[ Chapter Two ]

315 26 0
                                    

" Ah ! Penatnya. " ujar Taehyung sebaik sahaja dia merebahkan dirinya di atas katilnya yang empuk.

Tangan kanannya diletakkan di belakang kepalanya sebagai pengalas. Matanya tertancap pada siling. Fikirannya entah melayang ke mana.

" Siapa eh yeoja tu ? Macam pernah jumpa je. " ujar Taehyung sendirian.

Tok ! Tok ! Tok !

" Nak apa ? " soal Taehyung. Bukannya dia tidak tahu siapa yang mengetuk pintu. Sudah semestinya dongsaeng annoying nya, Dahyun.

" Oppa, omma suruh turun makan ! Ppali wa ! " ujar Dahyun lalu dia kembali turun ke dapur.

Taehyung melepaskan keluhan kecil. Baru je berhajat nak tidur. Hati omma kenalah jaga, kalau tak terkecil pula nanti.

" Heol. Banyaknya omma masak. Ada sesiapa nak datang ke ? " soal Taehyung dengan mulut ternganga sebaik sahaja dia ternampak pelbagai jenis makanan serta side dishes yang disediakan oleh Jin Hee.

" Aniyo. Esokkan Tae dah balik kolej semula so omma masaklah semua makanan kegemaran Tae. Nanti Dahyun pula nak masuk asrama dah, campur lah sekali dengan makanan dia. " balas Jin Hee dengan senyuman.

Terharu melihatkan anak-anaknya sudah membesar dan akan meninggalkan rumah ini seorang demi seorang.

" Ahh.. Dahyun nanti masuk asrama mana ? " soal Taehyung seraya melabuhkan punggung di sebelah Won Hoo.

" Asrama dekat hakkyo tu je. Malaslah pergi jauh-jauh. " balas Dahyun dengan wajah bosannya.

Sebenarnya bukan dia yang mahu tinggal di asrama tetapi Won Hoo yang menyuruhnya agar dia menjadi lebih berdikari.

" Erm.. Jom makan. " ujar Taehyung dengan senyuman petaknya. Tak sabar pula mahu menjamah makanan-makanan yang sudah terhidang itu.

♡♡♡♡

" Taehyung-ah ! Lama tak jumpa. " ujar satu suara garau sebaik sahaja Taehyung melangkah menuju ke dorm nya.

" Eo ? Bogum. Hey, bro ! Amacam, best cuti sem ? " soal Taehyung sambil berjabat tangan dengan Park Bo Gum atau Bogum.

" Macam gitu jelah. Eh, nanti basketball jom. " ajak Bogum sambil mengenyitkan matanya.

Taehyung mengangguk laju sambil membuat thumbs up pada Bogum. " Petang esok eh ? Hari ni aku nak kemas-kemas bilik dulu. Alah kau tau jelah perangai dorm mates aku cam mana. " ujar Taehyung disambut gelak tawa dari Bogum.

" Arrasseo, arrasseo. Nanti pape hal aku roger eh. " ujar Bogum lalu dia terus beredar menuju ke dorm miliknya.

Tombol pintu dipulas lalu terserlah lah wajah tiga orang dorm mates Taehyung. Park Jimin, Park Jihoon dan Kim Jiwon.

" Hyung ! Hai, best cuti ? " soal Jihoon sebaik sahaja ternampak wajah Taehyung yang tersegul di hadapan pintu.

" Best best. Eh, korang ni tak reti ke nak letak baju elok-elok dalam almari ha ? Ada kena tidur luar malam karang. " marah Taehyung sambil meletakkan beg galasnya di atas katil.

Pinggangnya dicekak memandang tiga orang sahabatnya itu.

" Alah Tae, baru first day lepas cutikan, kita rilek rilek jelah dulu. Baju ni nanti-nanti boleh kemas. " ujar Jimin yang sedang bermain permainan komputer.

Taehyung mengeluh kecil. Kepala digeleng perlahan. Nasib member. Kalau tak memang dah ..

Taehyung mengalihkan pandangannya pula kepada Jiwon, hyung tertua di dorm mereka.

" Hyung tengok apa tu ? " soal Jihoon lalu dia melabuhkan punggung di birai katil milik Jiwon.

" Eo ? Ni ha tengah tengok video terbaru blackpink. Gempak doh mv diorang. " ujar Jiwon.

Jihoon menganggukkan kepalanya dengan mulut berbentuk 'o'. Taehyung memandang Jiwon dengan pandangan musykil. Blackpink ? Seperti familiar sahaja nama kumpulan itu.

Oh ya ! Itulah kumpulan K-Pop yang music video nya terpapar di skrin televisyen warung Won Hoo hari itu.

" Hyung, hyung minat ke Blackpink tu ? Kenal nama-nama diorang ? " soal Taehyung sambil perlahan-lahan menghampiri Jiwon.

Jiwon menutup telefon bimbitnya lalu mengalihkan pandangan kepada Taehyung.

" Takde lah minat mana tapi kenallah juga member-member dalam group tu. " balas Jiwon dengan anggukkan.

Taehyung tersenyum kecil lalu pantas dia mengambil tempat disebelah Jiwon sehinggakan tertolak Jihoon jatuh ke lantai.

" Auch ! "

" Hyung, hyung hyung ! Hyung kenal tak perempuan dalam mv kill this love tu yang buat rambut ala-ala braid style tu ? " soal Taehyung dengan senyuman.

Jiwon menganggukkan kepalanya dengan kening yang berkerut.

" Nama dia Jennie. Kim Jennie. "

To Be Continued❤

#4 from afar [ C ]Where stories live. Discover now