[ Chapter Eleven ]

153 18 0
                                    

" Fighting ! "

Somi melangkah dengan jantung yang berdebar. Sempat dia melirik dan melihat wajah Taehyung sebentar. Bertambah laju degupan jantungnya tatkala Taehyung pun sedang melihat ke arahnya.

" Somi-ssi, cepat sikit. Ni bukannya fashion show. " sindir Cik Taeyeon sambil menjelingkan matanya pada Somi.

Somi yang sedar akan lamunannya itu pantas mempercepatkan langkahnya menuju ke hadapan.

Nafas ditarik sedalam mungkin kemudian dia menghadiahkan senyuman kepada Taehyung.

Jihyo menaikkan kedua-dua ibu jarinya kepada Somi sebaik sahaja dia selesai dengan nyanyiannya.

Somi tersenyum lebar melihatkan reaksi dari Jihyo kemudian dia mengalihkan pandangannya kepada Taehyung pula.

Senyumannya terus mati tatkala dia ternampak Taehyung sedang menyalin notanya dan langsung tidak memberikan perhatiannya pada dirinya di hadapan.

Keluhan dilepaskan. Langkahnya diatur kembali menuju ke tempatnya yang bersebelahan dengan Jihyo.

" Okay, ini pelajar terakhir untuk pagi ini, yang lain akan sambung waktu sesi petang pula ya. Dipersilakan, Kim Taehyung. " ujar Cik Taeyeon dengan sebaris senyuman lalu dia kembali fokus pada fail pelajar milik Taehyung.

" Weh, kau rasa Taehyung boleh nyanyi ke ? "

" Entah-entah muka je handsome tapi tak pandai nyanyi. "

" Aku tak pernah dengar dia nyanyi pastu tetiba masuk kelas muzik. Apa cerita dia ni ? "

" Tengok jelah. Lagipun suara dia tu terlampau deep. Entah-entah tak sedap pun. "

" Tu lah kan. "

Somi mendengus geram mendengarkan bisikkan para pelajar tentang Taehyung. Dia percaya bahwa Taehyung dapat menyanyi dengan baik sekali.

Sebaik Taehyung tiba di hadapan, semua pelajar mula mengfokuskan mata mereka pada Taehyung terutamanya pelajar yeoja.
" Awak boleh mula. " ujar Cik Taeyeon disambut dengan anggukkan dari Taehyung.

Taehyung membuka matanya sebaik sahaja nyanyiannya selesai. Kelihatan para pelajar di situ ternganga memandang Taehyung termasuk Cik Taeyeon.

" Taehyung-ah, kau memang..... Daebak ! " ujar Jiwon seraya menepuk-nepukkan tangannya sekuat mungkin diikuti dengan tepukkan gemuruh dari pelajar yang lain.

Somi memandang Taehyung dengan senyuman lebar. Mana tidaknya gadis itu jatuh cinta dengan Taehyung yang serba sempurna itu ?

" Taehyung-ssi, good job. " puji Cik Taeyeon sambil menepuk-nepuk bahu Taehyung dengan senyuman bangganya.

Taehyung menganggukkan kepalanya kemudian dia terus melangkah mengambil tempatnya di sebelah Jungkook.

" Yah. Kau memang layak jadi pujaan ramai ! " puji Jungkook sambil menaikkan kedua-dua ibu jarinya pada Taehyung.

Taehyung tersenyum memandang Jungkook. " Kau pun sama. Good job, Kook. " puji Taehyung dengan senyuman lebar.

" Petang ni aku belanja kau makan eh ? " ajak Jungkook dengan senyumannya yang menawan.

Taehyung membalas pelawaan Jungkook itu dengan senyuman dan anggukkan.

♡♡♡♡

" Jennie-ah, fighting ! " jerit Jinhwan yang sedang berdiri di kalangan penonton di Music Bank itu.

Jennie melihat ke arah penonton dan terlihat sekujur tubuh Jinhwan di situ. Tangannya dilambai-lambai ke arah Jinhwan dengan gummy smile nya.

" Mandeuk-ah, fighting ! " ujar Jisoo tiba-tiba sambil mencuit pipi Jennie.

Jennie mengangguk laju kemudian dia menghembus nafasnya. Tatkala Jisoo menyebut 'mandeuk' sebentar tadi, entah mengapa kepalanya automatik teringat akan wajah Taehyung.

Dan kepalanya terasa pening yang amat. Jennie mengelip-ngelipkan matanya beberapa kali sambil dia memicit kepalanya.

" Jennie-ah, gwaenchana ? " soal manager oppa kepada Jennie tatkala perasan dahi Jennie telah banjir dengan peluh.

Jennie mengukir sebaris senyuman buat manager oppa kemudian dia mengangguk laju.

" I'm okay. " balas Jennie kemudian dia mula berdiri mendekati Lisa memandangkan persembahan mereka akan bermula dalam lima minit sahaja lagi.

" Mandeuk-ah, hati-hati ! Bahaya ! "

Mata Jennie mula berpinar-pinar. Suara kanak-kanak lelaki yang menjerit memberi amaran kepadanya itu tiba-tiba terngiang-ngiang di telinganya.

Jennie rebah di lantai. Kelihatan beberapa orang serta ahli Blackpink mula mengerumuni Jennie sebelum gadis itu menutup matanya.

" Jennie ! " jerit Jinhwan lalu dia pantas turun dari tangga dan berlari mendekati Jennie.

Wajah Jennie dipegangnya kemudian dia meletakkan kepala Jennie di atas ribanya. Air matanya mula bertakung di tubir matanya.

" Cepatlah call ambulance ! " desak Jinhwan sambil cuba menampar lembut pipi Jennie agar dia sedar.

Tetapi sia-sia sahaja kerana Jennie masih tidak menyedarkan dirinya.

" Mana ambulance nya ! "

To Be Continued❤

#4 from afar [ C ]Where stories live. Discover now