatian Taehyung tetapi gadis yang mengikat rambut ala-ala braid.
" Macam kenal je yeoja tu.. Siapa eh ? " soal Taehyung sendirian di dalam hatinya.
To Be Continued❤

ANDA SEDANG MEMBACA
#4 from afar [ C ]
Fanfiction" Who are you ? " " No one. " " What do you want from me ? " " Nothing. " " Then why are you following me ? " " To protect you. " " From what ? " " From Me. " Start [ 26 . 5 . 2019 ] End [ 9 . 6 . 2019 ]