[ Chapter Thirty Four ]

105 16 0
                                    

" Betullah apa yang budak ni kata. "

" Ahh ! " jerit Jennie dan Taehyung tatkala terkejut mendengarkan suara seseorang dari belakang mereka.

Kelihatan dua orang namja yang usianya dalam lingkungan 30-an itu berdiri bercekak pinggang memandang Jennie dan Taehyung. Tetapi mata mereka lebih tertumpu pada Jennie.

" Donny, aku rasakan kalau kita jual budak perempuan ni dekat tempat pelacur, banyak duit kita dapat. Lagi banyak duit lagi banyaklah dadah kita boleh beli. " ujar seorang namja kepada kawannya yang bernama Donny itu.

" Betul juga tu, Ben. Apa lagi ? Tangkap lah. " balas Donny kepada Ben.

Jennie menggeleng laju tatkala mendengarkan apa yang dikatakan oleh Donny dan Ben itu. Pandangan dialihkan pada Taehyung disebelahnya.

Kelihatan peluh mencurah-curah di dahi Taehyung akibat ketakutan. Taehyung menelan air liurnya yang terasa bagaikan batu kerikil melalui kerongkongnya itu.

" Taehyung-ah...Jen takut... " ujar Jennie separa berbisik pada Taehyung. Takut sekiranya kata-katanya itu didengari oleh Donny dan Ben.

Donny memandang Jennie dengan senyum sinisnya lalu dia bercangkung di hadapan Taehyung dan Jennie. Pandangannya dialihkan pada Taehyung yang memegang erat tangan Jennie itu.

" Eh budak, kau lepaskan budak perempuan ni. Lepas tu aku akan bagi kau gula-gula. " ujar Donny sambil tersenyum sinis pada Taehyung.

Taehyung menggeleng laju. Apa dia ingat Taehyung akan tertipu ke dengan gula-gula yang ditawarkan ?

Donny berdecit perlahan. Dia membuat isyarat mata kepada Ben di belakangnya lalu Ben menganggukkan kepalanya.

" Budak, kalau kau tak nak kena pukul sampai mati, baik kau lepaskan tangan budak perempuan ni. Aku dah bagi kau warning ni. " ujar Ben sambil mengeluarkan pisau lipat dari poket seluarnya.

Taehyung menelan liurnya buat kesekian kali. Wajah Jennie yang sudah menangis itu dipandangnya.

" Kalau aku tak lepaskan Jennie, aku kena bunuh dan Jennie kena jual. Kalau aku lepaskan Jennie, aku selamat dan Jennie kena jual... ' desis hati Taehyung.

" Taehyung-ah... Taehyung dah janji akan jaga Jennie kan... Janganlah buat macam ni.. " rintih Jennie dengan esakkan tangisannya itu.

Taehyung mengalihkan pandangannya kepada Jennie. Air matanya sudah mula bergenang di tubir matanya tatkala melihatkan wajah Jennie yang sangat-sangat takut itu.

" Cepatlah budak ! " jerit Donny sambil menghentakkan kakinya dengan kuat sekali membuatkan kedua-dua Taehyung dan Jennie tersentak.

Taehyung perlahan-lahan melepaskan genggaman tangan Jennie. Jennie membulatkan matanya melihatkan tindakan Taehyung. Air matanya semakin deras mengalir membasahi pipinya.

" Taehyung-ah ! Janganlah tinggalkan Jen ! Taehyung dah janji nak jaga Jen ! " jerit Jennie tatkala Taehyung perlahan-lahan melangkah menjauhi Jennie.

Air mata Taehyung tumpas. Setitik demi setitik ia jatuh membasahi pipinya.

" Mianhae. " ucap Taehyung lalu dia terus berlari keluar dari rumah usang itu meninggalkan Jennie dan dua orang penagih dadah itu.

Jennie menelan liurnya. Langkahnya diatur semakin lama semakin ke belakang tatkala Donny dan Ben pula semakin menghampirinya.

" Taehyung-ah... "

♡♡♡♡

" Jinhwan-ah ! " panggil omma tatkala mereka sudah tiba di rumah. Beberapa beg plastik berisi mainan dan pakaian diletakkan ke tepi.

Jinhwan yang sedang bermain permainan video itu pantas menghentikan perlakuannya lalu berlari dan memeluk omma.

" Omma ! Omma ada beli ke apa yang Jinan minta tu ? " soal Jinhwan teruja.
Omma mengangguk laju lalu dia menghulurkan sebuah beg plastik kepada Jinhwan.

" Heol ! Kamsahamida, omma ! " ucap Jinhwan sambil terloncat-loncat.

" Jinan-ah, Jennie mana ? Dah nak malam ni. " soal omma sambil anak matanya melilau mencari kelibat satu-satunya puterinya itu.

Jinhwan menelan liurnya tatkala mendengarkan pertanyaan omma. Yelah, dia terlupa pula yang Jennie keluar bermain di taman bersama dengan Taehyung.

" Erm.. Jen keluar main taman dengan Taehyung. Jinan pergi panggil dia balik eh. " balas Jinhwan lalu dia terus menyarungkan sepasang selipar pada kakinya dan berlari keluar dari rumah.

Sedang dia menuju ke kawasan taman, dia ternampak Taehyung sedang terduduk di bawah pokok redup. Sendirian. Menangis. Pantas dia menghampiri Taehyung.

" Taehyungie, mana Jennie ? " soal Jinhwan sambil melihat sekelilingnya. Manalah tau mereka main sorok-sorok kan ?

Taehyung semakin teresak-esak mendengarkan soalan dari Jinhwan.

" Taehyung-ah, kenapa nangis ? Jawablah. Mana Jennie ?! " soal Jinhwan sambil menggoyang-goyangkan tubuh kecil Taehyung itu.

" Hy-hyung.. Jen-Jennie kena ta-tangkap dengan o-orang jahat. "

" Mwo ?! "

To Be Continued❤

#4 from afar [ C ]Where stories live. Discover now