[ Chapter Twenty Nine ]

114 16 0
                                    

Tok ! Tok ! Tok !

Jimin dan Taehyung berpandangan antara satu sama lain kemudian kedua-dua mereka mengangguk serentak.

Tidak lama kemudian, seorang namja pun membuka pintu rumah itu dengan rambutnya yang serabai bagaikan baru saja bangun dari tidur.
" Annyeonghaseyo. Nama saya Kim Taehyung, ni chingu saya Park Jimin. " ujar Taehyung sambil menunduk 90 darjah.

Jimin turut melakukan perkara yang sama dengan senyuman lebar di wajahnya. Namja itu memandang Taehyung dan Jimin dari atas hingga ke bawah kemudian dia menenyeh-nenyeh matanya.

" Korang cari siapa ni ? " soal namja itu lalu dia menguap. Dasar tak senonoh.

" Erm.. Kami cari Jiwon hyung. Dia ada tak ? " soal Jimin sambil anak matanya cuba mengintai ke dalam rumah namja bujang itu.

" Ohh.. Jiwon hyung takde. Ha nama aku Kim Hanbin, Jiwon hyung dia pergi ke Seoul Mall dengan Jinhwan hyung tadi. " balas namja yang bernama Hanbin itu.

Taehyung mengelip-ngelipkan matanya memandang Hanbin. Adakah dia sebut nama Jinhwan sebentar tadi ?

" Jeogiyo, kau sebut nama siapa tadi ? Jinhwan hyung ? " soal Taehyung meminta kepastian.

Hanbin mengangguk laju. Taehyung menundukkan kepalanya memandang lantai. Tak sangka pula Jiwon rapat dengan Jinhwan.

Kalaulah Jiwon ceritakan semua yang berlaku tu pada Jinhwan, sudah tentu Jinhwan tidak akan membenarkan Taehyung rapat dengan Jennie lagi.

Yelah, perangainya yang suka menuduh orang tu tidak pernah berubah dari dulu sampailah sekarang.

" Erm.. Thanks eh Hanbin. Chim, jomlah. " ajak Taehyung lalu dia pantas menyusun langkah beredar dari situ.

Jimin pula melambaikan tangannya pada Hanbin lalu dia pantas berlari anak membuntuti Taehyung.

" Taehyung-ah, kenapa tergesa-gesa sangat ni ? " soal Jimin dengan kening yang berkerut.

" Takde apa. Cepatlah. "

♡♡♡♡

" Jennie-ah, mana oppa Jen ? Lama dah kita tunggu dekat sini. " soal Jisoo sambil sesekali mengerling ke arah jam di tangannya.

Sudah dekat 15 minit mereka berdiri tegak di hadapan Seoul Mall kerana Jinhwan menyuruh mereka tunggu di sana. Penat jugalah kaki ni berdiri tegak lama-lama.

Jennie berdecit perlahan. Sesekali dia melihat pada telefon pintarnya, mana tahu jika Jinhwan akan menghantar pesanan teks kepadanya.

" Jennie ! Jisoo ! " laung satu suara dari arah kanan.

Jennie dan Jisoo menoleh serentak ke arah Jinhwan yang sedang melambai-lambaikan tangannya ke arah mereka.

" Mian oppa lambat. " ucap Jinhwan sebaik sahaja dia tiba di hadapan Jennie dan Jisoo.

Jennie dan Jisoo mengangguk perlahan kemudian kedua-dua mereka memandang ke arah seorang namja yang berdiri malu di sebelah Jinhwan.

" Oppa, ni siapa ? " soal Jennie sambil menunjukkan jarinya ke arah namja itu.

" Ah ! Ni chingu oppa, nama dia Kim Jiwon. Ni lah surprise oppa untuk Jennie ! " ujar Jinhwan sambil menepuk-nepukkan tangannya.

Jennie memandang Jinhwan dengan wajah yang penuh tanda tanya.

Surprise ?

Apa yang surprise nya ?

" Dah dah, jom kita masuk dalam. Cari tempat yang lebih selesa untuk borak-borak, okay ? " ajak Jinhwan lalu dia mengetuai mereka semua masuk ke dalam mall itu.

Jiwon yang agak pemalu itu menyuruh agar Jennie dan Jisoo berjalan di hadapan terlebih dahulu.

" Ladies first. " ujar Jiwon dengan sebaris senyuman.

Jennie dan Jisoo mengangguk serentak dengan senyuman menghiasi wajah mereka. Lalu ketiga-tiga mereka pun membuntuti Jinhwan dari belakang.

" Jennie-ah, kenapa Jinan oppa macam pelik je hari ni ? Happy semacam ? " soal Jisoo dalam nada berbisik sambil menyiku lengan Jennie.

Jennie mengangkat bahunya tanda tidak tahu. " Kita ikut jelah dia. " balas Jennie dengan anggukkan. Jisoo membuat tanda 'okay' pada Jennie.

♡♡♡♡

" Okay ! Ha Jennie dengan Jisoo apa cerita ? Lepas ni apa pula schedule korang ? " soal Jinhwan setelah dia melabuhkan punggung di atas kerusi yang ditempatkan di Oldtown White Coffee.

" Minggu depan kami akan terbang ke Coachella. Konsert pertama kami di sana. " balas Jisoo dengan senyuman gembira.

Tidak sangka mereka dapat jemputan ke Coachella yang menjadi idaman semua artis-artis di dunia.

Jinhwan menganggukkan kepalanya dengan mulut berbentuk 'o'. Kemudian dia menumpukan perhatian kepada Jennie pula.

" Jennie-ah, tadi oppa cakap Jiwon ni surprise untuk Jennie kan ? Jennie nak tahu apa surprise dia ? " soal Jinhwan sambil menaikkan kening belah kanannya.

Jennie mengangguk laju. Memang dari tadi dia tertanya-tanya tentang itu. Apa yang surprise nya dengan Jiwon ni ?

" Sebenarnya... "

To Be Continued❤

#4 from afar [ C ]Where stories live. Discover now