[ Chapter Sixteen ]

135 18 0
                                    

" Hai, Mandeuk. "

Jennie tersentak mendengarkan nama panggilan itu. Pantas dia kembali tertumpu pada Taehyung. Dia terpaksa mendongakkan kepalanya memandangkan ketinggian antara mereka berdua amat ketara.

" Awak siapa sebenarnya ? " soal Jennie berani. Sebenarnya tadi dia agak ketakutan, yelah mana pernah dia bertegur sapa dengan stranger kecuali Blinks.

Taehyung membongkokkan sedikit badannya agar setaraf dengan Jennie kemudian dia menghadiahkan sebaris senyuman pada gadis itu.

" Kawan awak masa kecil. " balas Taehyung. Matanya bertembung dengan mata milik Jennie.

Kedua-dua mereka hanyut di dalam mata masing-masing. Hanya bunyi angin yang menyinggah di telinga mereka.

" Jennie ! "

Jennie dan Taehyung yang terkejut dengan jeritan suara seseorang dari belakang itu pantas mengelipkan mata mereka. Kemudian mereka serentak menoleh ke belakang melihat empunya suara yang menjerit sebentar tadi.

Jinhwan.

Jennie menelan liurnya. Oh, ya dia teringat yang Jinhwan sudah memberi amaran kepadanya agar menjauhkan diri daripada Taehyung.

Perlahan-lahan Jennie melirikkan matanya memandang Taehyung di sebelahnya.

Aneh.

Taehyung berwajah sempoi sahaja. Langsung tidak takut atau gemuruh.

♡♡♡♡

" Macam mana kau boleh jumpa Jennie ? " soal Jinhwan sambil memeluk tubuhnya. Terpaksa dia memperlahankan suaranya kerana mereka sekarang berada di kafeteria.

Taehyung tersenyum kecil. " Dia tu idol. Senang je nak cari dia. " balas Taehyung acuh tak acuh.

Jennie mengangguk perlahan. Betullah tu. Apalah Jinhwan tanya soalan merepek-kerepek.

" Apa lagi kau nak, Kim Taehyung ? Tak cukup ke kau dah hancurkan separuh dari zaman kanak-kanak Jennie ? Ha ? Tak cukup ke ? " soal Jinhwan dengan nada geram. Tangannya juga dikepal erat.

Jennie memandang wajah Jinhwan di sebelahnya. Jelas kelihatan wajah Jinhwan sudah merona kemerahan bak tomato. Geram sangat mungkin.

Tapi....

Geram sebab apa ?

" Tak. Hyung salah faham. Tae tak bersalah pun masa tu. Tae tak tau pun benda tu akan terjadi. " ujar Taehyung cuba mempertahankan dirinya.

Jinhwan menarik nafas sedalamnya kemudian dia menhembus kasar.

" Kau tau tak sebabkan perbuatan kau tu, Jennie koma setahun ? Lepas koma, dia kena amnesia. Kau tahu ? Dan lepas tu ada ke kau datang melawat Jennie ? Ada kau minta maaf ? " bertalu-talu soalan keluar dari mulut Jinhwan.

Jennie memandang wajah Jinhwan dan Taehyung bersilih ganti. Apa yang telah berlaku sebenarnya ?

Jennie mengalihkan pandangannya pada Taehyung. Kelihatan namja itu sedang menundukkan wajahnya memandang lantai.

" Ya, memang salah Tae sebab ajak Jennie ponteng sekolah. Sebab ajar dia jadi budak nakal tapi hyung tak boleh salahkan semuanya pada Tae. Bukan Tae penyebab Jennie koma dan menerima amnesia.

Bukannya Tae tak pergi pun melawat Jennie masa tu. Hyung lupa ke ? Tae ada pergi tapi hyung yang halau Tae supaya Tae pulang. Hyung lupa ? " balas Taehyung berbalik soalan.

Jinhwan menghentakkan tangannya mengena meja. Secara automatik dia bangun dari duduknya.

" Yah ! Kau jaga sikit mulut kau tu eh ! " marah Jinhwan dengan nada tinggi menyebabkan kesemua manusia yang berada di kafeteria itu memandang ke arah mereka.

Jennie yang sudah tidak keruan di situ mulai berasa pening. Matanya dikelip beberapa kali agar peningnya cepat hilang.

Taehyung perlahan-lahan turut bangun dari duduknya lalu dia memeluk tubuhnya memandang Jinhwan.

" Hyung tolonglah berhenti hukum Tae. Manusia tak lari dari buat silap. Bagilah Tae peluang untuk tebus kesalahan Tae dulu. Tae janji akan manfaatkan peluang itu sebaik mungkin. " pinta Taehyung.

Jinhwan menggelengkan kepalanya tidak percaya. Wajah Jennie dipandang sekilas sebelum dia kembali merenung wajah Taehyung.

" Eh, memang tak lah aku nak bagi kau peluang dah ! Kau tau tak kenapa kau kecik-kecik dah berperangai macam setan ? Ha ? Tau ? Sebab kau tu kurang kasih sayang ! Omma appa kau tinggalkan kau dengan makcik kau yang jahat tu !

Hari-hari kau kena dera. Pastu tetiba kau nak pengaruh dongsaeng aku supaya dia ikut jejak kau ? Eh, aku takkan benarkan sejarah berulang dua kali ! "

Bbuk !

Taehyung memegang pipi kanannya yang ditumbuk oleh Jinhwan sebentar tadi. Tangannya turut menggepal penumbuk. Menanti masa sahaja untuk dilepaskan.

" Tae dah cakap bu- "

Pprang !

" Jennie ! "

To Be Continued❤

#4 from afar [ C ]Where stories live. Discover now