[ Chapter Eight ]

196 20 0
                                        

" Ada apa oppa nak jumpa Nini ? " soal Jennie sebaik sahaja mereka tiba di sebuah restoran makanan laut.

Jinhwan mengeluarkan sepucuk surat dari beg bimbitnya lalu diserahkan kepada Jennie.

" Apa ni ? " soal Jennie sambil tangannya mengambil surat huluran Jinhwan itu.

" Tengoklah sendiri. " ujar Jinhwan lalu dia mengukir sebuah senyuman pada Jennie.

Jennie mengecilkan matanya memandang Jinhwan. Macam ada something je ni. Sampul surat itu diambil lalu dibukanya. Terdapat sekeping gambar di dalamnya.

Membuntang luas mata Jennie melihatkan gambar tersebut. Gambar dia bersama Taehyung tempoh hari.

Jennie mengangkat wajahnya memandang Jinhwan. Memang itu pun yang mahu ditanya pada Jinhwan tetapi dari mana Jinhwan mendapat gambar ini ?

" Oppa... apa ni ? " soal Jennie keliru.

Jinhwan melepaskan keluhan kecil. Badannya dibawa ke hadapan sedikit lalu dia menggenggam erat kedua-dua belah tangannya.

" Nini kenal ke siapa namja tu ? " soal Jinhwan dengan sebaris senyuman.

Jennie menggeleng perlahan. " Wae ? " soal Jennie pula.

Jinhwan menggeleng perlahan. Lega hatinya tatkala Jennie memberitahu bahwa dia tidak kenal siapa Kim Taehyung  .

" Tapi kan oppa, namja ni kata yang dia chingu Nini masa kecil. Kenapa Nini tak ingat dia ? Dia ada tunjuk gambar dan gambar tu memang ada Nini. " soal Jennie pula sambil menongkatkan dagunya.

Senyuman Jinhwan mati serta merta. Pandangannya tajam memandang wajah Jennie. Tidak akan sesekali dia biarkan adiknya sengsara lagi dengan Taehyung.

" Nini tak perlu kenal dia. Entah-entah dia sasaeng fans Nini je and maybe gambar tu dia photoshop je. Kalau tak, mesti Nini ingat dia, kan ? " balas Jinhwan berbalik soalan.

Jennie mengangguk faham kemudian tiba-tiba sahaja dia menggelengkan kepalanya. Sekali lagi dia mengangkat wajah memandang Jinhwan.

" Nini harap oppa tak rahsiakan apa-apa dari Nini. Banyak yang Nini dah lupa sejak kena amnesia dulu. " ujar Jennie sambil merenung anak mata Jinhwan. Cuba mencari kejujuran di balik mata itu.

Jinhwan tergelak kecil sambil mengusap belakang tengkuknya. Rasa bersalah pula bila dia terpaksa menipu pada Jennie. Tetapi itulah pilihan yang terbaik untuk menjaga Jennie.

" Oppa tak rahsiakan apa-apa pun. Tapi oppa nak Nini janji something dengan oppa. Lepas ni kalau dia jumpa Nini lagi, Nini jangan layan dia. Cuba jauhkan diri dari dia. Faham ? " soal Jinhwan dengan senyuman.

Jennie menganggukkan kepalanya perlahan. Dadanya dipegang.

" Kenapa aku tak sedap hati ni..? ' desis hatinya.

♡♡♡♡

" Taehyung-ah, kenapa kau tetiba register kelas muzik doh ? Asal ? Bagi aku lima sebab ! " ujar Jimin sambil mengeluarkan kelima-lima jarinya pada Taehyung.

Taehyung melepaskan keluhan kecil. Apa famous sangat dia ni sampaikan masuk kelas muzik pun semua orang boleh terkejut ni ?

Taehyung menjeling Jimin sekilas. Buku notanya dibuka lalu dia mula menyalin nota-nota yang diberi oleh pensyarah sebentar tadi.

" Yah, Kim Taehyung ! Kau palau aku ? Sampai hati kau eh ! " marah Jimin dengan cebikkan di wajahnya.

Taehyung hanya diam membisu. Malas layan Jimin yang malam ini tiba-tiba menjadi kebudak-budakkan pula.

" Jimin-ah, hyung yang paksa Taehyung masuk. Dengan alasan, boleh lah dia jadi intern sekejap dekat YG Entertainment nanti. " terang Jiwon yang sedang bermain dengan telefon pintarnya.

Jimin menganggukkan kepalanya dengan mulut berbentuk 'o'. Kemudian dia terus berlari anak lalu melompat ke katil milik Jiwon.

" Hyung-ah, apa yang special sangat dekat YG Entertainment tu sampai Taehyung tiba-tiba boleh terpikat nak masuk ? Ha ? Ha ? " soal Jimin sambil menaikkan keningnya pada Jiwon.

Taehyung melepaskan keluhan kecil. Pensil diletakkan ke bawah lalu dia memeluk tubuh memandang Jimin.

" Yah, Park Jimin. Jangan jadi busybody boleh ? Diam diam sudahlah. " marah Taehyung lalu dia menjeling Jimin sekilas.

Jimin ternganga melihatkan perangai Taehyung yang semakin berlagak dengannya itu.

" Hyung tengok Tae tu hyung ! Eeeyy, sombong sangat pehal ?! Aku kan bestfriend kau ! " marah Jimin pula lalu dia mencebikkan bibirnya tanda merajuk.

Taehyung dan Jimin berpandangan antara satu sama lain sambil berpeluk tubuh kemudian kedua-dua mereka menjeling satu sama lain sekilas.

" Hmph ! "

Jiwon menggeleng perlahan.

" Budak zaman sekarang... "

To Be Continued❤

#4 from afar [ C ]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang