[ Chapter Three ]

271 26 0
                                    

" Mwo ? Jennie ? " soal Taehyung dengan wajah terkejutnya. Lantas dia memetik jarinya lalu menuju ke laptop peribadi miliknya.

" Waeyo hyung ? " soal Jihoon yang memerhati dari tadi. Perlahan-lahan dia melangkah menghampiri Taehyung sambil meminum banana milk kegemarannya.

Taehyung dengan pantasnya membuka album gambar yang tersimpan di dalam laptop nya. Ditekan beberapa gambar lalu di ketepikan kerana bukan itu yang dicari.

" Taehyung-ah, asal kecoh sangat ni ? Kau kenal ke Jennie tu ? " soal Jiwon yang sedari tadi memandang Taehyung yang terlampau fokus mencari gambar.

Taehyung hanya diam membisu. Tidak menjawab mahupun memandang ke arah Jiwon.

" Bingo ! " jerit Taehyung teruja tatkala dia sudah jumpa gambar yang dicari-carinya sebentar tadi. Pantas Jihoon dan Jiwon menghampiri Taehyung.

Di laptop milik Taehyung, terserlah gambar seorang kanak-kanak perempuan bersama seorang kanak-kanak lelaki sedang memakan aiskrim sambil membuat tanda 'peace' pada kamera.

" Hyung, siapa ni ? " soal Jihoon dengan kening yang berkerut. Taehyung bangkit dari duduknya lalu mengambil cawan hitamnya untuk diisi air.

" Jennie. " balas Taehyung sepatah. Jiwon terus mengalihkan pandangannya kepada Taehyung.

" Tak mungkin. Berdasarkan profile Jennie, masa kecil dia tinggal di luar negara. Bukan di Korea. " ujar Jiwon.

Taehyung melepaskan keluhan kecil. Dia tahu apa yang berlaku. Tetapi patutkah dia menceritakan kebenarannya kepada Jiwon, Jihoon dan Jimin ?

" Betullah, Jiwon Hyung. Jennie dulu tinggal di luar negara. Macam mana hyung boleh kenal dia ? " soal Jihoon yang sedang melayari internet di telefon pintarnya untuk mencari profile Blackpink.

" Adalah. " balas Taehyung lalu dia terus melangkah keluar dari dorm.

Jihoon mencebik lalu memandang Jiwon di sebelahnya. " Untungnya V hyung sebab kenal dengan artis lawa-lawa kan ? Jihoon pun nak juga. " ujar Jihoon lalu wajahnya ditundukkan.

" Gedik. " ujar Jiwon lalu dia kembali ke katilnya.

" Iesh ! "

♡♡♡♡

Taehyung berjalan-jalan di sekitar kolej untuk mencari udara segar. Tidak sangka gadis yang berada dalam kumpulan K-Pop terkenal itu sebenarnya rakannya semasa kecil.

Taehyung melabuhkan punggungnya di atas sebuah batu besar yang berhadapan dengan tasik.

" Kau ingat ke lagi dekat aku, mandeuk ? " bisik Taehyung sendirian.

Mandeuk merupakan nama gelarang yang diguna oleh Taehyung ketika memanggil Jennie semasa kecil.

" Aku rindu nak main dengan kau. Tapi kau jadi macam tu pun sebab aku juga. " bisik Taehyung lagi.

Sebuah batu kecil diambil lalu dilemparnya ke dalam tasik.

" Kali ni aku janji akan jaga kau. "

" Jaga siapa ? "

Taehyung mengangkat wajahnya memandang empunya suara sebentar tadi. Somi rupanya.

" Boleh Somi duduk ? " soal Somi dengan sebaris senyuman.

Taehyung mengangguk perlahan lalu dia kembali memandang ke arah tasik di hadapannya.

" Erm.. oppa cakap pasal siapa tadi ? Boleh Somi tahu ? " soal Somi sambil merenung wajah Taehyung di sebelahnya.

Taehyung tersenyum kecil sambil menggelengkan kepalanya. Langsung tidak memandang wajah Somi di sebelahnya.

" Erm.. Oppa, tahun ni tahun last oppa dekat kolej ni kan ? So.. boleh tak kalau.. " Kata-kata Somi terhenti seketika. Dia menundukkan wajahnya. Teragak-agak juga untuk dia menanyakan soalan itu.

" Kalau ? " soal Taehyung dengan suara garaunya.

Somi tersenyum kecil. " Kalau kita... couple ? "

Taehyung tergelak kecil. Pandangan dialihkan pada Somi di sebelahnya. " Mian. Oppa tak nak. " balas Taehyung lalu dia terus bangkit dari duduknya.

Langkah diatur menuju semula ke dorm, meninggalkan Somi sendirian di tasik.

Somi hanya memerhati bayangan Taehyung sehingga ianya hilang. Keluhan dilepaskan. Melepas.

" Apa kurangnya aku ? Dari first year aku dah try nak rapat dengan dia tapi dia langsung tak pandang aku. " keluh Somi sendirian.

Mana taknya, gadis ratu cantik di sekolah itu ditolak mentah-mentah oleh jejaka idaman ramai.

Sangat memalukan.

♡♡♡♡

" Tae, aku nak keluar beli makanan malam karang. Jiwon hyung dengan Jihoon nak main basketball, so kau nak ikut aku ke nak ikut dorang ? "

" Dorang. "

Jimin tersentak mendengarkan jawapan Taehyung yang terus saja di jawab. Takkanlah dia pergi seorang diri. Itu sangat-sangat memalukan.

Jimin perlahan-lahan menghampiri Taehyung dengan senyuman di wajahnya.

" Taehyung-ah, temanlah aku. Kali ni aku belanja. Kau cakap je nak makan apa. Okay ? " pujuk Jimin dengan senyuman lebar yang menampakkan kesemua giginya.

Taehyung tergelak kecil. " Arrasseo. "

" Yes ! "

To Be Continued❤

#4 from afar [ C ]Where stories live. Discover now