" Hyung, janganlah macam ni. " pujuk Jihoon sambil menggoyang-goyangkan tubuh Taehyung yang sudah kaku di atas katilnya.
Sejak dari kelas muzik petang tadi, Taehyung terus terbaring di situ dan tidak bersuara. Bagaikan telah mati secara halus.
" Taehyung-ah, janganlah sedih macam ni. Mana tau nanti kau dapat peluang dari sumber lain ke apa ke. " pujuk Jimin pula sambil memukul-mukul punggung Taehyung beberapa kali.
Taehyung masih kekal statik. Tidak bersuara. Tidak bergerak.
Jihoon dan Jimin berpandangan antara satu sama lain kemudian mereka melepaskan keluhan. Bukan selalu Taehyung buat perangai macam ni.
" Jiwon hyung mana ? " soal Jimin pada Jihoon tatkala dia baru perasan akan ketiadaan Jiwon di dalam dorm mereka.
" Ah, Jiwon hyung pergi jumpa Cik Taeyeon. Katanya dia nak bincang something. " balas Jihoon sambil mengangkatkan bahunya pada Jimin.
Jimin menganggukkan kepalanya sambil membuat mulut berbentuk 'o' .
Tiba-tiba Taehyung bangkit dari baringnya dan terus terduduk di atas katilnya.
" Opocot mak kambing. " latah Jimin mengundang ketawa dari Jihoon.
Jimin pantas menyepak kaki Jihoon menyuruh budak itu diam. Buat malu je. Taehyung pun satulah ey !
" Call Jiwon hyung sekarang. Cakap kat dia tak perlu dah nak bincang apa-apa dengan Cik Taeyeon tu. Semua dah muktamad. " ujar Taehyung lalu dia kembali baring dalam posisi sebentar tadi.
Jimin terkebil-kebil memandang Taehyung. Bangun semata-mata nak cakao tu je pastu terus melantak semula ? Amboi, senangnya hidup mengarah orang.
" Okay, Hoon call. " ujar Jihoon lalu dia terus menggapai telefon bimbitnya lalu dia mendail nombor telefon milik Jiwon.
Taehyung memejamkan matanya. Teringat akan kenangannya dahulu. Keluhan berat dilepaskan.
" Macam mana lagi cara yang aku boleh buat supaya aku dapat jumpa kau ? Dapat terangkan apa yang dah berlaku dekat kau ? Dapat minta maaf dekat kau ? Dapat jaga kau ? ' desis hati Taehyung.
" Ah hyung ! Esok hyung nak teman Hoon pergi hospital kan ? " soal Jihoon bagi memastikan keputusan Taehyung.
Yelah, manusia tu sekarang tengah meroyan tak tentu hala, karang tetiba tak jadi pula nak teman pergi hospital.
" Ya. "
♡♡♡♡
" Bosannya ! " ujar Jennie sambil meramas lembut rambut panjangnya. Sekarang dia keseorangan di wad pesakit kerana Jisoo, Rosè dan Lisa perlu ke station radio.
Walaupun Jennie dimasukkan ke hospital, ahli Blackpink yang lain tetap perlu menjalankan jadual mereka seperti biasa.
Jennie mengambil telefon pintarnya lalu dia membuka aplikasi Instagram.
Senyuman terukir tatkala melihatkan ramai Blinks yang mendoakan kesejahteraannya.
Ting !
Jennie membuka aplikasi WhatSsap tatkala telefonnya berdering menandakan ada mesej masuk.
Jinani Oppa ♡
Jennie-ah, dah sihat ke ?
Kind of.
Mian. Oppa tak dapat jumpa Jennie beberapa hari ni. Oppa sibuk.
It's okay. Jennie dah sihat dah pun.
Okay, Jennie jaga diri eh ! :)
Nae.
Ah ! Oppa ! Jennie ada soalan ni.
Soalan apa ? Tanyalah cepat.
Oppa kena pergi kerja ni.
Erm.. Jen tahu oppa tipu Jen pasal namja tu.
Siapa dia sebenarnya oppa ?
Kenapa oppa tak nak cerita dekat Jen pasal dia ?
Apa hubungan dia dengan Jen dulu ?
Kenapa Jen tetiba tanya soalan pasal namja tu ?
Jen...
Jen ingat apa-apa ke ?
Ha ! Dah sah oppa rahsiakan something dari Jen.
Oppa...
Please..
Bagitaulah Jen perkara sebenar.
Mana ada apa-apa.
Tak ada apa-apa yang perlu Jen tahu.
Oppa nak pergi kerja ni.
Annyeong !
Oppa !
Oppa !
Last Seen 6.04 p.m.
Jennie melepaskan keluhan kecil. Sebenarnya dia teringat akan mimpi nya semasa dia pengsan tempoh hari.
Dia yakin dia nampak wajah seorang kanak-kanak lelaki dan wajah kanak-kanak lelaki itu serupa dengan wajah namja yang menegurnya hari itu.
" Kenapa oppa perlu rahsiakan something dari aku ? Siapa sebenarnya namja tu ? " soal Jennie sendirian. Kakinya disimpuhkan kemudian dia menarik selimut sehingga ke pehanya.
Sejuk.
" Aku kena selidik pasal namja tu. Tapi macam mana ? Kang aku buat mende sikit je dah kena kecam. Hurm.. " keluh Jennie kemudian dia melentokkan kepalanya di atas bantal.
Pening.
Pening memikirkan apa yang sedang berlaku terhadap dirinya, Jinhwan dan namja itu.
" Ah ! By hook or by crook, aku kena juga siasat pasal namja tu. "
To Be Continued❤
YOU ARE READING
#4 from afar [ C ]
Fanfiction" Who are you ? " " No one. " " What do you want from me ? " " Nothing. " " Then why are you following me ? " " To protect you. " " From what ? " " From Me. " Start [ 26 . 5 . 2019 ] End [ 9 . 6 . 2019 ]