[ Chapter Twenty ]

137 18 0
                                    

" Yah ! Apa kau cakap macam tu dekat Somi ? Mulut kau tu- "

" Aku duduk sini nak makan. Bukan nak gaduh dengan perempuan murah. " balas Taehyung tatkala Jihyo belum sempat menghabiskan ayatnya.
Jiwon yang sedari tadi memerhati ternganga melihatkan perangai Taehyung sedemikian.

Somi kembali terduduk di kerusinya. Wajahnya ditunduk menghadap lantai kemudian kedua-dua belah tangannya menggenggam kuat hujung bajunya.

Air matanya sudah bergenang di tubir matanya. Malu !

" Taehyung-ah, ke-kenapa kau cakap macam tu dekat Somi ? Dia dah bagi kita duduk dengan dia kot. " soal Jiwon tatkala dia perasan bahwa sedikit sahaja lagi Somi akan melepaskan air matanya.

Taehyung diam seribu bahasa. Langsung dia tidak mengangkat wajahnya memandang Somi.

" Gedik. ' desis hati Taehyung. Langkahnya memakan nasi itu semakin dipercepatkan agar cepat habis. Tidak sanggup dia berlama-lamaan di situ.

Somi mengesat air matanya yang jatuh setitik kemudian dia mengangkat wajahnya memandang Taehyung dengan sebaris senyuman.

" Thank you sebab bagi pendapat jujur awak dekat saya. Saya minta diri dulu. " ujar Somi lalu dia bangun dari duduknya dan melangkah keluar dari kafeteria meninggalkan Jihyo.

Taehyung mengangguk sejenak kemudian dia kembali menikmati makanannya itu.

Jihyo yang terasa janggal bersendirian di situ, lantas bangun lalu berlari anak mengejar Somi yang sudah jauh ke hadapan.

" Taehyung-ah. Kau ni memang terbaik ! " puji Jiwon sambil menaikkan ibu jarinya pada Taehyung.

Taehyung tersenyum sinis. " Well.. "

♡♡♡♡

" Somi-ah ! Tunggulah aku ! " jerit Jihyo sambil berlari dengan high heelsnya mengejar Somi yang sudah jauh di hadapan.

Jihyo terhenti di tengah jalan. Nafasnya termengah-mengah akibat terlampau penat berlari.

" Somi-ah ! " jerit Jihyo sekuat hatinya sehingga Somi memberhentikan langkahnya.

Perlahan-lahan Somi mengalihkan pandangan ke belakang. Jihyo terkejut melihatkan wajah Somi yang sudah dibanjiri dengan air mata itu.

" Somi-ah, neomu mianhae. Aku tak tau pula dia tu kejam sangat sampai cakap macam tu. " pohon maaf Jihyo pada Somi.

Somi menarik nafasnya sedalam mungkin kemudian dihembusnya. Air matanya dikesat sebelum dia kembali memandang ke arah Jihyo.

" Jihyo-ah, bagi aku masa bersendirian. Please. Jangan ikut aku. Lepas apa yang Taehyung cakap tadi, aku baru sedar kedudukan aku pada dia. I need some time to clear my mind. Please. " pinta Somi kemudian dia kembali meneruskan jalannya menuju ke tasik belakang bangunan.

Jihyo menundukkan wajahnya memandang lantai. Keluhan berat dilepaskan. Rasa bersalah yang amat apabila melihatkan rakan karibnya menangis disebabkan lelaki.

" Kesian kau, Somi. "

♡♡♡♡

Taehyung masuk ke dalam dorm lalu pintu dorm dikuncinya. Dia pantas memanjat naik ke atas katilnya lalu dia merebahkan badannya di atas katil yang empuk itu.

Penatlah. Kelas full gila hari ni.

Taehyung mengeluarkan telefon pintar dari poket seluarnya lalu dia membuka aplikasi WhatSapp untuk menghantat pesanan teks kepada Jennie.

Mandeukkie ♡

Jennie-ah, buat apa tu ?

7.05p.m.

Jennie ?

Are you there ?

7.10p.m.

Miss Kim Jennie, hello ?

Busy ke ?

Kalau busy, bila dah free nanti balaslah ye.

I got something to tell you.

Bye...

♡♡♡♡

Keluhan dilepaskan. Taehyung bangkit dari duduknya lalu dia terus membuka komputer ribanya. Aplikasi facebook dibuka lalu dia mula mengscroll laman web tersebut.

" Eo ? Taehyung-ah. Awal kau balik. " sapa Jimin sebaik sahaja dia dan Jihoon melangkah masuk ke dalam dorm.

Taehyung hanya diam seribu bahasa. Matanya kini fokus menghadap skrin komputer ribanya itu.

Jimin mencampakkan beg sandangnya lalu dia rebah di atas katilnya. Jihoon pula sudah terbaring di atas lantai akibat daripada keletiha  yang melampau.

" Eh, Hyung nak tau something tak ? Nanti kelas tarian akan buat pilihan penari terbaik untuk dijadikan backup dancer di YG Entertainment ! Syok giler ! " cerita Jihoon sambil menaikkan ibu jarinya pada Taehyung.

Taehyung pantas menolehkan pandangannya kepada Jihoon dan Jimin di belakangnya.

" Erm.. Nampak Jiwon hyung tak ? " soal Taehyung dengan wajahnya yang agak resah.

Jimin dan Jihoon menggelengkan kepala mereka serentak. Kemudian mereka kembali memandang Taehyung.

" Wae ? " soal mereka serentak. Taehyung pantas bangkit dari duduknya lalu dia meramas rambutnya kasar.

" Dia kena tuduh mencabul Jeon Somi. "

To Be Continued❤

#4 from afar [ C ]Where stories live. Discover now