" Unnie, jomlah balik cepat ! " gesa Jennie tatkala Jisoo sudah tiba di wad. Baru sahaja gadis itu melangkah masuk, tiba-tiba Jennie sudah menggesanya pulang.
Jisoo memandang Jennie dengan wajah hairan. " Jennie-ah, kenapa nak cepat sangat ? Jennie dah sihat ke belum ? " soal Jisoo sambil meletakkan tapak tangannya di dahi Jennie.
" Unnie, Jennie pengsan sebab teringat memori lama je bukannya demam pun. Jennie dah check out tadi tapi takde transport tu Jennie tunggu unnie. Dahlah jomlah cepat. " balas Jennie lalu dia menolak Jisoo keluar dari wad itu.
Jisoo tersenyum kecil lalu dia membuntuti saja ke mana Jennie hendak pergi.
Sebaik sahaja masuk ke dalam kereta, telefon pintar milik Jennie berdering menandankan ada seseorang menelefonnya.
Jinhwan.
Jennie terus menekan punat hijau lalu dia meletakkan telefon itu pada telinga kanannya.
Jinhwan : Jennie-ah, mian sebab tak angkat call Jen tadi. Oppa baru bangun.
Jennie : Ah gwaenchana gwaenchana... Oppa Jen nak tanya, chingu oppa yang nama dia Jiwon tu belajar dekat kolej mana ?
Jinhwan : Seoul High College. Kenapa Jen tanya ?
Jennie : Jen nak jumpa Tae. Dari semalam Jen call mesej semua dia tak balas. Jen risau dia tak maafkan Jen.
Jinhwan : Jen.. sayang sangat ke dekat dia ?
Jennie : Sayang sangat ! Jen tak nak hilang dia dah.
Jinhwan : Arrasseo. Kalau macam tu pergilah cari dia cepat.
Jennie : Oppa.. tak marah Jen ke ?
Jinhwan : Tak. Jen satu-satunya adik yang oppa ada. Oppa sanggup korbankan apa saja untuk tengok Jen happy.
Jennie : Gomawo, oppa. Saranghae !
Jinhwan : Nado sarangahae.
Jennie terus mematikan talian lalu telefonnya diletakkan ke dalam poket seluar.
" Ahjussi, tolong bawa saya pergi ke Seoul High College. Kamsahamida. " pinta Jennie dengan senyuman. Tangannya berpeluh akibat terlampau gementar.
Pandangannya dialihkan keluar tingkap melihatkan air hujan yang melimpah membasahi bumi.
" Taehyung-ah, tunggu Jen. '
♡♡♡♡
" Somi, kau tau tak hari ni Taehyung akan pindah ke London ? " soal Nayeon sambil membetulkan solekkan di wajahnya.
Somi mengeluh kecil kemudian dia menganggukkan kepalanya. Dagunya ditongkatkan di atas meja kemudian dia berdecit.
" Makin aku cuba nak rapat dengan dia, makin jauh dia pergi dari aku. Agaknya aku ni tak pernah jadi orang penting pun pada dia, kan ? " soal Somi dengan cebikkan.
Nayeon perlahan-lahan menghampiri Somi lalu dipeluknya bahu gadis itu.
" Gwaenchana, Somi-ah. Kau tu lawa, ramai lagi lelaki dekat luar sana yang nakkan kau. Tinggalkan jelah Taehyung yang tak tau hargai kau. " ujar Nayeon cuba memberi kata-kata semangat pada Somi.
Somi mengangguk perlahan dengan sekuntum senyuman di wajahnya.
" Heol. Somi-ah, tu bukan ke... Kim Jennie ? " soal Nayeon tatkala dia ternampak Jennie sedang berjalan ke arah mereka dengan membawa sekaki payung di tangannya.
Somi memandang Jennie yang semakin menghampirinya itu. Lantas dia bangkit dari duduknya lalu dia memperbetulkan pakaiannya.
" Annyeonghaseyo, cheonun Jennie ibnida. Erm, awak berdua tau tak di mana Kim Taehyung ? " soal Jennie straight to the point tanpa berkias.
Somi memandang Jennie dari atas hingga bawah. Tangannya dicekakkan pada pingganya kemudian dia berdecit perlahan.
" Kau rupanya yang rampas Taehyung dari aku. Eh, kau tak payahlah nak dekat dengan Taehyung dah. Dia nak pergi jauh dah. Tinggalkan kau. " ujar Somi sambil menjeling Jennie sekilas.
Jennie tersentak mendengarkan kata-kata dari Somi itu. Tangannya digenggam kuat tetapi wajahnya masih lagi tersenyum.
" Awak tak jawab soalan saya. Saya tanya di mana Kim Taehyung ? " soal Jennie sekali lagi.
Somi tersenyum sinis memandang Jennie. " Taehyung tak nak jumpa kau lah. Taehyung aku punya. Kalau dia bukan aku punya pun, takde sesiapa yang boleh ambil dia, faham ? " balas Somi berbalik soalan.
Jennie pantas menghampiri Somi lalu dipegangnya lengan Somi agar Somi memandangnya pada mata.
" Saya tanya awak elok-elok, kan ? Mana Kim Taehyung ? " soal Jennie buat kesekian kalinya.
" Dia aku punyalah ! " balas Somi lalu dia menolak Jennie sehingga gadis itu terjatuh mencium tanah. Payung yang dipegangnya melayang entah ke mana.
Tapak tangan Jennie terluka akibat geseran pada jalan tar. Somi mengambil payungnya lalu dia bercangkung di hadapan Jennie dengan senyuman sinis.
" Kesian. Hero kau takde untuk selamatkan kau. Eh, kau jangan ingat disebabkan kau ni K-Idol, aku tak berani nak pukul kau eh ?! "
" Jeon Somi ! "
To Be Continued❤

ANDA SEDANG MEMBACA
#4 from afar [ C ]
Fanfiction" Who are you ? " " No one. " " What do you want from me ? " " Nothing. " " Then why are you following me ? " " To protect you. " " From what ? " " From Me. " Start [ 26 . 5 . 2019 ] End [ 9 . 6 . 2019 ]