[ Chapter Four ]

231 22 0
                                    

" Ahh ! Penatnya.. " keluh Lisa sambil mengurut-urut bahunya yang kepenatan. Mahu tak penat, dari pukul 8 pagi tadi sehingga pukul 6 petang ni mereka berlatih lagu Don't Know What To Do dengan Kill This Love.

" Esok ada persembahan dekat Inkigayo. Fighting ! " ujar Jisoo yang sudah terbaring di lantai.

Jennie turut merebahkan dirinya di sebelah Jisoo. Kelihatan peluh mula membasahi dahi mereka.

" Laparnyaa... " rungut Jennie sambil memegang perutnya dengan muka sedih. Jisoo mengangguk tanda setuju.

" Jomlah pergi makan unnie-unnie sekalian ! " rengek Lisa dengan cebikkan di bibirnya.

Rosè yang sedang terbaring tadi terus sahaja terduduk tegak memandang Jennie dan Jisoo.

" Jom jom jom ! Kita makan dinner dekat luar ! " ajak Rosè dengan senyuman lebar sehingga menampakkan sebaris giginya.

Jennie memandang Jisoo dengan senyuman sinis. Begitu juga dengan Jisoo. Kemudian kedua-dua mereka memandang Rosè dan Lisa dengan muka poyo.

" Tak nak lah. Kami takde duit nak belanja korang. " balas Jisoo sambil memeluk tubuhnya. Jennie mengiyakan kata-kata Jisoo itu dengam cebikkan dan anggukkan.
Lisa mengeluh kecil. Pantas dia turun lalu berbaring di sebelah Jisoo. Di goyang-goyangnya lengan Jisoo itu dengan wajah sedih. Rosè pula mengesot baring di sebelah Jennie dan dia turut melakukan perkara yang sama dengan Lisa.

" Ah arrasseo arrasseo ! Kali ni Chaeng belanja. Jomlah, lapar sangat dah ni ! " ajak Rosè setelah dia sudah berputus asa memujuk Jennie dan Jisoo.

" Yay ! Chaeng belanja ! Ha jomlah cepat ! " balas Jennie lalu dia dan Jisoo terus bangun dari baring dan mengambil bag tangan masing-masing.

Rosè dan Lisa memandang Jennie dan Jisoo dengan mulut yang ternganga. Kemudian perlahan-lahan mereka bertatap mata antara satu sama lain.

" Aku dah buka wallet aku macam tu je .. ? " soal Rosè bagaikan tidak percaya dengan lakonan Jennie dan Jisoo.

Lisa mengangguk perlahan. Bahu Rosè dipegang lalu kepalanya digeleng pula. " Aku bersimpati dekat kau. Tapi aku pun nak berterima kasih sebab kau tolong isikan perut aku. " ujar Lisa lalu dia terus berlari meninggalkan Rosè sendirian.

" Yah Lalisa ! "

♡♡♡♡

" Jimin-ah, dah dah lah tu makan. Jomlah balik dorm karang kena kunci dekat luar pulak. " ujar Taehyung yang sudah menongkat dahu menunggu Jimin habis makan.

Mana taknya nak habis, lepas habis satu, dia order lagi. Ha sampai ke tahun depan pun tak habis makan kalau macam tu.

Jimin memandang Taehyung dengan mulutnya yang sedang mengunyah. Kepala digeleng perlahan.

" Kau kena lah teman aku sampai aku habis makan ! " ujar Jimin lalu dia menjeling perlahan wajah Taehyung.

Taehyung melepaskan keluhan berat. Wajah Jimin dijeling perlahan. " Ada yang aku tinggalkan dekat sini jadi pencuci pinggan karang. " bebel Taehyung sambil bermain-main dengan tisu di tangannya.

Jimin tidak mengendahkan kata-kata Taehyung dan terus-terusan memakan mi udon di hadapannya itu.

Seketika Taehyung mengerling ke arah jam di tangannya. Sekali lagi dia melepaskan keluhan berat. Risau tak dapat masuk dorm je sebenarnya.

" Jimin-ah, kau balik sendiri boleh ? Aku balik dululah macam ni. " ujar Taehyung dengan kerutan di dahinya.

Jimin menggeleng laju. " Sabarlah ! Nak habis dah pun ! " balas Jimin lalu dia mempercepatkan dirinya untuk memakan mi udon itu.

Taehyung menjulingkan matanya ke atas. " Jimin-ah, aku tunggu kau dekat luar lah. Bosan tengok kau makan. " ujar Taehyung sambil dia bangun dari duduknya.

Jimin menggeleng laju. " Kalau kau tinggalkan aku macam mana ? " soal Jimin dengan mulutnya yang masih penuh dengan mi.

Taehyung mengukir sebaris senyuman buat Jimin. " Aku tak pergi mana-mana la. Duduk luar tu je. " balas Taehyung.

Jimin mengangguk perlahan. " Ha pergilah. " ujar Jimin lalu dia kembali ke proses memakannya yang tergendala sebentar tadi.

Taehyung membuka pintu restoran itu dengan senyuman lebar. Nafas dihirup sedalam-dalam mungkin kemudian dihembusnya. Sebuah kerusi kecil di tarik lalu Taehyung melabuhkan punggungnya di atas kerusi itu.

" Unnie unnie ! Makan dekat sini eh ! Sedap ! " jerit Lisa sambil terloncat-loncat. Jennie dan Jisoo mengangguk serentak lalu Keempat-empat mereka terus berlari masuk ke dalam restoran itu.

" Jennie.. ? "

To Be Continued❤

#4 from afar [ C ]Where stories live. Discover now