" Somi-ah, aku dengar cerita yang crush kau tu nak register kelas muzik nanti. Kau tak nak join ke kelas tu ? " soal Nayeon tatkala dia melabuhkan punggung di kerusi yang berhadapan dengan Somi.
Somi yang sedang memakan nasi itu lantas meletakkan kembali chopstick nya ke bawah. Tumpuan hanya diberi pada Nayeon di hadapannya.
" Crush aku ? Taehyung ? Dia masuk kelas muzik ? Tipulah. Tae mana suka kelas-kelas macam tu. Aku dah kenal dia empat tahun, okay ? " balas Somi dengan gelengan kepala.
Nayeon melepaskan keluhan kecil. Chopstick ditangannya diletakkan kembali ke atas piring.
" Aku tak tipulah. Jimin yang cerita dekat aku tadi. " balas Nayeon dengan jelingan kecil pada Somi.
Somi menganggukkan kepalanya perlahan. " Kau teman aku register kelas muzik petang nanti boleh ? " soal Somi dengan mengelip-ngelipkan matanya pada Nayeon.
Nayeon menggeleng laju. " Aku nak masuk kelas menari dengan Jimin. Kau pergi jelah register sendiri. " balas Nayeon lalu menyuap nasi ke dalam mulutnya.
Somi mencebik. Chopstick diambil kembali lalu dia menyambung memakan nasinya yang tergendala sebentar tadi.
♡♡♡♡
" Hyung, tak sangkalah hyung masuk kelas muzik. Kenapa hyung tetiba nak masuk eh ? Biasanya hyung tolak. " soal Jihoon yang curiga.
Air pepsi diteguk seketika kemudian pandangan ditoleh pada Jihoon di sebelahnya.
" Saja. " balas Taehyung acuh tak acuh.
Jihoon melepaskan keluhan kecil. Langkah diatur laju mendahului Taehyung.
" Hoon pergi kelas dulu. Bye. " ujar Jihoon tanpa menoleh pada Taehyung langsung.
Taehyung tergelak kecil. Nak merajuklah tu. Haih.
Taehyung kembali menyusun langkahnya menuju ke perpustakaan untuk membuat ulang kaji memandangkan dia akan menduduki peperiksaan akhir tahun tidak lama lagi.
" Taehyung-ah ! "
Taehyung memberhentikan langkahnya lalu dia menoleh ke belakang. Kelihatan Somi sedang berlari anak menghampirinya.
" Ada apa ? " soal Taehyung sebaik sahaja Somi tiba di hadapannya.
" Erm.. Awak nak study dekat library ke ? Erm.. Boleh saya join sekali ? " soal Somi dengan senyuman yang menampakkan sebaris giginya.
Taehyung tersenyum kecil. Kepala diangguk perlahan.
" Study ye. Bukan menggatal. " ujar Taehyung separa bisik pada Somi.
Somi tersenyum kecil. Aduh ! Macam tahu-tahu saja agendanya ke sana. Bukannya nak study pun tapi nak luangkan masa dengan Taehyung sahaja.
♡♡♡♡
" Unnie, Lisa nak pergi tandas sekejap dengan Chaeng. Pape hal nanti call Chaeng tau sebab Lisa malas bawa handphone. " ujar Lisa lalu dia beredar ke tandas ditemani Rosè.
Jennie hanya mengangguk kecil lalu dia kembali bermain dengan telefon bimbitnya sementara menunggu masa untuk dia memakai alat solek.
Jennie melepaskan keluhan kecil. Telefon pintarnya ditutup kemudian dia menandang cermin yang terletak di hadapannya.
Teringat dia akan gambar yang dihulurkan oleh Taehyung semalam. Ya, itu memang dia tetapi mengapa dia tidak ingat langsung tentang gambar itu mahupun tentang Taehyung ?
" Nini-ah, pergilah make up. Unnie nak makan roti. " ujar Jisoo sebaik sahaja wajahnya selesai dipakaikan alat solek.
Jennie menganggukkan kepalanya kemudian dia melangkah menuju ke bilik solek.
Don't know what to do
I don't know what to do without youJennie pantas membuka telefon pintarnya tatkala ia berdering lagu Don't Know What To Do nyanyian Blackpink.
" Oppa ? Kenapa oppa tiba-tiba call ni ? " soal Jennie sendirian. Punat hijau ditekannya kemudian handphone itu diletakkan di telinga kanannya.
" Eo, Jennie-ah. Free tak malam nanti ? " soal Jinhwan sebaik sahaja Jennie menjawab panggilannya.
" Erm.. Free. Wae ? " soal Jennie.
" Jom dinner. Dah lama tak jumpa Jennie. Lagipun oppa ada something yang nak dibincangkan dengan Jennie. " balas Jinhwan.
Jennie terdiam seketika. Jam di tangannya dikerling sekilas.
" Boleh. Oppa ambil Jennie dekat station Inkigayo boleh ? " balas Jennie berbalik soalan.
Jinhwan tergelak kecil di hujung telefon. " Of course lah oppa ambilkan. Ha, buat elok-elok ya persembahan tu. Bye. "
" Nae. Babai. "
Jennie terus mematikan panggilannya. Langkahnya diatur kembali menuju ke bilik solek dengan perasaan teruja. Tak sabar mahu berjumpa dengan Jinhwan yang sudah lama tidak pulang ke Korea.
Dan.. sebenarnya dia hendak menanyakan Jinhwan tentang Taehyung.
Lelaki yang menjadi misteri kepadanya semalam.
To Be Continued❤

ANDA SEDANG MEMBACA
#4 from afar [ C ]
Fanfiction" Who are you ? " " No one. " " What do you want from me ? " " Nothing. " " Then why are you following me ? " " To protect you. " " From what ? " " From Me. " Start [ 26 . 5 . 2019 ] End [ 9 . 6 . 2019 ]